Font size
Worksheets20 soalan SPM 2018/2019
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara unsur Kumpulan 1 berikut, yang manakah mempunyai saiz atom paling kecil
Litium
Sodium
Rubidium
Kalium
Pernyataan manakah yang betul?
Getah tervulkan mudah dioksidakan
Getah tervulkan boleh menahan haba yang tinggi
Getah tak tervulkan lebih kuat dan lebih keras
Getah tak tervulkan lebih kenyal
Antara yang berikut, yang manakah asid dwibes
Asid nitrik
Asid etanoik
Asid sulfurik
Asid hidroklorik
Antara bahan berikut, yang manakah digunakan dalam pembuatan bateri kereta dan detergen?
Ammonia
Asid nitrik
Asid sulfurik
Sulfur dioksida
Antara unsur yang berikut, yang manakah disimpan dalam minyak parafin?
Kadmium
Kalium
Kromium
Magnesium
Antara yang berikut, yang manakah elektrod lengai?
Ferum
Plumbum
Kuprum
Grafit
Apakah proses yang terlibat apabila suatu alkohol bertindak balas dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid?
Pengoksidaan
Pendehidratan
Pengesteran
Penghalogenan
Antara yang berikut, yang manakah bukan agen pengoksidaan?
Klorin
Kalium iodida
Hidrogen peroksida
Asid nitrik pekat
Apakah nombor pengoksidaan bagi hidrogen dalam magnesium hidrida, MgH2 ?
0
-1
+1
+2
Kedudukan karbon dalam Siri Kereaktifan Logam adalah antara
ferum dengan plumbum
zink dengan ferum
aluminium dengan zink
kalsium dengan aluminium
Antara bahan tambah makanan berikut, yang manakah digunakan untuk menghasilkan bau seperti buah oren?
Natrium benzoat
Oktil etanoat
Metil asetat
Asid askorbik
Asid sulfurik pekat merupakan salah satu bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cincin perang bagi ujian pengesahan ion nitrat dalam suatu larutan garam. Apakah bahan lain yang diperlukan untuk ujian tersebut?
Asid nitrik
Air bromin
Asid sulfurik cair
ferum (II) sulfat
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai saponifikasi?
Tindak balas antara ester dengan alkali
Tindak balas antara alkena dengan air
Tindak balas antara alkana dengan klorin
Tindak balas antara alkohol dengan asid karboksilik
Rajah di atasmenunjukkan seorang wanita yang menghidapi sejenis penyakit. Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk merawat penyakit tersebut?
Kobalt-60
Iodin-131
Karbon-12
Uranium-235
Bauksit ⟶ Leburan Y +O2
Persamaan di atas menunjukkan perubahan bauksit kepada leburan Y. Apakah komposisi utama bagi bauksit?
Al(OH)2
CuCO3
Fe2O3
SnO2
Rajah di atas mewakili susunan elektron bagi satu sebatian yang terbentuk antara magnesium dengan flourin. Apakah sifat sebatian itu?
Boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan akues
Wujud sebagai cecair pada suhu bilik
Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
Larut dalam pelarut organik
Maklumat manakah diperlukan untuk menentukan formula empirik bagi suatu sebatian
Jisim atom relatif bagi unsur
Jisim unsur dalam suatu sebatian
Nombor proton bagi atom unsur
Bilangan atom bagi unsur dalam sebatian
Antara garam berikut, yang manakah tidak larut dalam air?
Plumbum (II) sulfat
Kalium sulfat
Kuprum (II) sulfat
Natrium sulfat
Rajah di atas menunjukkan lengkung pemanasan bagi cecair X. Antara pernyataan berikut, yang manakah yang betul?
Semua zarah bergetar pada B
Dari B ke C, zarah-zarah tidak menyerap haba
Dari C ke D, zarah-zarah tersusun rapat dan mantap
Daya tarikan antara zarah-zarah tidak berubah pada C
Antara yang berikut, yang manakah ciri istimewa bagi logam peralihan?
Pepejal lembut
Larut dalam air
Takat lebur rendah
Membentuk ion berwarna
