wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud sejarah dalam Bahasa Melayu?

a)

cerita tentang seseorang

b)

peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau

c)

berasal daripada perkataan Arab "syajaratun"

d)

penyelidikan

2.

Apakah persamaan definisi sejarah dalam Bahasa Melayu dan Kamus Dewan?

a)

peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu

b)

kajian atau pengetahun tentang peristiwa yang telah lalu

c)

cerita tentang seseorang

d)

asal usul (keturunan), salasilah

3.

Cerita tentang seseorang.

Berdasarkan pernyataan nyatakan dari aspek bahasa tersebut.

a)

Bahasa Melayu

b)

Kamus Dewan

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Yunani

4.

Apakah maksud tambo?

a)

pengajaran

b)

huraian atau rencana

c)

penjelasan atau pendapat

d)

riwayat dahulu kala

5.

Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.

Nyatakan sejarawan tersebut?

a)

Herodotus

b)

EH Carl

c)

Ibn Khaldun

d)

Khoo Kay Kim

6.

Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

Nyatakan nama tokoh tersebut.

a)

Khoo Kay Kim

b)

Mohd Yusof Ibrahim

c)

Ibn Khaldun

d)

EH Carl

7.

Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Herodotus

b)

Ibn Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Mohd Yusof Ibrahim

8.

Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.

Siapakah sejarawan tersebut?

a)

EH Carl

b)

Herodotus

c)

Ibn Khaldun

d)

Mohd Yusof Ibrahim

9.

Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.

Nyatakan nama tokoh tersebut.

a)

Mohd Yusof Ibrahim

b)

Khoo Kay Kim

c)

Ibn Khaldun

d)

EH Carl

10.

Karyanya yang terkenal ialah The Persian War.

Siapakah beliau?

a)

EH Carl

b)

Herodotus

c)

Ibn Khaldun

d)

Khoo Kay Kim

11.

Karyanya yang terkenal ialah What Is History?

Siapakah beliau?

a)

Mohd Yusof Ibrahim

b)

Khoo Kay Kim

c)

E. H Carl

d)

Herodotus

12.

Karya beliau yang terkenal ialah Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi.

Siapakah beliau?

a)

Herodotus

b)

Mohd Yusof Ibrahim

c)

Khoo Kay Kim

d)

Ibn Khaldun

13.

Karya beliau ialah Muqaddimah.

Siapakah beliau?

a)

Ibn Khaldun

b)

Mohd Yusof Ibrahim

c)

EH Carl

d)

Herodotus

14.

Apakah maksud kronologi?

a)

peristiwa yang telah berlaku

b)

peristiwa yang telah berlaku mengikut urutan masa

c)

perubahan masa yang berlaku sebelum dan selepas

d)

peristiwa yang dijangka berlaku

15.

Apakah nama konsep masa bermula dengan kelahiran Nabi Isa A.S?

a)

Abad

b)

Alaf

c)

Dekad

d)

Zaman Masihi

16.

10 tahun

Antara berikut manakah yang tepat?

a)

Dekad

b)

Abad

c)

Alaf

d)

Zaman Masihi

17.

100 tahun

Antara berikut manakah jawapan yang tepat?

a)

Dekad

b)

Abad

c)

Alaf

d)

Zaman Masihi

18.

1000 tahun

Antara berikut manakah yang tepat?

a)

Dekad

b)

Abad

c)

Alaf

d)

Zaman Masihi

19.

Sumber ini belum diolah atau diterbitkan.

Nyatakan sumber sejarah berikut.

a)

Sumber primer

b)

Sumber sekunder

c)

Sumber asli

d)

Sumber alam

20.

Bahan tersebar kepada umum

Apakah sumber tersebut?

a)

Sumber alam

b)

Sumber primer

c)

Sumber sekunder

d)

Sumber asli

21.

Pilih 3 ciri-ciri sumber primer yang tepat.

a)

Sumber ini belum diolah

b)

Bahan tersebar kepada umum

c)

Bersifat asli

d)

Belum ditafsir

e)

Bahan telah diolah

22.

Pilih 3 contoh sumber primer yang tepat.

a)

Akhbar

b)

Fosil

c)

Diari

d)

Jurnal

e)

Manuskrip

23.

Antara berikut pilih 3 contoh sumber sekunder yang tepat.

a)

Buku

b)

Fail rasmi kerajaan

c)

Majalah

d)

Batu bersurat

e)

Ensiklopedia

24.

Peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk pemburuan, pertanian dan perdagangan.

Apakah yang menerangkan maksud pernyataan tersebut?

a)

Bukan artifak

b)

Artifak

c)

Ensiklopedia

25.

Bahan yang terkandung dalam X berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.

Apakah X?

a)

Artifak

b)

Fosil

c)

Bukan Artifak

d)

Ensiklopedia

26.

Patung yang diperbuat daripada batu, kayu dan lain-lain yang dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu.

Apakah maksud pernyataan tersebut.

a)

Arca

b)

Fosil

c)

Artifak

d)

Batu bersurat

27.

Proses kaedah menulis terbahagi kepada 5. Antara berikut manakah proses ke 5.

a)

Menganalisis

b)

Menggunakan peralatan yang sesuai

c)

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh

d)

Mendapat dan mengesahkan sumber tersebut

e)

Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi.

28.

Proses kaedah menulis terbahagi kepada 5. Antara berikut manakah proses ke 3.

a)

Menganalisis

b)

Menggunakan peralatan yang sesuai

c)

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh

d)

Mendapat dan mengesahkan sumber tersebut

e)

Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi.

29.

Proses kaedah menulis terbahagi kepada 5. Antara berikut manakah proses ke 4.

a)

Menganalisis

b)

Menggunakan peralatan yang sesuai

c)

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh

d)

Mendapat dan mengesahkan sumber tersebut

e)

Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi.

30.

Proses kaedah menulis terbahagi kepada 5. Antara berikut manakah proses ke 2.

a)

Menganalisis

b)

Menggunakan peralatan yang sesuai

c)

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh

d)

Mendapat dan mengesahkan sumber tersebut

e)

Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi.

31.

Proses kaedah menulis terbahagi kepada 5. Antara berikut manakah proses ke 1.

a)

Menganalisis

b)

Menggunakan peralatan yang sesuai

c)

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh

d)

Mendapat dan mengesahkan sumber tersebut

e)

Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi.

32.

Ilmu mengkaji dan menganalisis tulisan kuno pada daun lontar, papirus, tanah liat atau batu.

Apakah ilmu tersebut?

a)

Epigrafi

b)

Paleografi

c)

Geografi

d)

Geologi

33.

Ilmu mempelajari tulisan yang terdapat pada tugu, bangunan dan prasasti.

Apakah ilmu tersebut?

a)

Paleografi

b)

Geologi

c)

Epigrafi

d)

Paleontologi

34.

Apakah kegunaan daun lontar kepada masyarakat tradisional di Asia Tenggara?

a)

Membersihkan artifak dan fosil

b)

Memburu binatang

c)

Sebagai sumber makanan

d)

Mencatatkan maklumat

35.

Apakah yang terkandung dalam penulisan pada Batu Bersurat?

a)

Perihal hukum Islam

b)

Perihal kedatangan Islam

c)

Perihal pedagang Islam

36.

Mereka yang memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Apakah maksud pernyataan tersebut?

a)

Sumber sekunder

b)

Sumber primer

c)

Orang sumber

d)

Sumber alam

37.

Kaedah secara saintifik mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah.

Apakah kaedah tersebut?

a)

Bertulis

b)

Arkeologi

c)

Lisan

38.

Apakah sebab berlaku perbezaan tafsiran dalam sejarah?

I Tujuan penulisan

II Perbezaan ideologi

III Keterangan lisan

IV Ketiadaan sumber

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

39.

Apakah kepentingan mempelajari sejarah yang sesuai?

a)

Mengambil iktibar

b)

Memupuk patriotisme

c)

Membangunkan negara dan bangsa

d)

Mengenal asal usul

40.

Apakah kepentingan mempelajari sejarah yang sesuai?

a)

Mengenal asal usul

b)

Mengambil iktibar

c)

Membangunkan negara dan bangsa

d)

Memupuk patriotisme

41.

Apakah kepentingan yang sesuai berdasarkan gambar tersebut?

a)

Mengenal asal usul

b)

Memupuk patriotisme

c)

Membangunkan negara dan bangsa

d)

Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah

42.

Apakah kepentingan sejarah yang sesuai?

a)

Mengambil iktibar

b)

Memupuk patriotisme

c)

Mengukuhkan perpaduan

d)

Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah

43.

Mendapatkan maklumat daripada sumber yang dipahat pada batu.

Apakah kaedah tersebut?

a)

Kaedah lisan

b)

Kaedah bertulis

c)

Kaedah arkeologi

44.

Manuskrip

Batu Bersurat

Mengapakah sumber sejarah berikut diklasifikasikan sebagai sumber primer?

a)

Mudah dikaji

b)

Bersifat asli

c)

Disimpan di muzium

d)

Berasaskan kajian saintifik

45.

Apakah sumber sekunder yang perlu dirujuk untuk mengkaji sejarah negeri Perak?

a)

Fosil

b)

Batu bersurat

c)

Menteri Besar Perak

d)

Buku Salasilah Perak

46.

Menggunakan Perjanjian Pangkor untuk membuat penyelidikan.

Apakah kaedah tersebut?

a)

Lisan

b)

Bertulis

c)

Arkeologi

d)

Penandaan

47.

Tok Janggut dianggap pemberontak oleh sejarawan Barat tetapi dianggap pejuang oleh sejarawan tempatan.

Mengapakah perbezaan pendapat ini berlaku?

a)

Perbezaan tahap pendidikan

b)

Perbezaan bangsa

c)

Perbezaan agama

d)

Perbezaan ideologi

48.

Mengapakah pentaksiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah antara sejarawan berbeza-beza?

a)

Gagal mentafsir

b)

Pandangan berbeza

c)

Kurang pengalaman

d)

Sumber terlalu banyak

49.

Apakah kepentingan mempelajari sejarah?

I Mengenal asal usul

II Meningkatkan status diri

III Mengagungkan kuasa barat

IV Mengambil iktibar dalam kehidupan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Pada pendapat anda, mengapakah mata pelajaran Sejarah perlu diberikan penekanan dalam pendidikan sekolah menengah?

a)

Merakam kejayaan negara

b)

Memupuk perasaan cinta akan negara

c)

Mengkaji proses pembentukan bangsa

d)

Mengingati peristiwa bersejarah negara