wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Dasar Pembangunan Negara

Total questions: 35

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Bersih, Cekap dan Amanah dilancarkan oleh.....

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

d)

Dato' Seri Najib Razak

2.

Bilakah dasar Bersih, Cekap dan Amanah dilancarkan?

a)

Pertengahan Mac 1982

b)

Pertengahan April 1982

c)

Pertengahan Mei 1982

d)

Pertengahan Jun 1982

3.

Yang manakah merupakan objektif dasar Bersih, Cekap dan Amanah?

a)

Mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru

b)

Membantu aktiviti ekonomi negara

c)

Meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang teknologi

d)

Meningkatkan semangat dan motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilai-nilai Islam dan kepimpinan melalui tauladan

4.

Berikut adalah konsep yang menerangkan Bersih......

a)

Tidak mementingkan diri sendiri

b)

Bersih dari segi politik

c)

Tidak khianat, hasad dan dengki

d)

Bersih dari segi fizikal

5.

Produktiviti tinggi dan kualiti kerja merupakan konsep bagi....

a)

Bersih

b)

Cekap

c)

Amanah

6.

Berikut merupakan konsep Cekap....

a)

Keyakinan diri

b)

Hadapi krisis dengan tenang

c)

Bermoral tinggi, bertatatertib, berdisiplin, tidak menyeleweng, tidak rasuah

d)

Bersih dari segi fizikal

7.

Berikut merupakan konsep bagi Amanah....

a)

Berpandangan jauh mencapai wawasan 2020

b)

Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditentukan

c)

Berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu

d)

Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

8.

Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan dasar Bersih, Cekap dan Amanah KECUALI....

a)

Suruhanjaya Pilihan Raya

b)

Kad perakam waktu

c)

Tanda nama

d)

Pejabat pelan terbuka

e)

Perkhidmatan cemerlang

9.

Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998.

a)

BENAR

b)

SALAH

10.

Yang manakah bukan objektif Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia?

a)

Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan

b)

Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia

c)

Meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang teknologi perusahaan

d)

Membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasaran dengan meningkatkan permintaan tempatan

11.

Membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya untuk memilih, memperoleh, menyerap, menginovasi dan mengubahsuaikan pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan sektor pengeluaran yang setanding sektor perindustrian di negara-negara maju merupakan________ Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

a)

Objektif

b)

Rasional

c)

Strategi

d)

Pencapaian

12.

Apakah yang telah dicapai melalui Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia?

a)

Pelaksanaan dasar ini telah menyebabkan kadar pengaliran keluar wang negara untuk membeli barangan luar telah berkurangan

b)

Pelaksanaan dasar ini telah menyebabkan kadar pengaliran keluar wang negara untuk membeli barangan luar telah bertambah

c)

Banyak barangan buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti kereta, perabot, tekstil, mikrocip dan sebagainya

d)

Banyak barangan import Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti kereta, perabot, tekstil, mikrocip dan sebagainya

13.

Konsep Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan pada....

a)

18 Mac 1983

b)

19 Mac 1983

c)

20 Mac 1983

d)

21 Mac 1983

14.

Apakah tujuan Dasar Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan?

a)

Menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota kerajaan Malaysia

b)

Memupuk ciri-ciri yang berkesan untuk dijadikan contoh

c)

Memperkenalkan penggunaan kad perakam waktu

d)

Meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang Bersih, Cekap dan Amanah

15.

Meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang Bersih, Cekap dan Amanah merupakan ______ bagi Dasar Kepimpinan Melalui Teladan.

a)

Tujuan

b)

Objektif

c)

Matlamat

d)

Strategi

16.

Berikut merupakan objektif bagi Dasar Kepimpinan Melalui Teladan KECUALI.....

a)

Memupuk ciri-ciri berkesan untuk dijadikan contoh

b)

Meningkatkan daya pengeluaran

c)

Mengadakan Kempen Pencegahan Rasuah

d)

Mengamalkan perkhidmatan yang Bersih, Cekap dan Amanah

17.

Bagaimanakah Dasar Kepimpinan Melalui Teladan dilaksanakan?

a)

Pembangunan keselamatan dan kesejahteraan sosial

b)

Memperkenalkan penggunaan kad perakam waktu

c)

Memperkenalkan pemakaian tanda nama

d)

Menubuhkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja

18.

Dasar Sains dan Teknologi Negara merupakan cabaran kelima di antara sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan 2020.

a)

BENAR

b)

SALAH

19.

Berikut merupakan objektif bagi Dasar Sains dan Teknologi Negara KECUALI....

a)

Menggalakkan pengusaha tempatan

b)

Meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang teknologi

c)

Membangunkan kemahiran sains dan teknologi

d)

Menggalakkan kemasukan buruh asing dalam negara

e)

Membantu aktiviti ekonomi negara

20.

Antara masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah seperti...

a)

Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri tempatan

b)

Kadar pemindahan teknologi yang sangat rancak

c)

Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan

d)

Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan teknologi tempatan

21.

Berikut merupakan strategi yang diambil dalam pelaksanaan Dasar Sains dan Teknologi Negara KECUALI...

a)

Menghasilkan peralatan telekomunikasi canggih

b)

Pusat kecemerlangan sains

c)

Pemindahan teknologi

d)

Penyelidikan dan pembangunan

e)

Pembangunan keselamatan dan kesejahteraan sosial

22.

Yang manakah merupakan pelaksanaan yang diambil dalam Dasar Sains dan Teknologi Negara?

a)

Peruntukan

b)

Jawatankuasa

c)

Penyelidikan dan Pembangunan

d)

Skim Khas

23.

Pelaksanaan Dasar Telekomunikasi Negara adalah suatu usaha untuk membangunkan negara dalam sektor awam atau sektor swasta menggunakan IT secara meluas sejajar dengan visi dan matlamat Wawasan 2020.

a)

BENAR

b)

SALAH

24.

Pilih mana-mana di bawah yang berkaitan dengan objektif Dasar Telekomunikasi Negara.

a)

Menyediakan rangka kerja dasar bagi mengatasi perkembangan teknologi

b)

Meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang teknologi

c)

Mewujudkan saluran perhubungan formal di bandar dan luar bandar

d)

Memantau semua program pembaharuan yang melibatkan penggunaan IT

25.

Berikut merupakan strategi Dasar Telekomunikasi Negara KECUALI...

a)

Menubuhkan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)

b)

Meningkatkan daya saing dengan negara maju

c)

Menubuhkan Majlis Telekomunikasi Negara

d)

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan

26.

Definisi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam menjadikan Malaysia sebuah negara terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

a)

BENAR

b)

SALAH

27.

Matlamat bagi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah....

a)

Pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif

b)

Menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat pada 2030

c)

Menstruktur semula ekonomi

d)

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur

28.

Tiga objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah seperti yang berikut KECUALI...

a)

Pembangunan untuk semua

b)

Menangani jurang kekayaan dan pendapatan

c)

Negara bersatu, makmur dan bermaruah

d)

Memupuk perpaduan nasional

29.

Terdapat tujuh teras Wawasan Kemakmuran Bersama. Antara teras-teras berikut adalah seperti....

a)

Modal insan

b)

Kekukuhan politik

c)

Pasaran buruh dan pampasan pekerja

d)

Keterangkuman wilayah

e)

Penyelidikan dan pembangunan

30.

Manakah antara berikut terdiri daripada lima koridor pembangunan?

a)

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

b)

Koridor Pembangunan Sabah

c)

Koridor Pembangunan Sarawak

d)

Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak

e)

Iskandar Malaysia

31.

Kelima-lima wilayah koridor ekonomi ini disentuh dalam Bajet 2009.

a)

BENAR

b)

SALAH

32.

Berikan 2 strategi Lima Koridor Pembangunan.

a)

Menarik pelabur asing

b)

Mengurangkan kadar import

c)

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

d)

Memberi penumpuan kepada pelabur tempatan

33.

Pusat Transformasi Bandar telah diletakkan dalam National Blue Ocean Strategy 6 (NBOS 6).

a)

BENAR

b)

SALAH

34.

Memudahkan masyarakat bandar untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar merupakan ______ UTC.

a)

Objektif

b)

Strategi

c)

Pelaksanaan

d)

Implikasi

35.

Penubuhan UTC memberikan pelbagai manfaat kepada komuniti bandar antaranya seperti....

a)

Perkhidmatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan berbentuk one stop centre.

b)

Membuat pelbagai urusan dalam satu bangunan dengan penjimatan masa dan kos

c)

Menggunakan masa dan kos yang banyak dalam setiap urusan yang dilaksanakan

d)

Keutamaan kepada rakyat dengan memberi keselesaan dalam kehidupan menerusi perkhidmatan yang lebih efisyen dan menjimatkan