wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am Sem 2 :Kuiz 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Dasar ini melibatkan pemindahan kuasa kawalan dan kepentingan atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sektor swasta.
a)
Dasar Pensyarikatan
b)
Dasar Penswastaan
c)
Dasar Pandang ke Timur
d)
Dasar Pendidikan
2.
Nyatakan strategi yang bukan dalam melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
a)
Meningkatkan taraf dan kualiti kesenian melalui kerjasama penyelidikan, pendidikan dan hubungan budaya
b)
Saling tidak menghormati kebudayaan etnik
c)
Membangkitkan semangat nasionalisme
d)
Menyelidik, memulihkan dan memelihara nasionalisme agar tidak hilang ditelan zaman
3.
Berikut dasar-dasar kerajaan dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional kecuali
a)
Dasar Pendidikan
b)
Dasar Sukan
c)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
d)
Dasar Pensyarikatan
4.
Berikut potensi-potensi yang ada pada Negara Malaysia untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020 kecuali
a)
Ekonomi Malaysia hari ini berpandukan eksport melalui industri berteknologi tinggi berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
b)
Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengubah ekonomi yang bergantung kepada komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan
c)
Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpaksikan modal insan, inovasi dan idea
d)
Pendidikan dan latihan tidak diberi keutamaan dalam pembangunan di bawah rancangan pembangunan Malaysia
5.
Aspek utama petunjuk negara maju dan sejahtera kecuali
a)
Agama dan Kepercayaan
b)
Ekosistem
c)
Prasarana
d)
Politik
6.
Kepentingan membina negara maju dan sejahtera seperti berikut kecuali 
a)
Mengutamakan pentadbiran kerajaan
b)
Mensejahterakan dan membahagiakan rakyat
c)
Meningkatkan taraf hidup rakyat
d)
Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi
7.
Petunjuk negara maju dan sejahtera adalah seperti berikut kecuali
a)
Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya
b)
Mengatasi masalah kependudukan
c)
Tahap kesihatan yang rendah
d)
Tahap pendidikan yang tinggi
8.
Berikut tonggak utama dalam Model Baru Ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 kecuali
a)
1Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
b)
Program Transformasi Kerajaan (PTK)
c)
Program Transformasi Ekonomi (PTE)
d)
Rancangan Malaysia Kesebelas
9.
Berikut usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kecuali
a)
Membangunkan modal insan
b)
Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
c)
Mengawal keselamatan
d)
Menyediakan infrastruktur
10.
Pernyataan manakah yang bukan alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang
a)
Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum, jantina dan kedudukan (status sosial)
b)
Menjamin institusi kehakiman yang bebas
c)
Mengawal ketenteraman atau keamanan
d)
Keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan
11.
Objektif penggubalan Rukun Negara ada seperti berikut kecuali
a)
Mencapai perpaduan yang kurang erat 
b)
Mengamalkan cara hidup demokratik
c)
Mencipta satu masyarakat yang adil
d)
Membina sebuah masyarakat progresif
12.
Berikut dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara (DSN) kecuali
a)
Membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan teknologi robot
b)
Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan
c)
Mencapai sasaran penyertaan Bumiputera dan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 %
d)
Menjadikan sektor pertanian, pembatan dan perkhidmatan lebih dinamik
13.
Dasar Sosial Negara memberi manfaat kepada rakyat kecuali
a)
Mendapatkan keperluan asas
b)
Mendapatkan keperluan teknologi 
c)
Peluang untuk membangunkan potensi dan keperluan diri
d)
Menikmati keperluan sosial
14.
Rakyat Malaysia dikatakan hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni kecuali
a)
Ekonomi berkembang
b)
Kestabilan politik
c)
Keselamatan terjamin
d)
Pembangunan kebudayaan
15.
Berikut bukan usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif
a)
Memajukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam sektor pertanian
b)
Penggunaan teknologi tradisional
c)
Menghasilkan produk pertanian berasakan keperluan pengguna
d)
Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama
16.
Dasar Wanita Negara memberi sumbangan dalam memajukan wanita negara ini kecuali
a)
Melibatkan wanita dalam semua aspek pembangunan negara
b)
Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam semua situasi
c)
Mengutamakan pekerja wanita sahaja
d)
Meningkatkan sumbangan wanita dalam membuat keputusan
17.
Berikut langkah-langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara maju kecuali
a)
Meningkatkan pendidikan berkualiti
b)
Mengurangkan kemahiran
c)
Meningkatkan kepakaran
d)
Meningkatkan nilai dan etika kerja
18.
Berikut cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju kecuali
a)
Mewujudkan negara Malaysia bersatu
b)
Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
c)
Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
d)
Mewujudkan masyarakat yang tidak penyayang
19.
Perlaksanaan Dasar Pengsyarikatan Malaysia memberi faedah yang dinikmati oleh rakyat kecuali
a)
Menerima perkhidmatan yang sama dengan sebelumnya
b)
Menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti
c)
Mendapat faedah daripada tanggungjawab sosial korporat
d)
Meningkatkan kualiti hidup rakyat
20.
Berikut faktor-faktor yang diambil kira oleh kerajaan dalam merancang rancangan pembangunan negara
a)
Kewangan
b)
Sumber manusia
c)
Teknologi
d)
Bentuk muka bumi