wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM: Simpulan Bahasa (SB2)

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berita yang dibawa oleh Azwan itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.

a)

khabar angin

b)

mulut murai

c)

alas cakap

d)

buah mulut

2.

Pemuda itu sudah __________ setelah syarikatnya mengalami kerugian yang besar.

a)

hutang darah

b)

hilang akal

c)

gila talak

d)

lintah darat

3.

Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka telah mendapat _________ tentang program itu.

a)

kata dua

b)

kata sepakat

c)

hitam putih

d)

jalan keluar

4.

Tulisan Amir yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Siti.

a)

cangkul angin

b)

embun jantan

c)

cakar ayam

d)

getah bawang

5.

Khairul sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

keras hati

d)

putih mata

6.

Keluarga Encik Jamil ___________ di tepi pantai.

a)

angin makan

b)

makan angin

c)

atas angin

d)

ada angin

7.

Shafik jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.

a)

pisau cukur

b)

puteri lilin

c)

hidung tinggi

d)

bunga dedap

8.
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
putih mata
d)
rambang mata
9.

Aqil____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.

a)

pasang telinga

b)

angkat kaki

c)

kacang hantu

d)

panas darah

10.

Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Australia itu dengan ___________ .

a)

bekas tangan

b)

tangan terbuka

c)

buah tangan

d)

panjang tangan

11.

Anak-anak Pak Ayob_________ kerana rajin mengemas.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

c)

ringan mulut

d)

ayam tambatan

12.

Restoran itu terpaksa __________ kerana menangung hutang yang banyak.

a)

goyang kaki

b)

lankah bendul

c)

hutang darah

d)

gulung tikar

13.

Rumah Pak Ali hangus terbakar. Beliau dan keluarganya ____________ kerana barang - barangnya hangus dijilat api.

a)

Sehelai sepinggang

b)

Sebatang kara

c)

Anak yatim

d)

Seribu langkah

14.

Atiqah membawa ____________ ketika menziarahi sahabat karibnya di hospital.

a)

Buah mulut

b)

Buah hati

c)

Buah tangan

d)

Buah fikiran

15.

Dia digelar ___________ kerana gemar membaca jika ada kelapangan masa.

a)

Lidah bercabang

b)

Hati tikus

c)

Kaki botol

d)

Ulat buku

16.

Pada cuti sekolah ayah dan ibu sering membawa kami ___________ untuk menikmati keindahan alam.

a)

kaki ayam

b)

kutu embun

c)

makan angin

d)

kaki bangku

17.

Rashid membuka _________________________ apabila seekor anjing menyalak lalu mengejarnya.

a)

langkah seribu

b)

langkah kanan

c)

langkah kiri

d)

langkah lari

18.

Hashim menghadiahi ibunya sebuah beg tangan berjenama setelah mendapat ______________________ pada minggu lalu.

a)

akal kancil

b)

durian runtuh

c)

paku belanda

d)

telinga lintah

19.

Alia dan Aina _______________________ ketika menonton filem komedi di pawagam.

a)

goyang kaki

b)

tajam akal

c)

pecah perut

d)

patah kemudi

20.

Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

pembasuh mulut

c)

banyak mulut

d)

mulut murai