Font size
WorksheetsSAINS - UPSR PART 1
Total questions: 50
Worksheet time: 26mins
Apakah yang terjadi pada Bumi kita apabila aktiviti penebangan hutan tidak terkawal?
Jumlah oksigen di dalam atmosfera akan meningkat
Suhu Bumi akan berkurang
Bongkah ais di Kutub Utara akan melebur
Menyumbang ke arah kemusnahan fauna
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga kimia?
Suatu bentuk tenaga yang boleh didengari
Suatu bentuk tenaga yang disimpan di dalam sesuatu bahan
Suatu bentuk tenaga yang tersimpan di dalam objek disebabkan kedudukannya
Suatu bentuk tenaga yang mengalir dari kawasan bersuhu lebih tinggi ke kawasan bersuhu lebih rendah
Fazura telah memberikan baju kesayangannya kepada Neelofa kerana baju tersebut sudah sempit dan dia merasakan Neelofa kelihatan cantik jika memakainya. Pada pendapat anda apakah yang dilakukan Fazura pada baju itu?
Guna semula
Kitar semula
Kurangkan penggunaan
Mereka semula
Sebaik sahaja ibu Yuna pulang dari pasar, dia meletakkan daging ayam mentah ke dalam peti sejuk. Mengapakah dia melakukan sedemikian?
Untuk menjauhkan daging daripada lalat
Untuk mengeraskan daging ayam mentah tersebut
Untuk menghalang bakteria daripada merosakkan makanan
Untuk menambah nutrien pada ayam tersebut
Apakah maksud bahan kitar semula?
Membuat benda baharu daripada yang lama
Menggunakan bahan buangan untuk tujuan yang lain
Mengasingkan bahan daripada bahan yang pelbagai kegunaan
Memproses bahan yang menghasilkan produk
Buruj P - seperti seekor kala jengking
Buruj Q - seperti seorang pemburu
Apakah nama buruj tersebut?
P: Skorpio , Q: Biduk
P: Belantik , Q: Pari
P: Skorpio , Q: Belantik
P: Pari , Q: Skorpio
Apakah kelebihan mesin pembajak moden di dalam bidang pertanian?
Hasil yang lebih baik boleh ditanam
Buah yang lebih manis akan tumbuh
Racun serangga tidak perlu digunakan
Lebih banyak kerja boleh dilakukan dengan lebih pantas
Orang Utan dan Badak Sumbu merupakan haiwan yang terdapat di Malaysia. Pada pendapat anda, mengapakah haiwan tersebut diancam kepupusan?
Haiwan tersebut tidak lagi membiak
Habitat haiwan tersebut telah dimusnahkan
Haiwan tersebut diburu kulitnya
Haiwan tersebut diburu untuk dagingnya
Apakah kedudukan yang betul bagi Matahari, Bumi dan Bulan semasa berlakunya fenomena Gerhana Matahari
Bumi berada di belakang Matahari
Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi
Matahari berada di antara Bulan dengan Bumi
Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan
Antara bentuk berikut yang manakah mempunyai luas permukaan tapak paling besar?
Kuboid
Kon
Silinder
Hemisfera
- Sekumpulan kerbau liar bergerak berkumpulan
Apakah yang akan berlaku apabila kerbau liar tidak hidup berkumpulan?
Kerbau tidak dapat mencari makanan
Kerbau dapat mencari tempat berlindung
Kerbau tidak mempunyai kawan
Kerbau akan mudah diserang musuhnya
W: Harimau
X: Gajah
Y: Helang
Z: Singa
Antara haiwan berikut yang manakah hidup bersendirian?
W dan X
W dan Y
X dan Z
Y dan Z
W: Pembentukan bayang-bayang sebuah objek
X: Satu alur cahaya matahari datang dari bumbung yang berlubang
Y: Periskop di dalam sebuah kapal selam
Z: Cermin pada bedak kompak
Antara berikut, yang manakah menunjukkan prinsip cahaya bergerak lurus?
W dan X
W dan Z
X dan Y
Y dan Z
Siti Nurhaliza dan kumpulannya ingin membina sebuah model jam Matahari sebagaimana yang mereka telah bina semasa berada di Tahun Empat. Antara berikut, manakah senarai alatan yang perlu mereka sediakan?
Guli, pen, bekas minuman, kertas A4 dan kompas
Kompas, jarum peniti, penyedut minuman, gelas kaca dan kertas A4
Pen, kompas, bekas minuman, penyedut minuman, guli dan kertas A4
Guli, penyedut minuman, kompas, pen dan kertas A4
Semasa manusia bernafas, apakah yang dimaksudkan dengan menarik nafas?
Menghembus oksigen keluar
Udara memasuki paru-paru
Udara mengalir ke dalam paru-paru
Menyedut karbon dioksida masuk
- Kaki depan yang pendek digunakan untuk mendarat
- Mempunyai kaki belakang yang kuat dan berotot
Belalang
Kangaroo
Katak
Kambing
Antara berikut, yang manakah cara pokok semalu melindungi dirinya?
Menghasilkan getah
Mempunyai duri yang tajam
Mempunyai bulu yang halus
Menguncup daun-daun kecilnya
Antara berikut, yang manakah sebab haiwan hidup berkumpulan?
J - Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan makanan
K - Membantu antara satu sama lain untuk membina tempat tinggal
L - Memerlukan kawasan luas untuk mencari pasangan
M - Mengurangkan risiko diserang oleh pemangsa
J dan K
J dan L
K dan M
L dan M
Pada kebiasaannya, pada umur berapakah set gigi susu akan mula diganti dengan set gigi kekal?
4 tahun
5 tahun
6 tahun
7 tahun
Encik Syamel menanam beberapa biji benih cili. Selepas tiga minggu, didapati pokok-pokok tersebut tidak membesar dengan baik. Apakah tindakan terbaik yang boleh diambil oleh Encik Syamel untuk meningkatkan pertumbuhan pokok-pokok cili tersebut?
Letakkan pokok cili di tempat yang teduh
Menyiram pokok cili dengan air yang banyak
Memindahkan beberapa batang pokok cili ke dalam pasu yang lain
Menambah bilangan pokok cili ke dalam bekas itu
Rajah menunjukkan seekor haiwan yang tinggal di tempat yang bercuaca sangat sejuk. Antara berikut, yang manakah faktor yang membolehkan haiwan tersebut melindungi dirinya?
Simpan makanan dan air di bawah kulitnya
Berhibernasi semasa musim yang sangat sejuk
Mempunyai telinga yang besar untuk mengelakkan kehilangan haba
Menukar warna bulu menjadi putih semasa musim salji
Antara aktiviti berikut, manakah melibatkan perubahan-perubahan tenaga, termasuk tenaga cahaya, tenaga haba dan tenaga kimia?
W - Menggunakan pembakar roti
X - Menyalakan lilin
Y - Menguatkan bunyi radio
Z - Menghidupkan lampu suluh
W dan X
W dan Y
X dan Z
Y dan Z
Rajah menunjukkan dua biji gelas yang melekat antara satu sama lain.
Apakah yang perlu kamu lakukan untuk memisahkan kedua-dua gelas itu?
Tuangkan air panas ke dalam gelas P dan letakkan gelas Q di dalam air panas
Tuangkan air panas ke dalam gelas P dan letakkan gelas Q di dalam air sejuk
Tuangkan air sejuk ke dalam gelas P dan letakkan gelas Q ke dalam air panas
Tuangkan air sejuk ke dalam gelas P dan letakkan gelas Q di dalam air sejuk
Sutera ialah sejenis bahan yang diperbuat daripada bahan berasaskan haiwan. Antara berikut yang manakah urutan yang benar bagi penghasilan baju sutera?
Benang -> ulat beluncas -> pakaian -> kain
Ulat beluncas -> benang -> kain -> pakaian
Pakaian -> kain -> benang -> ulat beluncas
Benang -> pakaian -> ulat beluncas -> kain
Apakah yang akan berlaku apabila Bumi tidak mempunyai lapisan atmosfera?
Udara di Bumi menjadi panas
Awan tidak akan menghasilkan hujan
Suhu Bumi berkurang
Objek-objek dari angkasa akan bergerak mendekati Bumi
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul mengenai planet yang mengelilingi Matahari mengikut orbit
Semakin besar orbit, semakin laju planet mengelilingi Matahari
Semua planet mempunyai saiz orbit yang sama dalam sistem suria
Semua planet mempunyai benutk orbit yang berlainan dalam Sistem Suria
Semakin besar orbit, semakin lama planet mengelilingi Matahari
Apakah sifat cahaya yang menyebabkan fenomena Gerhana Bulan berlaku?
J - Cahaya bergerak lurus
K - Cahaya boleh dibiaskan
L - Cahaya boleh dipantulkan
M - Cahaya tidak boleh menembusi objek legap
J dan K
J dan M
K dan L
L dan M
Apakah maksud 'mesin kompleks' ?
Objek yang mempunyai enjin dan mesin
Objek yang mempunyai lebih daripada satu mesin ringkas
Objek yang mempunyai kombinasi dua atau lebih mesin ringkas
Objek yang mempunyai tuas, roda dan gandar, takal dan satah condong
Sekeping roti berkulat selepas dibiarkan di dalam almari gelap selama beberapa hari. Apakah keadaan yang menyebabkan roti itu berkulat?
Gelap dan sejuk
Panas dan lembap
Gelap dan kering
Sejuk dan kering
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian kamu terhadap tabiat ular tersebut?
Untuk menghangatkan telurnya
Untuk melindungi telurnya daripada musuh
Untuk melindungi telurnya daripada hilang
Untuk memastikan kemandirian spesiesnya
Apakah yang dimaksukan dengan 'pewarisan manusia'?
Ciri-ciri sepunya yang dipunyai oleh zuriat
Semua sifat yang menyamai ibu dan bapanya
Penurunan genetik antara sesama ahli keluarga
Ciri-ciri fizikal yang serupa antara anak dengan ibu bapa
Seorang pesakit di Hospital Kinabatangan menghidap penyakit COVID-19. Antara berikut, yang manakah cara terbaik untuk mengawal penyakit itu daripada merebak?
Kuarantinkan pesakit
Cuci tangan dengan sabun
Mengambil banyak Vitamin C
Mandi segera selepas melawat pesakit
Apakah maksud proses 'fotosintesis'?
Proses tumbuhan mendapatkan makanannya
Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri
Proses tumbuhan menyimpan makanannya dalam bentuk kanji
Proses tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya Matahari
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar?
P - Geseran langsung tidak membantu kita melakukan kerja
Q - Geseran berlaku apabila dua permukaan bergeseran
R - Geseran menghasilkan haba dan menyebabkan permukaan haus
S - Geseran bertindak sama arah dengan pergerakan objek
P dan Q
P dan S
Q dan R
R dan S
Mesin kompleks manakah yang mempunyai mesin-mesin ringkas tersebut?
- GEAR
- TUAS
- RODA DAN GANDAR
Kereta Sorong
Basikal
Pemotong Kuku
Gunting
Apakah yang dimaksudkan dengan 'kadar pernafasan'?
Bilangan pergerakan dada naik dan turun
Bilangan pernafasan manusia dalam satu minit
Bilangan pergerakan dada manusia
Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam masa satu minit
Pernyataan yang manakah menerangkan kelajuan?
Jarak sesuatu objek bergerak
Kepantasan sesuatu objek bergerak
Kelancaran sesuatu objek bergerak
Masa yang diambil untuk objek bergerak
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang kekenyalan bahan?
Keadaan sesuatu bahan yang dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan atau dimampatkan
Keadaan sesuatu bahan yang boleh dilentur dan dilengkokkan
Kemampuan sesuatu bahan untuk dimampatkan dan diregangkan
Keupayaan sesuatu bahan kembali ke bentuk asal selepas dikenakan sesuatu tindakan
Peti sejuk kamu rosak. Bagaimanakah kamu mengelakkan ikan daripada busuk dan berlaku pembaziran?
Keringkan ikan
Rendamkan ikan di dalam air
Bungkus ikan dengan kertas aluminium
Bungkus ikan dengan kertas tisu dan simpan di dalam tin
Antara yang berikut, yang manakah definisi terbaik bagi 'persaingan'?
Tumbuhan yang berbeza bersaing untuk mendapatkan cahaya Matahari
Banyak hidupan tinggal di dalam habitat yang sama
Lebih daripada dua ekor haiwan bersaing untuk pasangan dan makanan
Dua atau lebih hidupan bersaing untuk keperluan asas yang sama
Nora dan Danish telah menyusun urutan planet seperti yang berikut.
Utarid -> Marikh -> Bumi -> Zuhal -> Musytari
Apakah kriteria penyusuan yang dibuat oleh mereka?
Saiz orbit yang semakin berkurang
Suhu planet yang semakin menurun
Saiz planet yang semakin bertambah
Jarak planet yang semakin hampir dengan Matahari
Buruj ini muncul pada bulan April-Jun dan kelihatan di Hemisfera Utara
Biduk
Belantik
Pari
Skorpio
Berikut merupakan bentuk magnet yang betul KECUALI
Magnet Ladam
Magnet L
Mangnet Butang
Mangnet Cincin
Magnet Silinder
- Berwarna kemerahan atau kelabu
- Mengandungi banyak tanah halus dan butir-butir tanahnya sangat padat dan mempunya kelodak
Tanah Kebun
Tanah Pasir
Tanah Liat
Tanah Gambut
Selain kertas litmus, kita juga boleh menguji sifat kimia menggunakan bahan tersebut
Estrak Kubis Ungu
Kertas Pasir
Ekstrak Bunga Raya
Larutan Kopi
Putaran bumi pada paksinya menyebabkan beberapa kejadian iaitu
Kedudukan Matahari kelihatan seperti berubah-ubah
Kejadian siang dan malam
Muncul bintang di langit
Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
Berikut merupakan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu
Matahari
Nuklear
Air
Biojisim
Ombak
Haiwan yang menggunakan konsep ultrasonik ialah
Kelawar
Serigala
Ikan Lumba-lumba
Singa
Berikut merupakan kegunaan/aplikasi pantulan cahaya dalam kehidupan seharian kita iaitu
Cermin Muka
Cermin Cembung
Kaleidoskop
Periskop
Stateskop
Pilih jenis-jenis Mesin Ringkas
Baji
Satah
Skru
Takal
