wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TING1-02/04/2020

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Definisi reka bentuk dan teknologi yang betul adalah…

a)

penyusunan bahan secara terancang.

b)

penyusunan bahan secara tidak terancang

c)

penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.

d)

penyusunan bahan secara terancang tanpa mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.

2.

Reka bentuk abstrak merupakan satu bidang yang melibatkan proses mereka bentuk sesuatu

a)

produk yang dapat dilihat dan dipegang.

b)

produk yang dapat dipegang tetapi tidak boleh dihidu.

c)

produk yang dapat dipegang tetapi tidak boleh dilihat

d)

produk yang dapat dilihat tetapi tidak boleh dipegang.

3.

Antara berikut, bidang reka bentuk dan teknologi yang manakah tergolong dalam reka bentuk konkrit?

a)

Seni masakan.

b)

Komunikasi pengiklanan

c)

Perkhidmatan sewaan.

d)

Perkhidmatan pengangkutan.

4.

Antara berikut, pasangan elemen reka bentuk dan penerangan yang manakah betul?

a)

WARNA : Teknik yang memberikan impak atau kesan terhadap orang yang melihat.

b)

RUPA : Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.

c)

GARISAN : Cantuman atau sambungan satu ciri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak.

d)

TEKSTUR : Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek.

5.

Elemen ruang terbahagi kepada dua jenis iaitu…

I. Ruang positif.

III. Ruang dalaman

II. Ruang luaran.

IV. Ruang negatif.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Terdapat 7 prinsip reka bentuk yang dapat diaplikasikan pada pembinaan sesuatu produk supaya menjadi lebih menarik, selesa dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Antara prinsip- prinsip reka bentuk ialah…

I. Kontras

II. Kesimbangan

III. Kesatuan

IV. Harmoni

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II dan IV

d)

I, II, III dan IV

7.

Kontras ialah perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan. Pilih contoh perbezaan dibawah dengan tepat.

a)

Kedudukan : Besar dan kecil.

b)

Saiz :Bulat atau besegi.

c)

Tekstur : Jauh dan dekat

d)

Warna : Terang dan gelap

8.

Pengurusan projek reka bentuk terbahagi kepada tiga komponen besar iaitu…


I. skop kerja

II. tempoh masa

III. penjanaan idea

IV. kos projek

a)

I dan II

b)

I, II dan IV

c)

II dan IV

d)

I, II, III dan IV

9.

Penjanaan idea reka bentuk produk buaian gantung berdasarkan penemuan sarang burung tergantung di Hutan Amazon merupakan idea yang dijana melalui langkah…

a)

menterbalikkan kedudukan.

b)

menukar saiz objek.

c)

meniru persekitaran.

d)

menterbalikkan fungsi.

10.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan formula pengiraan jumlah kos yang betul?

a)

Jumlah kos modal = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed

b)

Jumlah kos modal = Kos bahan - Kos upah - Kos overhed

c)

Jumlah kos modal = Kos bahan + Kos upah - Kos overhed

d)

Jumlah kos modal = Kos bahan - Kos upah + Kos overhed

11.

Definisi reka bentuk ialah

a)

A. Penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

b)

B. Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi

12.

Reka bentuk terbahagi kepada dua iaitu

a)

konkrit dan seramik

b)

konkrit dan abstrak

13.

Yang manakah fungsi garisan

a)

Memberi impak atau kesan terhadap orang yang melihat permukaan

b)

membahagikan dua ruang kawasan bagi menarik perhatian ke lokasi tertentu

14.

Dua kategori rupa...

a)

rupa geometri dan rupa organik

b)

rupa simetri dan rupa bukan organik

15.

Warna ungu hingga warna hijau dikategorikan sebagai

a)

warna panas

b)

warna sejuk

16.

Diantara berikut, yang manakah bukan prinsip reka bentuk

a)

keseimbangan

b)

harmoni

c)

bentuk

d)

pengulangan

17.

Yang mana bukan Kriteria rekabentuk yang baik

a)

ergonomik

b)

kreativiti

c)

peniruan

d)

kecenderungan inovasi

18.

Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan, kerjaya bagi

a)

pereka bentuk industri

b)

Arkitek

19.

Pereka bentuk grafik akan

a)

mereka bentuk hiasan dalam bangunan

b)

mereka bentuk lukisan, logo dan iklan

20.

Maksud Invensi....

a)

pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik

b)

penghasilan produk atau perkhidmatan yang baharu