NEW
Font size
WorksheetsKata Majmuk (KitMaj)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Kedai yang menjual __________ itu dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang
alat pembaris
alat pensel
alat tulis
alat padam
Keluarga Asyraf berasa __________ di atas pemergian datuk mereka.
sukacita
dukacita
peribadi
sukarela
Amira kelihatan muram apabila dia hanya mendapat __________ dalam pertandingan nyanyian.
baik hati
puas hati
gerak hati
sagu hati
Murid-murid dikehendaki memakai __________ ketika bersenam di padang.
pakaian sukan
pakaian seragam
pakaian angkatan
pakaian adat
Sudah menjadi tanggungjawab Cikgu Aisyah untuk menyediakan __________ supaya murid-murid dapat bergilir-gilir membersihkan kelas.
jadual tugasan
jadual bertugas
jadual harian
jadual mingguan
_____________ Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
Sukarela
Beritahu
Tandatangan
Tanggungjawab
Setiap hari Aiman menerima RM3 sebagai ___________ daripada bapanya.
wang saku
wang kertas
wang baki
wang syiling
Amni sangat manja kerana dia __________ dalam keluarga.
anak tiri
anak tunggal
anak angkat
anak bongsu
Kamal membaca __________ di bawah sepohon pokok yang rendang.
buku latihan
buku tulisan
buku tambahan
buku cerita
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Sabah.
rumah sakit
rumah tumpangan
rumah tangga
rumah terbuka
_____________ syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Suruhanjaya
Pilihanraya
Kakitangan
Olahraga
Ayah menghadiahi ibu seutas __________ sempena hari jadinya.
rantai besi
rantai emas
rantai palsu
surat rantai
Datuk Nicole Ann David telah menempa nama di peringkat _________ dalam sukan skuasy.
warganegara
antarabangsa
olahraga
suruhanjaya
Amzar ternanti-nantikan __________ dengan gadis idamannya pada minggu depan.
temu janji
temu ramah
temu bual
temu duga
________________ sebagai seorang guru adalah mengajar dan mendidik murid-murid menjadi insan yang baik.
Kerjasama
Tandatangan
Sukarela
Tanggungjawab
Puan Anisa suka memakai baju kurung yang berwarna cerah kerana kulitnya ______________.
hitam legam
kuning langsat
merah muda
biru laut
Amir suka mengambil bahagian dalam acara _____________ apabila tiba Hari Sukan di sekolahnya.
atur cara
ubah suai
olahraga
reka bentuk
____________ Balqis tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.
Jam tangan
Jam dinding
Jam loceng
Jam meja
Danish mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan __________ yang baru dibelinya.
buku kedatangan
buku catatan
buku lima
buku rujukan
Guru Besar menyampaikan __________ kepada penceramah motivasi itu.
tanggungjawab
cenderamata
kakitangan
tandatangan
Datuk telah mewasiatkan sejumlah ____________ kepada setiap anak-anaknya.
hak milik
harta benda
harta pusaka
asal usul
Encik Hisham mempunyai lima orang _________ yang mahir di syarikatnya.
kakitangan
sukarela
bumiputera
warganegara
_____________ Sofia berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
Ibu pertiwi
Ibu jari
Ibu negara
Ibu pejabat
Irfan menghantar surat itu di ____________ yang berdekatan dengan rumahnya.
klinik gigi
pejabat pos
balai polis
pejabat daerah
Siti tersedar daripada tidurnya apabila ____________ di sisinya berbunyi.
jam dinding
jam loceng
jam randik
jam tangan
