WorksheetsLatihan Tatabahasa
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Ain menambahkan sedikit garam ke dalam kuah gulai tempoyak itu kerana terlalu ______
masin
cair
pekat
tawar
Cantik __________ gambar pemandangan Gunung Tahan yang tergantung pada dinding itu.
agak
terlalu
paling
benar
Kanak-kanak lelaki itu kelihatan_______ kerana terlalu mengantuk.
terenjut-enjut
terhegeh-hegeh
terangguk-angguk
tersengguk-sengguk
Kedengaran ombak menderu dan ... bunyi riaknya di tepi pantai.
menderam
mendesau
menderau
mendesing
"Jangan ... apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal," kata jurulatih Eva kepada pasukan Harimau Juara.
cuak
ngeri
culas
seram
... tingkap kayu rumah Pak Padinoh terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.
Jejari
Kekisi
Tetupai
Kekuda
Deven menggunakan beberapa ... kain untuk membuat layar kapalnya.
helai
keping
kajang
lembar
Perlawanan bola sepak itu tetap diteruskan ... hujan lebat.
malahan
kerana
namun
kendatipun
Kemalangan itu berlaku ... di atas jambatan.
nyaris-nyaris
benar-benar
tepat-tepat
betul-betul
Puisi karya Alisa itu ... sahaja tetapi plot yang digarapnya menarik sekali.
ringkas
singkat
senang
mudah
Kejayaan cemerlang Zubaidah dalam PT3 ialah hasil ... usahanya yang bersungguh-sungguh
dari
bagi
untuk
daripada
Warga Sekolah Sukan Malaysia Pahang berbangga dengan ... atlet murid sekolah itu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
peningkatan
pemantapan
pencapaian
perubahan
"____________akan berangkat meninggalkan istana untuk mencemar duli menemui rakyat,"kata Bendahara Tun Mahkota kepada para pembesar negeri.
Baginda
Patik
Beliau
Hamba
Didi meletakkan ....agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.
pemukul
pengandar
penyandar
penyendal
Clara mencapai_________kertas, lalu menulis sedikit nota ringkas.
sebaris
sebuku
sehelai
secebis
Kami __________ bahawa pasukan bola keranjang sekolah kami akan menewaskan pasukan lawan.
amat yakin
benar pasti
betul percaya
nyata benar
Puan Jane _________anaknya di kerusi yang kosong di hadapannya.
terduduk
menduduki
penduduk
mendudukkan
_______ atlet murid di sekolah itu terdiri daripada penduduk di kawasan itu.
Tiap-tiap
Setengah
Para-para
Kebanyakan
Nenek moyang kita dahulu bekerja _______untuk mendapatkan rezeki bagi menyara keluarga mereka.
mati-matian
sakit-sakitan
besar-besaran
sambil-sambilan
Selepas menyelesaikan kerja rumah sempena Cuti Perintah Kawalan Pergerakan ini, bolehlah kita berehat ...
sesungguh-sungguhnya.
semahu-mahunya.
selama-lamanya.
seada-adanya.
Dalam perjalanan pulang dari bermain, Fitri tersepak akar kayu lalu jatuh .............
tersembam
terpelanting
tercampak
terguling
Para penyokong pasukan bola sepak SMK Kamunting berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin.....................
getir
runcinng
tipis
genting
Setibanya di rumah, Rasyidah mendapati barang di dalam biliknya .......................... kerana rumahnya digeledah pencuri.
bertindih-tindih
bertimbun-timbun
berlonggok-longgok
berserak-serak
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan .....................dapat meringankan beban mangsa gempa bumi itu.
seelok-eloknya
sebaik-baiknya
setidak-tidaknya
seboleh-bolehnya
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.
Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan bahawa makanan yang dijual perlu orang ramai adalah bersih daripada kekotoran. Tiada kesalahan
A. bahawa
B. perlu
C. daripada
D. Tiada kesalahan
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.
Walaupun Munawir tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. Tiada kesalahan
A. tergolong
B. terkecil
C. sehebat
D. Tiada kesalahan
Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.
dari tahun ke setahun
daripada tahun ke tahun
daripada setahun ke setahun
dari setahun ke setahun
Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi air ke dalam tong-tong yang mengandungi ikan.
mengisi air dalam
mengisikan air di dalam
mengisikan air ke dalam
mengisi air ke dalam
Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh KECUALI
seperti itik pulang petang
seperti belut pulang ke lumpur
tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua
berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.
I. Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.
II. Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti.
III. Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.
IV. Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
i, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
