wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Total questions: 42

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apa itu ayat majmuk ?

a)

ayat yang mempunyai tanda tanya

b)

ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat

c)

Ayat yang menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal

2.

Saya suka minum susu coklat.


Adakah ayat di atas merupakan

ayat majmuk ?

a)
b)
3.

Ibu sedang menyiram bunga.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

4.

Cikgu Amar membeli Samsung S9

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

5.

Eugene dan Megat bersekolah di SMK Horley Methodist.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

6.

Mereka berjalan kaki ke sekolah.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

7.

Peserta yang pengsan itu bernama Farhan.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

8.

Mei Mei suka menyanyi tetapi kakaknya suka menari.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

9.

Kami terkejut apabila terdengar bunyi letupan.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

10.

Murid itu mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik darjah.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

11.

Perkhidmatan basikal sewa disediakan di taman ini.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

12.

Ahmad pergi ke padang.

Ahmad bermain bola sepak.


Bina ayat majmuk daripada dua

ayat di atas.

a)

Ahmad pergi ke padang sambil bermain bola sepak.

b)

Ahmad pergi ke padang untuk bermain bola sepak.

13.

Naylie membaca buku.

Naylie mendengar lagu.


Bina ayat majmuk daripada dua

ayat di atas.

a)

Naylie membaca buku sambil mendengar lagu.

b)

Naylie membaca buku kerana mendengar lagu.

14.

Ayah membacakan Arjun buku cerita pada waktu tidur.

a)

Ayat Majmuk

b)

Ayat Tunggal

15.

Ayat Tunggal

a)

Puan Tan dan Puan Lim pergi ke pasar.

b)

Rani suka makan nasi goreng atau mi goreng?

c)

Zali pergi ke Melaka.

d)

Ayah dan ibu menyayangi saya.

16.

Ayat Majmuk

a)

Sekolah Wei Han ceria dan bersih.

b)

Encik Ong ialah guru saya.

c)

Adik suka minum susu.

d)

Arun membaca buku cerita.

17.

Ayat Majmuk

a)

Puan Ang memakai ceongsam.

b)

Jalur Gemilang nama bendera Malaysia.

c)

Murid-murid menyanyikan lagu "Negaraku".

d)

Kamu suka minum teh atau kopi?

18.

Ayat Tunggal

a)

Sin Ling dan keluarganya tinggal di Bukit Tinggi.

b)

Zali menunggang basikal di taman.

c)

Rani bernyanyi sambil mandi.

d)

Baju itu cantik tetapi harganya mahal.

19.

Pilih ayat majmuk

a)

Saya dan Qing Si suka makan roti.

b)

Elvina minum susu.

c)

Dia pergi ke sekolah.

d)

Kamu makan apa?

20.

Ayat majmuk

a)

Kamu makan nasi atau mi

b)

Zi Hen minum susu

c)

Dia makan apa

d)

Sila beratur

21.

Pilih ayat tunggal

a)

Saya suka makan roti dan minum susu

b)

Kamu sangat pandai

c)

Zi Hen mendengar muzik sambil makan ayam goreng

d)

Saya suka memasak dan melancong

22.

Ayat majmuk

a)

Elvina mendengar muzik sambil memasak

b)

Kamu minum apa

c)

Kamu pergi mana

d)

Dia sangat cantik

23.

ayat tunggal

a)

Song Hang dan Sze Ann memasak dengan berhati-hati

b)

Qing Si dan Zi Hen sangat cantik

c)

Kamu sangat cantik

d)

Qing Si dan kawan-kawannya pergi ke sekolah.

24.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Gani mengulangkaji pelajarannya. Hasan mengulangkaji

pelajarannya.

a)

dan

b)

hingga

c)

walaupun

d)

sejak

25.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Kim hendak makan nasi? Kim hendak makan mi?

a)

apabila

b)

atau

c)

tetapi

d)

hingga

26.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Pemenang peraduan itu akan mendapat sebuah piala.

Pemenang peraduan itu akan mendapat wang tunai.

a)

apabila

b)

hingga

c)

walaupun

d)

serta

27.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Gopal berbadan kecil. Gopal boleh mengangkat almari yang

besar itu.

a)

lalu

b)

dengan

c)

tetapi

d)

hingga

28.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Samy sedang bersenam. Sami sedang mendengar radio.

a)

dan

b)

sambil

c)

lalu

d)

tetapi

29.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Bas itu bergerak. Bas itu membelok ke Jalan Nuri.

a)

lalu

b)

tetapi

c)

dan

d)

walaupun

30.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Pisang itu disalut tepung. Pisang itu digoreng.

a)

lalu

b)

hingga

c)

tetapi

d)

apabila

31.

Apakah kata hubung yang paling sesuai?


Saya tidak makan hampir semua daging. Saya makan daging ayam.

a)

kecuali

b)

dan

c)

dengan

d)

tetapi

32.

Bei Li suka makan buah-buahan ________ Sarah suka makan sayur-sayuran.

a)

dan

b)

kerana

c)

atau

d)

tetapi

33.

Kita mestilah makan makanan seimbang __________ menjaga kesihatan tubuh badan.

a)

kerana

b)

untuk

c)

tetapi

d)

supaya

34.

Bapa saya menaiki keretanya _______ berwarna merah.

a)

yang

b)

kerana

c)

tetapi

d)

dan

35.

Tentukan kata hubung yang sesuai bagi setiap ayat yang diberi:


Sampah sarap tidak dikutip ___________ pekerja mogok.

a)

kerana

b)

lalu

c)

supaya

d)

sambil

36.

Tentukan kata hubung yang sesuai bagi setiap ayat yang diberi:


Selepas gurunya bertanya soalan, Zaini terus mengangkat tangan ________ bangun untuk menjawab soalan.

a)

dan

b)

lalu

c)

supaya

d)

sambil

37.

Hadi menanggalkan kasut. Hadi masuk ke rumah.

a)

Hadi menanggalkan kasut lalu Hadi masuk ke rumah.

b)

Hadi menanggalkan kasut lalu dia masuk ke rumah.

c)

Hadi menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah.

38.

Fendi suka mendengar radio. Dia membuat kerja sekolah.

a)

Fendi suka mendengar radio kerana membuat kerja sekolah.

b)

Fendi suka mendengar radio dan membuat kerja sekolah.

c)

Fendi suka mendengar radio sambil membuat kerja sekolah.

39.

Ikan yu bertelur. Ikan paus melahirkan anak.

a)

Ikan yu bertelur manakala ikan paus melahirkan anak.

b)

Ikan yu bertelur dan ikan paus melahirkan anak.

c)

Ikan yu bertelur tetapi ikan paus melahirkan anak.

40.

Anak kucing itu sangat comel. Anak kucing itu berbulu tebal.

a)

Anak kucing itu sangat comel tetapi berbulu tebal.

b)

Anak kucing itu sangat comel dan berbulu tebal.

c)

Anak kucing yang berbulu tebal sangat comel.

41.

Iqbal pelajar yang rajin dan selalu cemerlang dalam peperiksaannya. Adiknya seorang yang malas dan sering gagal dalam peperiksaannya.

a)

Iqbal pelajar yang rajin dan selalu cemerlang dalam peperiksaannya bahawa adiknya seorang yang malas dan sering gagal dalam peperiksaannya.

b)

Iqbal pelajar yang rajin dan selalu cemerlang dalam peperiksaannya tetapi adiknya seorang yang malas dan sering gagal dalam peperiksaannya.

c)

Iqbal pelajar yang rajin dan selalu cemerlang dalam peperiksaannya manakala adiknya seorang yang malas dan sering gagal dalam peperiksaannya.

42.

Mereka yang mahir dalam bidang ini akan diberi bantuan. Mereka boleh mewujudkan bengkel jahitan. Mereka boleh mewujudkan industri pakaian.

a)

Mereka yang mahir dalam bidang ini akan diberi bantuan dan mereka boleh mewujudkan bengkel jahitan atau industri pakaian.

b)

Mereka yang mahir dalam bidang ini akan diberi bantuan supaya mereka boleh mewujudkan bengkel jahitan atau industri pakaian.

c)

Mereka yang mahir dalam bidang ini akan diberi bantuan maka mereka boleh mewujudkan bengkel jahitan atau industri pakaian.