wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Uji Bahasa 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Rantau Abang menjadi tempat _______ penyu belimbing untuk bertelur.

a)

persinggahan

b)

penempatan

c)

penteluran

d)

perhentian

2.

Tharun meminjam wang daripada Kumar dan ________ untuk mengembalikannya esok.

a)

berikrar

b)

berteriak

c)

berjanji

d)

berazam

3.

Murid yang nakal itu dimarahi oleh pustakawan ________ menconteng buku di perpustakaan.

a)

lalu

b)

seraya

c)

sesungguhnya

d)

lantaran

4.

Menerusi __________ itu, mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah persatuan.

a)

percakaran

b)

perbualan

c)

pertanyaan

d)

perbincangan

5.

Binaan Kota kubu pertahanan tentera Kedah di Kota Kuala Muda masih ________.

a)

kukuh

b)

lasak

c)

reput

d)

molek

6.

Jutawan itu mendermakan se_________ cek yang bernilai tiga ratus ribu ringgit kepada pertubuhan sukarela itu .

a)

pasang

b)

helai

c)

keping

d)

lembar

7.

Pak Cik Azizi memindahkan se________ anak padi untuk ditanam.

a)

kelompok

b)

cebis

c)

pokok

d)

gemal

8.

Kita wajib menghargai pengorbanan pasukan keselamatan yang berkorban untuk kemerdekaan __________.

a)

ibu negeri

b)

ibu tiri

c)

ibu pertiwi

d)

ibu bapa

9.

Tarian kebudayaan __________ kaum merupakan acara yang terakhir dalam program tersebut.

a)

pelbagai-bagai

b)

pelbagai

c)

berbagai

d)

banyak

10.

Syakilla selalu menolong ibunya menyiram pokok bunga di halaman rumah mereka.


Simpulan bahasa yang sesuai dengan ayat di atas.

a)

Ringan tulang

b)

Berat perut

c)

Berat tulang

d)

Tulang kering

11.

Peserta tuan rumah gagal _____________ apa-apa pingat dalam kejohanan itu.

a)

merampas

b)

menggondol

c)

mengutip

d)

mencari

12.

Murid itu berlagak ____________ dialah ketua kelas di kelas itu.

a)

seolah-olah

b)

seboleh-boleh

c)

bebenar-benar

d)

seakan-akan

13.

Puan Komalah berasa lega kerana dia telah berjaya ________ hitang-piutangnya.

a)

melaksanakan

b)

melunaskan

c)

menyiapkan

d)

menamatkan

14.

Hukuman __________ akan dikenakan terhadap penyebar berita palsu.

a)

hebat

b)

susah

c)

lanjut

d)

berat

15.

Penderitaan yang dialaminya itu ___________ hari ­­­­____________ teruk.

a)

lama ....... lama

b)

semakin ..... semakin

c)

sejak ...... sejak

d)

tambah ...... tambah

16.

Kemudahan awam di bandar raya itu telah lengkap.

Perkataan seerti bagi lengkap ialah…

a)

selesai

b)

sempurna

c)

siap

d)

wujud

17.

Saya akan ke pasar malam sebentar lagi.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

a)

Kamu hendak ke mana nanti?

b)

Dengan siapa kamu ke pasar malam?

c)

Kamukah yang pergi ke pasar malam?

d)

Malam tadikan?

18.

“Kamu ___________ akal yang bijak,” kata Pak Long kepada Aiman.

a)

kepunyaan

b)

mempunyai

c)

berpunya

d)

sepunya

19.

Puan Cheah ___________ Kwan Lim supaya berhati-hati ketika memandu.

a)

menasihatkan

b)

bernasihat

c)

menasihati

d)

mempernasihatkan

20.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

a)

Jemput anda sekalian bersabar.

b)

Ibu saya tidak guru.

c)

Sila tanggalkan kasut anda.

d)

Saya bukan membawa bekal hari ini.

21.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

a)

“Lupakanlah perkara yang telah lepas,” kata nenek kepada ibu.

b)

Mereka ialah lepas universiti luar negara.

c)

Kapal terbang itu telah lepas pukul 2.00 tadi.

d)

Jangan lepas peluang keemasan ini.

22.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

a)

Kami memerlukan dijelaskan yang lebih lanjut tentang hal itu.

b)

Tulisan doktor itu tidak begitu dijelaskan.

c)

Abang ke pejabat pos untuk dijelaskan bil elektrik.

d)

Bayaran penyertaan ke Singapura saya sudah dijelaskan oleh ayah.

23.

Ayuni menerima sebungkus hadiah dari ayahnya.


Ayat di atas betul atau salah?

a)

betul

b)

salah

24.

Kulit buku ini dibuat daripada kertas yang bermutu tinggi.


Ayat di atas betul atau salah?

a)

salah

b)

betul

25.

Dia mengucapkan terima kasih pada ayahnya.


Ayat di atas betul atau salah?

a)

salah

b)

betul