wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 4/5

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Mei Ling dan adiknya sedang bermain jongkang-jongket di _____________.

a)

taman bunga

b)

taman permainan

c)

kebun

d)

padang

2.

Sebuah __________ tangki minyak dari Jepun tenggelam di selat Melaka kerana dipukul ombak besar.

a)

sampan

b)

feri

c)

tongkang

d)

kapal

3.

Janganlah __________ membuli budak baru itu.

a)

dia

b)

anda

c)

kamu

d)

hamba

4.

Datuk __________ lubang untuk menanam sampah sarap bagi mengelakkan daripada dihinggapi lalat.

a)

menggali

b)

mencangkul

c)

menimbus

d)

menanam

5.

Pemain bola yang __________ itu telah dipilih menyertai pasukan negeri.

a)

lincah

b)

cerdik

c)

deras

d)

kasar

6.

Pelajar-pelajar diarahkan supaya berkumpul di __________ untuk mendengar ceramah motivasi.

a)

dewan kecil

b)

dewan makan

c)

dewan sekolah

d)

dewan permainan

7.

Dia sudah pun pulang __________ kami tiba di situ.

a)

manakala

b)

tatkala

c)

jikalau

d)

supaya

8.

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, kita __________ mematuhi peraturan-peraturan sekolah.

a)

sedang

b)

pernah

c)

boleh

d)

mesti

9.

Pemuda itu __________ anak orang berada tetapi perangainya __________ sangat buruk kerana suka mencuri.

a)

ialah ...... ialah

b)

ialah ...... adalah

c)

adalah ...... adalah

d)

adalah ...... ialah

10.

Pasukan bomba ditugaskan __________ mengawal kebakaran itu.

a)

dengan

b)

kepada

c)

untuk

d)

akan

11.

__________ peserta perkhemahan diminta berkumpul di tapak perkhemahan untuk sesi taklimat.

a)

Para

b)

Beberapa

c)

Setengah

d)

Pelbagai

12.

Ayah telah membeli __________ anting-anting baru sebagai hadiah hari jadi kakak yang ke-20.

a)

sebuah

b)

sebutir

c)

sepasang

d)

sebentuk

13.

Piala yang dimenangi oleh adiknya diletakkan di __________ almari.

a)

atas

b)

antara

c)

samping

d)

puncak

14.

__________ keadaan kesihatan nenek kamu?

a)

Bilakah

b)

Berapakah

c)

Mengapakah

d)

Bagaimanakah

15.

__________, sakitnya gigi gerahamku!

a)

Cis

b)

Oh

c)

Aduh

d)

Wah

16.

__________ serahkan keratan jawapan anda di meja urus setia.

a)

Sila

b)

Usah

c)

Jemput

d)

Jangan

17.

Hati Mak Cik Tijah pilu melihat anaknya berlepas ke luar negara.


Perkataan seerti bagi pilu ialah

a)

suka

b)

ceria

c)

sedih

d)

cekal

18.

Daging kerbau itu masih __________ walaupun telah direbus selama tiga jam oleh Pak Kassim.

a)

lembut macam sutera

b)

panas macam api

c)

liat macam getah

d)

licin macam belut

19.

Perdana Menteri __________ untuk melantik sesiapa sahaja yang layak sebagai Senator dengan dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.

a)

ada bakat - bermaksud mempunyai kemahiran.

b)

ada taring - bermaksud mempunyai kuasa.

c)

ada hati - bermaksud keinginan

d)

ada angin - bermaksud berkelakuan lain daripada biasa.

20.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Saya harap apa yang saya ajar ini akan kamu jadikan pandu hidup.


II Halim pandu orang buta itu melintas jalan besar.


III Adik pandu basikalnya sekeliling kawasan perumahan.


IV Pelancong yang ayah pandu itu datangnya dari Jepun.

a)

I, II dan IV sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

II dan IV sahaja

21.

Kami terpaksa __________ sungai kerana titi yang ada telah reput.

a)

melalui

b)

menjalani

c)

memasuki

d)

mengharungi

22.

Nakhoda Tanggang mengarahkan anak-anak kapalnya __________ sauh yang berat itu di muara sungai.

a)

menghulurkan

b)

melontarkan

c)

meletakkan

d)

melabuhkan

23.

Adik suka menggunakan gebar yang __________ ketika hari hujan.

a)

tebal

b)

lebar

c)

besar

d)

cantik

24.

Buyong dan Amir bersahabat __________ sejak dari dahulu lagi.

a)

renggang

b)

elok

c)

jahat

d)

baik

25.

Adik menangis kerana takut akan guruh yang __________ semalam.

a)

bersinar-sinar

b)

berulang-ulang

c)

berdentam-dentum

d)

bertingkah-tingkah

26.

Pakaian pengemis itu __________ dan berbau busuk kerana tidak berbasuh.

a)

calar-balar

b)

terang-benderang

c)

compang-camping

d)

bengkang-bengkok

27.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mengapakah kamu pergi kepada Kuala Lumpur semalam?

b)

Nasi goreng itu dimakan oleh saya hingga kenyang.

c)

Pemburuan itu berjaya menembak seekor burung di hutan.

d)

Pak Tam sedang membubuh baja pada anak pokok pisangnya.

28.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pasangan suami isteri itu berasal di Sarawak.

b)

Juragan itu tidak teragak-agak untuk terjun dalam laut.

c)

Kami akan menunggu ketibaanya dalam pukul tiga pagi.

d)

Puan Norizan percaya bahawa tetamu anaknya dari Melaka.

29.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Cikgu Naim telah mendeklamasikan sebuah sajak dalam majlis Sambutan Hari Kemerdekaan.

a)

Sajak Hari Kebangsaan telah dideklamasikan oleh Cikgu Naim.

b)

Cikgu Naim menyambut Hari Kemerdekaan dengan mendeklamasikan sebuah sajak.

c)

Dalam majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, Cikgu Naim telah mendeklamasikan sebuah sajak.

d)

Dalam majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, Cikgu Naim diminta mendeklamasikan sebuah sajak.

30.

"Saya bermain gasing dengan Azim dan Siva," kata Amru.

a)

Azim dan Siva memberitahu Amru bahawa mereka bermain gasing.

b)

Amru memberitahu bahawa dia, Azim dan Siva bermain gasing.

c)

Amru menyuruh supaya Azim dan Siva bermain gasing.

d)

Amru mengajak Azim dan Siva bermain gasing.