wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PROSES HIDUP TUMBUHAN TAHUN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimana pokok bunga ros melindungi dirinya daripada musuh?

a)

Mengeluarkan bau busuk

b)

Mempunyai racun yang berbisa.

c)

Mempunyai duri yang tajam pada batangnya

d)

Mempunyai getah yang melekit

2.

Pak Leman mendapati kebun pisangnya kerap dirosakkan oleh sekumpulan babi hutan. Ini telah menjejaskan hasil tanaman beliau. Bagaimanakah Pak Mat dapat Mengelakkan kebun pisangnya dirosakkan oleh haiwan perosak itu?

a)

Menanam pokok keladi sekeliling kebunnya.

b)

Menanam pokok labu di sekeliling kebunnya.

c)

Menanam pokok nanas di sekeliling kebunnya.

d)

Menanam pokok getah disekeliling kebunnya.

3.

Ammar menjalankan satu penyiasatan ke atas tiga jenis tumbuhan iaitu tumbuhan X, Y dan Z. Tumbuhan-tumbuhan itu diletakkan di bawah sinaran matahari selama seminggu tanpa disiram.


Pilih urutan yang betul dari pokok yang paling subur ke pokok yang paling tidak subur.

a)

X , Y dan Z

b)

Y , Z dan X

c)

Z , X dan Y

d)

Y , X dan Z

4.

Bagaimanakah tumbuhan ini melindungi dirinya dari musuh?

a)

rasa yang pahit

b)

bergetah

c)

berbulu halus

d)

beracun

5.

Apakah ciri-ciri khas tumbuhan itu yang membantunya melindungi diri dari musuh ?

a)

R - Berbulu halus

S - Berduri tajam

T - Menghasilkan getah

b)

R - Menghasilkan getah

S- Berbulu halus

T - Berduri tajam

c)

R- Berduri

S- Beracun

T- Berbatang keras

d)

R- Berbatang keras

S- Beracun

T- Berduri

6.

Bagaimanakah cara tumbuhan ini mengurangkan kehilangan air pada musim panas?


a)

menggugurkan buah

b)

mengecilkan batang

c)

menggulungkan daun

d)

menggugurkan daun

7.

Semasa Azlina bercuti di kampong neneknya, dia dapati pokok-pokok getah menggugurkan daun-daunnya. Mengapakah pokok getah meluruhkan daunnya pada musim panas?


a)

untuk mengelakkan daunnya terlalu berat

b)

untuk mengelakkan haiwan daripada berteduh

c)

untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak.

d)

untuk mengelakkan batangnya dari tumbang

8.

Bagaimana pokok tembikai melindungi dirinya daripada musuh?

a)

Mengeluarkan bau busuk

b)

Mempunyai getah yang melekit

c)

Mempunyai duri yang tajam

d)

Mempunyai bulu halus .

9.

*Buah meletup apabila kering

*Biji benih tercampak jauh dari pokok induk


Penyataan berikut benar mengenai tumbuhan berikut.

a)

Cempedak

b)

Getah

c)

Bendi

d)

Tomato

10.

Azri terjumpa najis burung di kawasan belakang rumahnya. Dia mendapati terdapat biji-biji benih yang halus dan keras dalam najis burung tersebut. Biji benih tumbuhan manakah yang disebarkan dengan cara ini?

a)

Durian

b)

Cempedak

c)

Jambu Batu

d)

Mangga

11.

Manakah antara tumbuhan berikut BUKAN melindungi dirinya dengan bulu halus?

a)

Daun buluh

b)

Daun tebu

c)

Lalang

d)

Pokok semalu

12.

Apakah persamaan ciri perlindungan pokok pong-pong dan cendawan?

a)

Berduri

b)

Beracun

c)

Mengeluarkan bau

d)

Bergetah

13.

Pokok keladi dan oleander adalah contoh pokok yang....

a)

Beracun

b)

Berduri

c)

Berbulu halus

d)

Bergetah

14.

Manakah tumbuhan yang mempunyai ciri perlindungan yang sama seperti tumbuhan tersebut?

a)

Cendawan

b)

Semalu

c)

Tembakau

d)

tebu

15.

Apakah bahan yang terdapat dalam daun pokok tembakau yang membantunya mengeluarkan bau yang kuat?

a)

Oksigen

b)

Geletin

c)

Nikotin

d)

Rikotin

16.

Ciri-ciri yang manakah membantu pokok di atas untuk hidup di kawasan padang pasir?

a)

Mempunyai akar yang panjang

b)

menggulungkan daun

c)

Batang menyimpan air

d)

Daun berpecah-pecah

17.

Manakah ciri-ciri bagi tumbuhan yang hidup di kawasan angin kencang seperti di tepi pantai?

a)

Menggugurkan daun

b)

Daun berpecah-pecah

c)

Akar panjang

d)

Batang boleh lentur

18.

Biji benih dan buah penting dipencarkan jauh daripada induknya untuk:

a)

Mengurangkan persaingan antara tumbuhan

b)

Memastikan kemandirian spesiesnya

c)

memastikan penghasilan oksigen yang segar dan bersih

d)

Mengelakkan kepupusan spesiesnya

19.

Apakah yang dimaksudkan pencaran?

a)

Cara pembiakan tumbuhan

b)

Cara pertumbuhan tumbuhan

c)

Cara penyebaran biji benih

d)

Cara pergerakan biji benih

20.

Manakah antara berikut merupakan agen pencaran yang betul?

a)

Air, Angin, Haiwan dan Tumbuhan

b)

Air, Angin, Mekanisma letupan dan Haiwan

c)

Hujan, Tiupan, Mekanisma balingan dan Haiwan

d)

Air, Angin, Mekanisma sentuhan dan Haiwan

21.

Tumbuhan ini melindungi dirinya dengan mengeluarkan getah

a)

nangka, keladi, betik

b)

pisang, durian, rambutan

c)

mangga, rambutan, nanas

d)

belimbing, limau, pisang

22.

Tumbuhan ini melindungi diri dengan menggunakan bulu halus

a)

lalang, mangga, rambutan

b)

tebu, lalang, nangka

c)

tebu, lalang,buluh

d)

lalang, buluh, mangga

23.

Tumbuhan ini mengeluarkan bau yang busuk untuk melindungi diri daripada musuh

a)

getah dan betik

b)

tembakau dan rafflesia

c)

tembakau dan getah

d)

rafflesia dan betik

24.

Pokok kaktus melindungi diri daripada cuaca yang terlampau panas dengan cara

a)

akar yang panjang dan daun yng lebar

b)

akar yang panjang dan batang yang keras

c)

akar yang panjang dan daun berbentuk duri

d)

akar yang panjang dan daun yang kecil

25.

Pokok apakah yang menggulungkan daunnya ketika cuaca panas untuk mengurangkan kehilangan air

a)

pisang dan mangga

b)

kunyit dan serai

c)

serai dan mangga

d)

kunyit dan pisang

26.

Apakah pokok yang mempunyai daun yang berbentuk jarum, yang berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air pada cuaca panas.

a)

pokok ru

b)

pokok nanas

c)

pokok bunga ros

d)

pokok tebu

27.

Maklumat 1 menunjukkan ciri-ciri buah X

Kulit menjadi kering apabila matang dan meletup untuk menyebarkan biji benih.

Apakah buah K?

a)

Bendi

b)

Angsana

c)

Kemuncup

d)

Teratai

28.

Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan.

Mengapakah haiwan tidak memakan tumbuhan ini?

a)

Berbau busuk

b)

Mempunyai duri tajam

c)

Mengeluarkan racun yang berbahaya

d)

Mempunyai bulu-bulu halus yang menyebabkan kegatalan

29.

Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan.

Antara yang berikut, yang manakah dipencarkan dengan cara yang sama?

a)

Kacang buncis

b)

Pokok begonia

c)

Jambu

d)

Buah nipah

30.

Rajah menunjukkan biji benih saga yang telah matang.

Bagaimanakah biji benih itu dipencarkan?

a)

Air

b)

Angin

c)

Haiwan

d)

Mekanisme letupan

31.

Rajah menunjukkan pokok keembung.

Apakah yang akan berlaku sekiranya pokok keembung tidak memencarkan biji benihnya?

a)

Pokok keembung akan mati

b)

Anak-anak pokok keembung akan tumbuh berdekatan antara satu sama lain

c)

Anak-anak poko keembung akan hidup subur

d)

Anak-anak poko keembung akan hidup lebih subur daripada pokok keembung

32.

Rajah menunjukkan biji benih sejenis tumbuhan.

Antara berikut, yang manakah dipencarkan dengan cara yang sama seperti tumbuhan ini?

a)

Keembung

b)

Lalang

c)

Kemuncup

d)

Kelapa

33.

Tumbuhan M mengeluarkan bau untuk melindungi diri daripada musuh.

Apakah tumbuhan M?

a)

raflesia

b)

Pokok buluh

c)

Cendawan

d)

Kaktus

34.

Antara berikut, yang manakah agen pencaran bagi bendi?

a)

Haiwan

b)

Angin

c)

Air

d)

Mekanisme letupan

35.

Pokok kelapa dan pokok buluh bleh menahan daripada tiupan angin kencang kerana tumbuhan ini mempunyai _______

a)

daun seperti jarum

b)

daun kecil

c)

akar banir yang kuat

d)

batang yang boleh melentur

36.

Rajah menunjukkan sejenis buah.

Apakah agen pencaran bagi buah ini?

a)

Angin

b)

Air

c)

Mekanisme letupan

d)

Haiwan

37.

Biji benih kumpulan tumbuhan manakah yang disebarkan oleh angin?

a)

Mangga, rambutan, kelapa

b)

Lalang, angsana, meranti

c)

Bendi kemuncup, lalang

d)

Lalang, mangga, rambutan

38.

Apakah maksud kemandirian spesies?

a)

Keupayaan untuk mengelakkan spesies daripada mati.

b)

Keupayaan untuk mengelakkan spesies daripada subur.

c)

Keupayaan untuk mengelakkan spesies daripada pupus.

d)

Keupayaan untuk mengelakkan spesies daripada lemah.

39.

Bagaimanakah tumbuhan di atas melindungi diri dari musuh?

a)

Berbulu halus

b)

Berbulu tajam

c)

Berduri halus

d)

Bergetah tebal

40.

Mengapakah haiwan sukar mendekati pokok cempedak?

a)

Melekit-lekit

b)

Berbau busuk

c)

Warna tidak menarik

d)

Badan menggerutu