wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI IBADAH TINGKATAN 4

Total questions: 36

Worksheet time: 1hrs 12mins

Name
Class
Date
1.

Upah haji sah di sisi syarak apabila.....

a)

tidak berihram di miqat bagi orang yang mengupah haji

b)

mengambil upah bagi beberapa orang dalam satu musim haji

c)

orang yang mengambil upah haji tidak sempurna syarat mengerjakan haji

d)

orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebih dahulu

2.

Berikut adalah faktor yang mengharuskan upah haji kecuali

a)

Sakit yang tiada harapan sembuh

b)

Sibuk dengan kerjaya

c)

Meninggal dunia

d)

Terlalu tua

3.

Kesan ibadat haji terhadap individu ialah

a)

boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam

b)

dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam

c)

boleh meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.

d)

dapat menjalankan urusan perniagaan

4.

Kesan ibadat haji terhadap masyarakat ialah dapat

a)

berkenalan sesama umat Islam

b)

menghapuskan dosa besar

c)

membentuk akhlak mulia

d)

menambah pendapatan

5.

Berikut adalah syarat wajib haji kecuali

a)

Islam

b)

Baligh

c)

Berakal

d)

mumaiyyiz

6.

Manakah yang berikut tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam ibadat haji?

a)

Sihat tubuh badan

b)

Aman perjalanan pergi dan balik

c)

Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup

d)

Mempunyai bekalan untuk tanggungan yang ditinggalkan

7.
  • Amalan ini merupakan suatu kemestian dalam ibadat haji.
  • Tidak sah haji sekiranya tertinggal salah satu daripadanya
  • Wajib diganti pada tahun berikutnya.


Kenyataan di atas menerangkan

a)

makruh haji

b)

rukun haji

c)

wajib haji

d)

sunat haji

8.

Apakah syarat-syarat yang membolehkan ibadah saie diterima?


I Boleh dilakukan dengan cara mendongak kepala

II Dilakukan sebanyak tujuh kali dengan penuh yakin

III Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah

IV Dilakukan sebelum Tawaf Rukun atau Tawaf Ifadhah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah ialah apabila selesai

a)

mengerjakan saie

b)

melakukan ihram

c)

melakukan tawaf

d)

melontar Jamratul Aqabah

10.

Perkara yang membezakan antara rukun haji dan umrah ialah

a)

niat

b)

tawaf

c)

wukuf

d)

bercukur

11.

Jemaah haji yang tertinggal salah satu daripada perkara wajib haji perlu membayar

a)

kifarah

b)

fidyah

c)

diat

d)

dam

12.

Berikut adalah bulan-bulan haji kecuali

a)

zulkaedah

b)

ramadhan

c)

zulhijjah

d)

syawal

13.

Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika berihram kecuali

a)

menutup kepala bagi perempuan

b)

memakai pakaian berjahit bagi lelaki

c)

memakai minyak wangi pada pakaian

d)

memakai sarung tangan bagi perempuan

14.

Manakah antara berikut bukan wajib haji

a)

Melontar Jamratul Aqabah

b)

Bermalam di Muzdalifah

c)

Bermalam di Mekah

d)

Niat ihram di miqat

15.

Kebaikan mengerjakan haji secara Ifrad ialah

a)

haji dan umrah ditunaikan secara berasingan

b)

memberi kesenangan kepada jemaah

c)

haji dan umrah ditunaikan serentak

d)

tidak dikenakan dam

16.
  • Dam yang dibayar mengikut susunan dan nilaian harga.


Pilih jenis dam yang sesuai bagi pernyataan berikut.

a)

Dam Tertib dan Takdil

b)

Dam Tertib dan Takdir

c)

Dam Takhyir dan Takdil

d)

Dam Takhyir dan Takdir

17.

· Melakukan Haji Tamattuk atau Haji Qiran

· Tidak melakukan Tawaf Wadak

· Tidak melakukan perkara wajib haji


Pilih jenis dam yang sesuai bagi kesalahan haji yang berikut.

a)

Dam Tertib dan Takdil

b)

Dam Tertib dan Takdir

c)

Dam Takhyir dan Takdil

d)

Dam Takhyir dan Takdir

18.

Mengikut syariat Islam, syarat binatang yang disembelih mestilah

a)

binatang yang cukup umur

b)

mati dengan sekali sembelihan

c)

menggunakan benda yang tajam

d)

niat sembelihan semasa menyembelih

19.

Apakah hukum memakan mana-mana bahagian anggota bintang al-an’am yang terpotong tanpa disembelih ?

a)

harus

b)

sunat

c)

haram

d)

makruh

20.

Antara perkara makruh semasa sembelihan ialah

a)

tidak membaca basmalah

b)

menyembelih binatang yang kurus

c)

melakukan sembelihan di siang hari

d)

sembelihan dilakukan dengan alat elektrik

21.

Berikut adalah hikmah disyariatkan sembelihan dalam Islam kecuali

a)

mengelakkan penyakit

b)

memudahkan manusia untuk memakannya

c)

sebagai tanda penghormatan kepada binatang

d)

memastikan daging binatang bersih, halal dan bermutu tinggi

22.

Berikut adalah perkara-perkara sunat semasa sembelihan kecuali

a)

berselawat ke atas nabi

b)

menyebut nama Allah S.W.T.

c)

menghadap binatang ke arah qiblat

d)

melakukan sembelihan pada waktu malam

23.

Hukum melakukan akikah adalah

a)

wajib

b)

harus

c)

makruh

d)

sunat muakkad

24.

Nyatakan umur kambing yang sah dibuat akikah.

a)

satu tahun lebih

b)

dua tahun lebih

c)

lima tahun

d)

tiga tahun

25.

Berikut adalah syarat-syarat sah akikah

a)

Menyembelih binatang ternakan

b)

Niat akikah ketika menyembelih

c)

Memenuhi syarat-syarat sembelihan

d)

Pada hari ke tujuh kelahiran bayi

26.

Antara berikut adalah rukun jual beli kecuali

a)

harga

b)

tempat

c)

ijab dan qabul

d)

penjual dan pembeli

27.

Manakah antara berikut bukan syarat barang yang hendak dijual

a)

Bersih dan suci

b)

Kepunyaan penjual

c)

Barang yang harganya murah

d)

Penjual dan pembeli mengetahui jenis barang

28.

Pilih jual beli yang dilarang tetapi sah menurut syarak

a)

Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh khiyar

b)

Berjual beli barang yang haram tetapi digunakan untuk kebaikan

c)

Melakukan jual beli bersyarat

d)

Monopoli dalam jual beli

29.

Berikut bukan merupakan syarat manfaat dalam urusan sewa.

a)

dapat diberikan oleh yang mengambil upah

b)

diketahui kadar dan jangka masa

c)

dibayar dengan wang

d)

Berharga

30.

Berikut merupakan rukun gadaian, kecuali

a)

niat

b)

penggadai

c)

bayaran

d)

ijab dan qabul

31.
  • Penggadai meninggal dunia
  • Penggadai telah membayar semua hutangnya
  • Barang yang digadai telah disedekahkan kepada orang lain


Pernyataan di atas adalah mengenai

a)

rukun gadaian

b)

syarat sah gadaian

c)

larangan dalam gadaian

d)

perkara yang membatalkan gadaian

32.

Syarat sah gadaian Islam ialah

a)

harta yang digadai sah untuk dijual beli

b)

gadaian bersih dan berfaedah

c)

Tidak boleh merugikan orang yang menggadai

d)

barang gadaian lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempohnya.

33.

Pilih pernyataan yang benar mengenai rukun syarikat.

a)

Lesen

b)

Lafaz akad

c)

Ahli syarikat

d)

Pemilikan syarikat

34.
  • Penerima dan pemberi hutang
  • Barang yang diberi hutang
  • Akad pemberian hutang


Pernyataan di atas menerangkan tentang

a)

rukun hutang

b)

syarat-syarat sah hutang

c)

larangan dalam berhutang

d)

perkara yang membatalkan hutang

35.

Memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta dinamakan

a)

insurans pendidikan

b)

insurans nyawa

c)

insurans khas

d)

insurans am

36.

Berikut adalah prinsip-prinsip insurans secara Islam kecuali

a)

Mudharabah

b)

Ta`awun

c)

Tabarru`

d)

Takaful