wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penulisan

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah satukah ayat yang betul?

a)

"Sudah tiga tahun suami saya tidak menunaikan apa-apa nafkah buat diri saya dan anak-anaknya," dakwa isteri Encik Usman.

b)

"Sudah tiga tahun suami saya tidak menunaikan apa-apa nafkah buat diri saya dan anak-anaknya," mendakwa isteri Encik Usman.

c)

"Sudah tiga tahun suami saya tidak menunaikan apa-apa nafkah buat diri saya dan anak-anaknya," pendakwa isteri Encik Usman.

d)

"Sudah tiga tahun suami saya tidak menunaikan apa-apa nafkah buat diri saya dan anak-anaknya," dakwaan isteri Encik Usman.

2.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

Kemurungan mampu menyongsangkan perspektif normal seorang yang mengakibatkan perubahan tingkah laku.

b)

Kemurungan mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang yang mengakibatkan perubahan tingkah laku.

c)

Kemurungan mampu menyongsangkan perspektif normal keseorangan yang mengakibatkan perubahan tingkah laku.

d)

Kemurungan mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang-seorang yang mengakibatkan perubahan tingkah laku.

3.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

.Guru kaunseling itu melakukan temu bual dengan beberapa orang murid untuk memastikan punca kejadian buli tersebut.

b)

Guru kaunseling itu melakukan temu duga dengan beberapa orang murid untuk memastikan punca kejadian buli tersebut.

c)

Guru kaunseling itu melakukan timbang duga dengan beberapa orang murid untuk memastikan punca kejadian buli tersebut.

d)

Guru kaunseling itu melakukan debat dengan beberapa orang murid untuk memastikan punca kejadian buli tersebut.

4.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

Kakak berpakaian kemas untuk menghadiri soal selidik pengesahan jawatan.

b)

Kakak berpakaian kemas untuk menghadiri perbicaraan pengesahan jawatan.

c)

Kakak berpakaian kemas untuk menghadiri temu bual pengesahan jawatan.

d)

Kakak berpakaian kemas untuk menghadiri temu duga pengesahan jawatan.

5.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

Dalam masyarakat berbilang-bilang kaum, sikap tangkai jering perlu dijauhkan agar masyarakat tidak berpecah belah.

b)

Dalam masyarakat berbilang-bilang kaum, sikap pisau cukur perlu dijauhkan agar masyarakat tidak berpecah belah.

c)

Dalam masyarakat berbilang-bilang kaum, sikap adu domba perlu dijauhkan agar masyarakat tidak berpecah belah.

d)

Dalam masyarakat berbilang-bilang kaum, sikap golok gadai perlu dijauhkan agar masyarakat tidak berpecah belah.

6.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

"Kita perlu alih bahasa setiap filem yang ditayangkan di negara ini agar pengaruh bahasa asing tidak menyerap dalam budaya masyarakat," kata pejuang bahasa itu.

b)

"Kita perlu ubah bahasa setiap filem yang ditayangkan di negara ini agar pengaruh bahasa asing tidak menyerap dalam budaya masyarakat," kata pejuang bahasa itu.

c)

"Kita perlu tukar bahasa setiap filem yang ditayangkan di negara ini agar pengaruh bahasa asing tidak menyerap dalam budaya masyarakat," kata pejuang bahasa itu.

d)

"Kita perlu pinda bahasa setiap filem yang ditayangkan di negara ini agar pengaruh bahasa asing tidak menyerap dalam budaya masyarakat," kata pejuang bahasa itu.

7.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

Artifak itu perlu perjalanan proses baik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai.

b)

Artifak itu perlu dijalani proses baik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai.

c)

Artifak itu perlu menjalani proses baik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai.

d)

Artifak itu perlu menjalankan proses baik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai.

8.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

Kakak masih kusut masai untuk menerima lamaran Saiful yang tinggal di sebelah rumah ataupun tidak.

b)

Kakak masih resah gelisah untuk menerima lamaran Saiful yang tinggal di sebelah rumah ataupun tidak.

c)

Kakak masih gundah gulana untuk menerima lamaran Saiful yang tinggal di sebelah rumah ataupun tidak.

d)

Kakak masih belah bahagi untuk menerima lamaran Saiful yang tinggal di sebelah rumah ataupun tidak.

9.

Yang mana satukah ayat yang betul?

a)

Gadis itu sedang menjalani rawatan bagi menanggalkan kulit mati agar jari dan kukunya kelihatan bersih dan cantik.

b)

Gadis itu sedang menjalani rawatan bagi menguliti kulit mati agar jari dan kukunya kelihatan bersih dan cantik.

c)

Gadis itu sedang menjalani rawatan bagi mengupas kulit mati agar jari dan kukunya kelihatan bersih dan cantik.

d)

Gadis itu sedang menjalani rawatan bagi menyisihkan kulit mati agar jari dan kukunya kelihatan bersih dan cantik.

10.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini

11.

Yang manakah ayat arahan yang paling tepat

a)

Disedari atau tidak, paparan berita tentang kemalangan jalan raya sering disajikan dalam akhbar-akhbar tempatan

b)

saban tahun, kemalangan jalan raya menatijahkan maut dan trauma kepada keluarga yang terbabit terutama musim perayaan

c)

persoalannya, apakah punca-punca yang menyumbang pada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia?

d)

Antaranya, pengguna jalan raya menyalahi peraturan yang ditetapkan

12.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sering menjadi buah mulut masyarakat.


Kenal pasti ayat tema bagi soalan ini

a)

Dalam meniti arus kemodenan ini, faktor-faktor kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

b)

Dalam meniti arus kemodenan ini, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar sering menjadi rungutan warga kota.

c)

Masalah kesesakan lalu lintas ini membuatkab masyarakat kota sering dibelenggu tekanan terutama selepas pulang dari tempat kerja.

d)

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

13.

Kenal pasti ayat rangsangan yang tepat

a)

Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.

b)

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan segar.

c)

Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian.

d)

Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?

14.

Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah

a)

Membina perenggan pendahuluan

b)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja

c)

Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja

d)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup

15.

Ayat rangsangan yang sesuai bagi tajuk di bawah ialah


"Kesan-kesan Negatif Penduduk yang tidak mengamalkan perpaduan kaum"

a)

Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, CIna, dan India.Kepelbagaian kaum ini mewujudkan pelbagai agama dan budaya,

b)

Justeru, anggota masyarakat perlulah bersatu padu supaya kita dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera.

c)

Jika perpaduan kaum tidak wujud dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif yang akan timbul.

d)

Antara kesannya ialah boleh menjejaskan keselamatan negara.

16.

Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?


ayat arahan ialah

a)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

b)

Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca.

c)

Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia

d)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, langkah-langkah amalan membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

17.

Kerangka karangan kesimpulan bagi tajuk ini ialah


"Langkah-langkah untuk mencegah Jenayah"

a)

Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membendung kejadian jenayah.

b)

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan tidak mengenal mangsa

c)

Pemasangan litar tertutup di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi

d)

Sentiasa berhato-hati ketika berada di rumah

18.

Tajuk : Punca-punca Penderaan kanak-kanak


ayat arahan ialah

a)

Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental.

b)

Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera.

c)

Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

d)

Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

19.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


ayat tema ialah

a)

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

b)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

c)

Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

d)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.