wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji BM 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

________ murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di Pusat Sumber Sekolah.

a)

Sekawan

b)

Sepasukan

c)

Sekumpulan

d)

Segerombolan

2.

“Telur ayam serama itu baru ________ pagi tadi,” kata Pak Hamid kepada anaknya.

a)

menetas

b)

merekah

c)

memecah

d)

mengeram

3.

Pasukan bola sepak Negeri Sembilan berjaya ________ kedudukan teratas dalam Liga Perdana Malaysia daripada pasukan hijau kuning.

a)

membolot

b)

merampas

c)

mengambil

d)

menggondol

4.

Pak Long Mustaffa sedang ________ rotan supaya mudah dibentuk mengikut kehendaknya.

a)

melayur

b)

melentur

c)

melentok

d)

melentung

5.

Ibu memberi dua ________ beras hancur kepada anak ayam kampung peliharaannya.

a)

guni

b)

kepal

c)

jemput

d)

genggam

6.

Dia menggunakan ________ untuk mengukur sudut 90 darjah pada pelan rumah kedai itu.

a)

kekisi

b)

sesiku

c)

tetikus

d)

bebola

7.

Usaha ________ jenayah cetak rompak oleh Persatuan Seniman mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan.

a)

pencegahan

b)

penangkisan

c)

pengambilan

d)

pembanterasan

8.

Kerja-kerja ________ ini harus dilakukan dengan berhati-hati,” pesan Cikgu Suhaimi kepada Haikal.

a)

memaku

b)

memahat

c)

mengetam

d)

menggerudi

9.

Cik Hidayah ________ payung itu di penjuru bilik selepas pulang dari pasar malam.

a)

tersandar

b)

bersandar

c)

menyandar

d)

menyandarkan

10.

Cikgu Saffari menyuruh Helmi menyimpan ________ komputer itu ke dalam laci mejanya.

a)

jejari

b)

bebuli

c)

tetikus

d)

kekunci

11.

Keluarga Encik Borhan mengadakan majlis kenduri doa selamat sebagai tanda ________ kerana kejayaan anaknya dalam peperiksaan SPM.

a)

kemuliaan

b)

kesyukuran

c)

ketenangan

d)

kemenangan

12.

Dina Husna ________ kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih.

a)

peroleh

b)

perolehi

c)

memperoleh

d)

memperolehi

13.

Wan Faridah sedang ________ ketupat bawang di dapur bersama-sama anaknya.

a)

menjala

b)

menyirat

c)

mengupas

d)

mengayam

14.

Susan Lim ________ ketika mendengar pengalaman abangnya menuntut di luar negara.

a)

terbuka

b)

terpaku

c)

terlopong

d)

terdongak

15.

Pasukan SK Seri Perwira ________ latihan bola sepak bagi menghadapi kejohanan peringkat negeri pada bulan April.

a)

terhebat

b)

dihebatkan

c)

memperhebat

d)

memperhebatkan

16.

Pekerja yang mengorek tanah di tapak pembinaan itu telah menemui ________ duit syiling emas lama yang masih tidak terjejas.

a)

sebuntil

b)

sepapan

c)

selembar

d)

senaskhah

17.

Dalam pertandingan bahas tersebut, Azimuddin berjaya menangkis hujah daripada pihak lawan dengan alasan yang logik.


Peribahasa yang paling sesuai bagi menggantikan perkataan logik ialah ________________.

a)

Ada akal

b)

Hilang akal

c)

Masuk akal

d)

Panjang akal

18.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Haniza membeli kain ela berwarna biru muda sepanjang dua belas meter.

a)

Adakah kain ela yang dibeli oleh Haniza sepanjang dua belas meter?

b)

Berapa panjangkah kain ela berwarna biru muda yang dibeli oleh Haniza?

c)

Mengapakah Haniza membeli kain ela dua belas meter berwarna biru muda?

d)

Di manakah Haniza membeli kain ela biru muda sepanjang dua belas meter itu?

19.

i) Noraini mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Putrajaya.

ii) Encik Naim membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya.

iii) Banyak faedah yang kita peroleh jika kita mengamalkan sikap suka menabung.

iv) Dia menggunakan faedah yang mudah untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

20.

Puan Rosmawar mengambil beberapa ________ serai dan se ________ kunyit hidup di belakang rumahnya.

a)

helai ... biji

b)

pucuk ... ruas

c)

batang ... ketul

d)

rumpun ... buah