Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KETEPATAN KATA

Total questions: 50

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

JAWAB SEMUA SOALAN DALAM KUIZ INI. SELAMAT MENCUBA!


“Tunas ini diambil _________bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.

a)

di

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

2.

Walaupun baru kali pertama ditugaskan sebagai_________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid, Suraya telah mendapat pujian daripada tetamu yang hadir kerana mampu mengendalikan majlis dengan jayanya.

a)

juruulas

b)

juruacara

c)

juruhebah

d)

jurubahasa

3.

Cikgu Rifdi _______bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke Cameron Highlands setakat empat puluh orang sahaja.

a)

menganggar

b)

menghadkan

c)

mengehadkan

d)

menganggarkan

4.

Jadual kegiatan yang ketat dan ______ telah menyebabkan pekerja kilang itu terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan mereka.

a)

padat

b)

santak

c)

sendat

d)

suntuk

5.

Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui jalan ________kerana jurang sangat dalam.

a)

mati

b)

buntu

c)

pintas

d)

belakang

6.

Orang ramai yang tinggal di sekitar bandar Kejora _______ke pejabat kami untuk mendapatkan borang membeli rumah murah.

a)

berarak-arak

b)

berpusu-pusu

c)

bertalu-talu

d)

berasak-asak

7.

Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari telah_______ senja.

a)

gelap-gelap

b)

samar-samar

c)

balam-balam

d)

remang-remang

8.

Rombongan _______ dari Jepun telah sampai ke Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean.

a)

karyawan

b)

sejarawan

c)

usahawan

d)

negarawan

9.

Petani memasang di tengah sawah agar burung tidak berani untuk merosakkan padi mereka.

a)

kisi-kisi

b)

tupai-tupai

c)

orang-orang

d)

layang-layang

10.

Suriani tinggal serumah dengan Faridah ketika mereka bergelar mahasiswi.

a)

pernah

b)

masih

c)

sudah

d)

sedang

11.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
12.

Semua peserta ekspedisi ke bukit Changkat Asa itu diberi __________ agar mematuhi peraturan semasa pendakian.

a)

bimbingan

b)

pedoman

c)

pesanan

d)

peringatan

13.
Azzimey mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Matematik.
a)
paling tertinggi
b)
paling tinggi
c)
sungguh tinggi
d)
tinggi nian
14.

Anak-anak muda pada hari ini perlu mengikis ____________ bahawa barang-barang import lebih tinggi mutunya daripada barangan tempatan.

a)

pandangan

b)

pendapat

c)

perangai

d)

pemandangan

15.

Walaupun Pak Cik Talib buta huruf, dia tetap menyimpan ____________ untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran.

a)

niat

b)

misi

c)

tekad

d)

matlamat

16.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Hairul kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

17.
Adif _______ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.
a)
terlalu gembira
b)
terlalu amat gembira
c)
terlalu paling gembira
d)
paling gembira sekali
18.

Pekerja kedai itu sedang _____ buku dan majalah di rak untuk dijual.

a)

A. Melihat

b)

B. Memerhati

c)

C. Menyusun

d)

D. Membersih

19.

Encik Yusman akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan?

a)

atau

b)

dan

c)

lalu

d)

maka

20.
Raj dan keluarganya pernah ke Pulau Tioman _______________ dia kecil dahulu.
a)
setelah
b)
semasa
c)
seraya
d)
sebelum
21.

Cikgu Ayuni seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Kita

d)

Beliau

22.
Jalan raya ke pusat bandar menjadi sesak __________ terdapat kerja-kerja membaiki jalan.
a)
kerana
b)
hingga
c)
tatkala
d)
malahan
23.
Puan Irene selalu berdoa ____________ anaknya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
a)
hingga
b)
agar
c)
sebelum
d)
sementara
24.

Cikgu Fitri sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

a)

ke

b)

daripada

c)

pada

d)

dari

25.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

26.

_______ waktu lapang, Rahman suka bermain dengan adiknya ___ rumah.

a)

Pada, ke

b)

Ke, pada

c)

Pada, di

d)

Di, pada

27.

Aira amat rindu ______________kakaknya yang belajar di luar negara.

a)

kerana

b)

dengan

c)

tentang

d)

akan

28.

Pada waktu perhimpunan, kami semua berkumpul _____ Dewan Pujangga.

a)

ke

b)

atas

c)

kepada

d)

di

29.

Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.

a)

lambat-laun

b)

sorok-sorok

c)

senyap-senyap

d)

sayup-sayup

30.

Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

haru-biru

b)

keluh-kesah

c)

kusut-masai

d)

tunggang-langgang

31.

Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.

a)

berbagai

b)

pelbagai

c)

segala

d)

seluruh

32.

Aiman sedah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.

a)

beberapa

b)

beribu-ribu

c)

berkali-kali

d)

beratus-ratus

33.

Shafri telah mendapat pekerjaan ________________dia berjanji kepada keluarganya untuk membiayai persekolahan adiknya_________________dia mampu.

a)

dan..........selagi

b)

maka .......sehingga

c)

ketika......sekiranya

d)

kerana .......sementara

34.

Majikan itu melayani ________________pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.

a)

separuh

b)

beberapa

c)

sebahagian

d)

semua

35.

“Saya ingin menjadi seorang pemuzik yang handal ________ Datuk Ahmad Nawab,” kata Hairil kepada gurunya.

a)

bagi

b)

pada

c)

tentang

d)

seperti

36.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Setelah termenung sejenak, murid itu menggoyangkan

kepalanya apabila guru mengajukan soalan yang

memerlukan daya pemikiran yang tinggi.

a)

A menggoyangkan

b)

B mengajukan

c)

C memerlukan

d)

D Tiada kesalahan

37.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Jika dinilai dari sudut positif, penubuhan jawatankuasa

disiplin itu dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan

pengawas tentang tanggungjawab mereka terhadap

sahsiah murid.

a)

A penubuhan

b)

B kesedaran

c)

C sahsiah

d)

D Tiada kesalahan

38.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Ribuan penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil pada malam itu demi untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

a)

A membanjiri

b)

B pada malam

c)

C untuk

d)

D Tiada kesalahan

39.

Abang Hamidi yang bercita-cita untuk menjadi doktor takkan melepaskan peluang apabila ditawarkan kursus perubatan.

a)

A untuk

b)

B takkan

c)

C apabila

d)

D Tiada kesalahan

40.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Meskipun harga perabot yang dibeli oleh Puan Salmah amat mahal, malah beliau tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun.

a)

A perabot

b)

B malah

c)

C kerana

d)

D Tiada kesalahan

41.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.

a)

A ditenangkan

b)

B diberikan

c)

C sebelum

d)

D Tiada kesalahan

42.

Ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Semua persatuan-persatuan telah dimaklumkan supaya mengadakan mesyuarat agung pada akhir bulan Februari.

a)

A persatuan-persatuan

b)

B dimaklumkan

c)

C pada

d)

D Tiada kesalahan

43.

Terdapat kesalahan tatabahasa / istilah / ejaan dalam ayat berikut. Kenal pasti dan pilih jawapan yang paling tepat untuk membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut.


Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum dibuat kuih.

a)

selepas / itu

b)

mengayak / dibuat

c)

menghentak / beras tepung

d)

tersebut / dibuat

44.

Terdapat kesalahan tatabahasa / istilah / ejaan dalam ayat berikut. Kenal pasti dan pilih jawapan yang paling tepat untuk membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut.


Naim bersandar pada sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana keletihan tidur di sisinya.

a)

bersandar / pada

b)

pada / namun

c)

namun / keletihan tidur

d)

pada / sisinya

45.

Terdapat kesalahan tatabahasa / istilah / ejaan dalam ayat berikut. Kenal pasti dan pilih jawapan yang paling tepat untuk membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut.


Kumpulan Azoha telah membincangkan tentang pertandingan menulis rencana yang dianjurkan oleh sekolah mereka.

a)

membincangkan tentang

b)

membincangkan

c)

bincang tentang

d)

tentang bincang

46.

Terdapat kesalahan tatabahasa / istilah / ejaan dalam ayat berikut. Kenal pasti dan pilih jawapan yang paling tepat untuk membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut.


Pak Kadir mengalami kerugian yang besar apabila kandang ayamnya musnah dalam kebakaran.

a)

kandang ayam - kandang ayam Pak Abu

b)

kandang - reban

c)

menghadapi kerugian - menghadapi kesusahan

d)

Pak Kadir mengalami - Pak Kadir berhadapan

47.

Terdapat kesalahan tatabahasa / istilah / ejaan dalam ayat berikut. Kenal pasti dan pilih jawapan yang paling tepat untuk membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut.


Penduduk Kampung Anggerik bergotong-royong bagi membaiki jambatan yang jatuh akibat banjir.

a)

bergotong-royong - gotong royong

b)

jatuh - roboh

c)

membaiki jambatan - memperbetul jambatan

d)

Tiada kesalahan

48.

PILIH PERKATAAN YANG MENJADI KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT


”Buku itu bukan buku saya,” kata Salmi sambil memegang sebuah buku.

a)

itu

b)

bukan

c)

sambil

d)

kata

49.

PILIH PERKATAAN YANG MENJADI KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT


Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.

a)

PENJAGA / PADA

b)

BANGUNAN / DI LUAR

c)

DAPAT / PENJAGA

d)

PADA / MEREKA

50.

PILIH PERKATAAN YANG MENJADI KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT


Untuk mengelakkan kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di gerai makanan.

a)

UNTUK / KECELARUAN

b)

KECELARUAN / MALAH

c)

BERHATI-HATI / MALAH

d)

KECELARUAN / BERHATI-HATI