Font size
Worksheets1.1 Tujuan Perniagaan
Total questions: 24
Worksheet time: 12mins
Antara yang berikut, perkara manakah yang berkaitan dengan maksud perniagaan?
(Pilih 2 jawapan yang betul)
Melibatkan urus niaga jual beli keluaran
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan
Aktiviti urus niaga menjamin keuntungan untuk peniaga
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?
Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?
(Pilih 3 jawapan yang betul)
Melakukan pertukaran nilai
Melatih tenaga kerja mahir
Menyediakan barang dan perkhidmatan
Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?
Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata
Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya
Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan
Rumus manakah yang digunakan untuk mengira keuntungan perniagaan?
Jumlah jualan - kos stok
Jumlah kos + Jumlah hasil
Jumlah jualan - Jumlah kos
Jumlah hasil + Jumlah kos barang
Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dan pembeli?
Akta Kontrak 1950
Akta Kawalan Bekalan 1975
Akta Perihal Dagangan 1972
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)?
Biasanya menjual barang pada harga kos
Contoh organisasi bermotif untung ialah Kelab Belia Sungai Kantan
Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuma
Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta pengguna
Antara yang berikut, kaedah manakah yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) untuk menjalankan perniagaan?
(Pilih 2 jawapan)
Secara percuma
Jualan secara lelong
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga di atas kos
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kepentingan untung kepada perniagaan?
(Pilih 3 jawapan)
Melambangkan imej perniagaan
Kayu pengukur prestasi perniagaan
Mendorong pekerja bekerja lebih keras
Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial
Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga kos?
Penjual menjual barang pada harga diskaun
Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada kos jualan
Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos
Penjual menjual barang pada harga di mana ia dapat menampung kos jualan
Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos?
Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran
Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing
Penetapan harga jualan barang di bawah harga minima
Penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar
Mengapakah organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menjual barang pada harga di bawah kos?
Untuk mempromosikan barang
Untuk mengusir pesaing daripada pasaran
Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu
Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang
Gambar di atas berkaitan dengan sejenis kegiatan.
Pernyataan manakah yang menerangkan kegiatan di atas?
Satu aktiviti menjalankan kegiatan sosial
Satu aktiviti yang memberi sumbangan kepada pengguna
Satu aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
Satu aktiviti pertukaran barang dan perkhidmatan dalam sistem barter
Gambar di atas menunjukkan sejenis milikan perniagaan.
Pernyataan manakah yang merupakan tujuan perniagaan tersebut?
Menyediakan barang dan perkhidmatan secara percuma
Memaksimumkan keuntungan
Menawarkan barang dan perkhidmatan pada harga kos
Menawarkan barang dan perkhidmatan di bawah kos
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis tujuan perniagaan.
Jumlah hasil - Jumlah Kos = X
Apakah X?
Riba
Bunga
Dividen
Untung
Perniagaan bermaksud aktiviti ...
menjaga kebajikan masyarakat
memperoleh keuntungan maksimum
menyediakan barangan dan perkhidmatan
melibatkan urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli
Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan?
Meningkatkan imej perniagaan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dan pembeli dikenal sebagai ...
konsep asas perniagaan
konsep asas keuntungan
konsep pemilikan perniagaan
konsep penawaran dan permintaan
Konsep asas perniagaan merangkumi __________ komponen utama.
tiga
empat
lima
enam
Tujuan perniagaan adalah ...
meningkatkan taraf hidup masyarakat
menawarkan barang dan perkhidmatan
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
(Pilih 2 jawapan)
Mengembangkan perniagaan
Merancang strategi perniagaan
Melancarkan proses pengeluaran
Mengukur tahap prestasi perniagaan
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?
(Pilih 2 jawapan)
Memberi bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan
Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan
Menawarkan barang dan perkhidmatan yang mendatangkan keuntungan maksimum
Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan kepada pekerja tempatan
Gambar di atas menunjukkan sebuah organisasi bukan bermotifkan untung menawarkan barang dan perkhidmatan.
Ini menunjukkan Islamic Relief Malaysia menawarkan barangan dan perkhidmatan ...
secara percuma
pada harga kos
pada harga di bawah kos
secara sumbangan masyarakat
Pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu barang.
[Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak]
Apakah kaedah perniagaan ini?
Secara percuma
Pada harga kos
Pada harga di bawah kos
Secara sumbangan masyarakat
