NEW
Font size
WorksheetsSimpulan Bahasa Bahasa Melayu tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Hanis mendapat _____________________ selepas menyertai perrtandingan itu.
durian runtuh
batu api
mata duitan
gaji buta
Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.
kacang lupakan kulit
mencurahkan air ke daun keladi
kaca jatuh ke batu
tikus membaiki labu
Amin rela _____________ dari kedai yang kotor itu.
angkat kaki
ikat perut
makan hati
makan suap
Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup _________________________ demi mengekalkan keharmonian dan keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
indah khabar dari rupa
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
dimana bumi dipijak, disitu langit di junjung
kacang lupakan kulit
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Setiap hari, Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.
mandi kerbau
mandi peluh
hidung belang
hidung tinggi
