wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM_PP_SEM 2_KUIZ BAB 6: PENGURUSAN

Total questions: 45

Worksheet time: 1hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakah fungsi pengurusan, kecuali....

a)

Pengawalan

b)

Kepimpinan

c)

Pengurusan

d)

Perancangan

2.

Apakah maksud perancangan?

a)

proses menentukan dan membentuk misi dan visi sesebuah organisasi

b)

proses memantau aktiviti dan pencapaian supaya rancangan yang dibuat mencapai matlamat atau sasaran

c)

proses mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas atau rancangan yang dibuat

d)

proses penyelarasan atau pengagihan sumber manusia dan sumber lain dalam organisasi

3.

Berdasarkan situasi berikut, situasi manakah yang menggambarkan konsep keberkesanan dengan tepat, kecuali....

a)

Syarikat pengeluar topeng muka telah mengeluarkan 25,000 unit topeng muka kurang 5,000 unit berbanding keluaran yang telah ditetapkan syarikat.

b)

Institusi kewangan memberikan kemudahan monatarium iaitu penangguhan selama 6 bulan pembayaran pinjaman bagi menangani krisis kewangan yang dihadapi oleh pelanggannya berikutan penularan virus Covid-19 di seluruh dunia.

c)

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelakkan penularan Covid-19 bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020.

d)

Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN RAKYAT telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu rakyatnya dari segi ekonomi yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

4.

Situasi yang manakah menggambarkan konsep kecekapan dengan tepat?

a)

Kerajaan Malaysia menerima kit ujian pantas daripada Korea Selatan dengan hanya 10 minit pengambilan sampel dan keputusan ujian saringan boleh didapati dalam 2 hingga 3 hari sahaja.

b)

Syarikat pengeluar topeng muka membekalkan topeng yang mempunyai 3 lapisan atau 3 ply mengikuti permintaan pelanggannya semasa musim wabak Covid-19.

c)

Seorang jurujual baja kelapa sawit tidak dapat menandingi jumlah jualannya pada bulan Januari akibat wabak Covid-19.

d)

UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Bioteknologi Marin (IMB) menghasilkan cecair pembasmi kuman sendiri yang mengandungi 70% alkohol dan sedikit perubahan daripada segi komposisi bahan mentah yang digunakan disebabkan sumbernya terhad.

5.

Henri Fayol telah memperkenalkan 14 Prinsip Asas Pengurusan, kecuali....

a)

Mengutamakan kepentigan organisasi.

b)

Kestabilan personel

c)

Pemantau

d)

Paduan arahan

6.

Berikut merupakan teori yang diperkenalkan dalam Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif kecuali...

a)

Teori Sains Pengurusan

b)

Teori Sistem

c)

Teori Sistem Pengurusan Maklumat

d)

Teori Pengurusan Operasi

7.

Kenal pasti padanan yang SALAH di antara tokoh dengan prinsip/ teori yang diperkenalkan dalam bidang pengurusan.

a)

Douglas Mc Gregor - Teori X & Teori Y

b)

Frederick Taylor - Teori Sains Pengurusan

c)

Max Weber - Teori Birokrasi Pengurusan

d)

Abraham Maslow - Teori Hirerarki Keperluan Maslow

8.

Berikut merupakan ciri - ciri objektif yang baik KECUALI...

a)

Jangka masa tidak terhad

b)

Boleh diukur

c)

Mampu dicapai

d)

Khusus

9.

Berikut merupakan prinsip bagi Teori Birokrasi Pengurusan KECUALI....

a)

Pembahagian atau pengkhususan kerja

b)

Perkembangan kerjaya berdasarkan merit

c)

Pengamalan peraturan dan prosedur formal

d)

Memerlukan staf yang ramai

10.

Teori apakah yang menerangkan peranan seorang pengurus dalam organisasi.

a)

Teori Pengurusan Saintifik

b)

Teori Sistem

c)

Teori Mintzberg

d)

Teori Sains Pengurusan

11.

Kemahiran pengurus untuk menggunakan kaedah - kaedah, prosedur dan pengetahuan yang khusus untuk melaksanakan tugas atau kerjanya merujuk kepada kemahiran.......

a)

Konseptual

b)

Teknikal

c)

Pembuatan Keputusan

d)

Kemanusian

12.

Pengurus mempunyai kemahiran berunding yang baik dengan pihak pembiaya dan pembekal. Apakah yang kemahiran yang dimiliki oleh pengurus ini?

a)

Kemahiran Teknikal

b)

Kemahiran Konseptual

c)

Kemahiran pengurusan

d)

Kemahiran antara - perorangan

13.

Nyatakan turutan proses perancangan yang tepat.

a)

Menganalisis persekitaran perniagaan - Membentuk alternatif tindakan - Menilai alternatif - Memilih alternatif tindakan - Menentukan matlamat objektif

b)

Menentukan matlamat objektif - Membentuk alternatif tindakan - Menilai alternatif - Memilih alternatif tindakan - Menganalisis persekitaran perniagaan

c)

Menentukan matlamat objektif - Menganalisis persekitaran perniagaan - Membentuk alternatif tindakan - Menilai alternatif - Memilih alternatif tindakan

d)

Membentuk alternatif tindakan - Menilai alternatif - Memilih alternatif tindakan - Menganalisis persekitaran perniagaan - Menentukan matlamat objektif

14.

Kaedah Laluan Genting (CPM) merupakan salah satu alat yang digunakan dalam perancangan. Berikut kepentingan CPM KECUALI...

a)

Dapat memastikan urutan aktiviti dapat dijalankan seperti yang dijadualkan.

b)

Melicinkan perjalanan sesuatu projek.

c)

Membantu pengurus melakukan kawalan dari segi kos.

d)

Mengenal pasti aktiviti yang penting dalam sesuatu projek.

15.

Perancangan strategik terbahagi kepada berapa tahap strategi?

a)

5 tahap

b)

4 tahap

c)

3 tahap

d)

2 tahap

16.

Nyatakan unsur - unsur perancangan strategik yang TIDAK TEPAT.

a)

Misi

b)

Taktikal

c)

Strategi

d)

Visi

17.

Analisis SWOT digunakan sebagai salah satu kaedah perancangan strategik. Berdasarkan situasi berikut nyatakan analisis SWOT yang sesuai digunakan.


SITUASI:Perubahan trend dan cita rasa pengguna serta kemunculan produk baharu di pasaran.

a)

Kekuatan

b)

Kelemahan

c)

Peluang

d)

Ancaman

18.

Analisis SWOT digunakan sebagai salah satu kaedah perancangan strategik. Berdasarkan situasi berikut nyatakan analisis SWOT yang sesuai digunakan.


SITUASI: Syarikat mempunyai teknologi yang lapuk, pengurusan yang tidak cekap dan kekurangan tenaga kerja mahir.

a)

Kekuatan

b)

Kelemahan

c)

Peluang

d)

Ancaman

19.

Berikut merupakan maklumat yang dapat digambarkan dalam carta organisasi KECUALI...

a)

Jangkauan kawalan

b)

Prosedur

c)

Sistem pelaporan

d)

Pembahagian kerja

20.

Penjabatan mengikut divisyen boleh dibahagikan kepada 3 kategori KECUALI...

a)

Penjabatan Mengikut Matriks

b)

Penjabatan mengikut divisyen produk

c)

Penjabatan mengikut divisyen geografi

d)

Penjabatan mengikut divisyen pasaran

21.

Nyatakan proses yang KETIGA dalam proses pengorganisasian.

a)

Pengelompokan aktiviti

b)

Penentuan objektif

c)

Pengelasan aktiviti

d)

Pengenalpastian aktiviti

22.

Pernyataan yang manakah menunjukkan maksud manual prosedur kerja dengan tepat.

a)

Merujuk kepada dokumen yang berkaitan dasar dan tatacara yang meliputi semua aspek pengurusan.

b)

Dokumen rujukan bagi peringkat individu atau sesuatu jawatan, mengandungi carta organisasi dan prosedur kerja berkaitan jawatan yang disandang.

c)

Dokumen yang disediakan oleh organisasi untuk memastikan rekod kualiti diwujudkan dan diselenggara sebagai bukti pematuhan standard dan pelaksanaan sistem kualiti.

d)

Dokumen rujukan utama bagi melakukan sesuatu tugas dalam organisasi atau jabatan

23.

Berikut merupakan kuasa yang dimiliki oleh seorang pemimpin KECUALI...

a)

Kuasa ganjaran

b)

Kuasa hukuman

c)

Kuasa kepakaran

d)

Kuasa rujukan

24.

Nyatakan jenis-jenis pemimpin yang TEPAT.

a)

Autokratik

b)

Demokratik

c)

Berwawasan

d)

Kontigensi

25.

Nyatakan gaya kepimpinan yang TEPAT.

a)

Karismatik

b)

Transactional

c)

Transformational

d)

Demokratik

26.

Tedapat 2 jenis ganjaran yang dapat meningkatkan motivasi pekerja. Nyatakan ganjaran tersebut.

a)

Ganjaran Kewangan

b)

Ganjaran Bukan Kewangan

c)

Ganjaran Ekstrinsik

d)

Ganjaran Instrinsik

27.

Dalam Teori Motivasi Maslow terdapat 5 keperluan yang perlu dipenuhi oleh pengurus bagi membolehkan pekerja mencapai matlamat kerja. Nyatakan keperluan tersebut.

a)

Keperluan untuk pencapaian

b)

Keperluan pencapaian hasrat diri

c)

Keperluan penghargaan

d)

Keperluan keselamatan

e)

Keperluan untuk kuasa

28.

Nyatakan proses pembentukan pasukan yang betul.

a)

Penyesuaian - Peributan - Pembentukan - Pelaksanaan - Penangguhan

b)

Pembentukan - Pelaksanaan - Penangguhan - Penyesuaian - Peributan

c)

Pelaksanaan - Penangguhan - Penyesuaian - Peributan - Pembentukan

d)

Pembentukan - Peributan - Penyesuaian - Pelaksanaan - Penangguhan

29.

Nyatakan punca - punca stres berkaitan dengan faktor organisasi.

a)

Skop kerja

b)

Keadaan tempat kerja

c)

Gangguan seksual

d)

Pengalaman dasar, prosedur dan peraturan yang ketat

e)

Struktur organisasi

30.

Berikan kaedah pengurusan stres mengikut pendekatan individu.

a)

Persekitaran kerja

b)

Pengurusan masa

c)

Pembangunan mental

d)

Amalan kerohanian

e)

Program sokongan keluarga

31.

Senaraikan kaedah kawalan yang boleh dilaksanakan oleh organisasi.

a)

Kawalan awalan

b)

Kawalan dalaman

c)

Kawalan luaran

d)

Kawalan semasa

e)

Kawalan selepas

32.

Berikan kaedah pengurusan stres mengikut pendekatan organisasi.

a)

Sistem mentor

b)

Program pembangunan fizikal dan sosial

c)

Amalan kerohanian

d)

Program kaunseling

e)

Iklim organisasi dan reka bentuk organisasi

33.

Nyatakan susunan proses kawalan yang betul.

a)

Mengukur pencapaian - Menetapkan standard - Membandingkan pencapaian standard - Membuat langkah pembetulan

b)

Menetapkan standard - Mengukur pencapaian - Membandingkan pencapaian standard - Membuat langkah pembetulan

c)

Mengukur pencapaian - Membandingkan pencapaian standard - Membuat langkah pembetulan - Menetapkan standard

d)

Mengukur pencapaian - Membandingkan pencapaian standard - Menetapkan standard - Membuat langkah pembetulan

34.

Berikan fungsi alat kawalan iaitu analisis titik pulang modal.

a)

Mengawal kos pengeluaran agar tidak terlebih belanja.

b)

Merancang pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.

c)

Memastikan aktiviti kritikal dapat disiapkan mengikut masa supaya tidak mengganggu aktiviti lain.

d)

Merancang pengeluaran untuk mendapat untung yang disasarkan.

35.

Senaraikan kesan stres kepada individu.

a)

Perubahan tingkah laku

b)

Penurunan dalam tahap kesihatan

c)

Kadar lantik henti tinggi

d)

Produktiviti pekerja menurun

36.

Nyatakan konsep-konsep yang terdapat dalam pengorganisasian.

a)

Autoriti

b)

Standard

c)

Rantaian arahan

d)

Akauntabiliti

37.

Senaraikan rancangan yang dibina berdasarkan peringkat pengurusan.

a)

Rancangan strategik

b)

Rancangan teknikal

c)

Rancangan taktikal

d)

Rancangan Operasi

38.

Bagi seorang pengurus pertengahan, kemahiran apakah yang sangat penting bagi mereka.

a)

Kemahiran antara-perorangan

b)

Kemahiran pengurusan masa

c)

Kemahiran konseptual

d)

Kemahiran Teknikal

e)

Kemahiran pembuatan keputusan

39.

Bagi seorang pengurus bawahan, kemahiran apakah yang sangat penting bagi mereka.

a)

Kemahiran pembuatan keputusan

b)

Kemahiran konseptual

c)

Kemahiran Pengurusan Masa

d)

Kemahiran Teknikal

e)

Kemahiran antara perorangan

40.

Perniagaan Zainal mengeluarkan sos pelbagai perisa. Kos tetap syarikat ialah RM 12,000.00. Harga jualan sebotol sos ialah RM 9.00 dan kos berubah bagi sebotol sos ialah RM 4.20. Kirakan titik pulang modal perniangaan Encik Zainal.

a)

2, 600 botol

b)

2,550 botol

c)

2,400 botol

d)

2,500 botol

41.

Apakah peranan pemimpin?

a)

Ketua

b)

Sahabat

c)

Jurucakap

d)

Pendorong

42.

Berikut merupakan aspek perbezaan di antara pemimpin formal dan pemimpin tidak formal KECUALI?

a)

Jawatan

b)

Autoriti/ kuasa

c)

Hala tuju

d)

Perlantikan

43.

Apakah proses pengorganisasian yang kedua?

a)

Pengenalpastian aktiviti

b)

Pengelasan aktiviti

c)

Pengelompokan aktiviti

44.

Proses pengorganisasian yang keempat ialah "Pengelompokan aktiviti".

a)

BETUL

b)

SALAH

45.

Satu rancangan menyeluruh yang menerangkan bagaimana organisasi dapat mencapai misi dan matlamat dalam jangka masa panjang. Pernyataan ini merujuk kepada unsur perancangan strategik iaitu...

a)

Taktik

b)

Autoriti

c)

Strategi

d)

Obejektif