Font size
WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Aida memasukkan beberapa.......................... garam ke dalam masakannya .
genggam
butir
biji
cubit
Semua dokumen di pejabat sekolah itu sedang ............... oleh ketua kerani agar segala urusan pentadbiran berjalan lancar.
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
dibaik pulih
Dalam ucapannya, guru besar ............... agar murid SK Ulu Beranang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
mengajak
mendesak
mengajarkan
menyarankan
Qayyum Naufal hanya dapat makan ................. daripada kek-kek cawan itu kerana sudah kekenyangan.
sebilangan
segala
seluruh
setiap
Ikan pari yang berjaya dipancing oleh Encik Yayusmiko itu berbentuk ............ dan mempunyai ekor yang berbisa.
tirus
leper
bujur
lonjong
Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi ................. pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
riuh-rendah
simpang-siur
kelam-kabut
bengkang-bengkok
Amin Amsyar sentiasa menyimpan koleksi barangan ............ milik nenek sebagai kenang-kenangan.
lampau
lanjut
lama
lalu
Solehah ................ apabila melihat baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu.
putih mata
gelap mata
rambang mata
mata duitan
Kesedaran tentang pentingnya 'pengurusan' masa dapat mendidik murid supaya lebih berdisiplin.
Pilih perkataan sinonim bagi'pengurusan'.
penyeliaan
pentadbiran
pengawasan
pengendalian
Penglihatan Ridhwan menjadi 'silau' apabila terkena pantulan cahaya matahari.
Pilih perkataan antonim bagi 'silau'.
cerah
kabur
kelam
jelas
Pasukan Hijau .............. setelah ditewaskan oleh Pasukan Kuning dalam pertandingan bola keranjang itu.
patah kaki
putih mata
bulat hati
putih tulang
Pesawat itu akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja menerima arahan daripada pengawal trafik udara.
Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum bberlepas ke Sarawak.
Pengawal trafik udara akan memberikan sebaik-baik arahan kepada pesawat yang akan berlepas ke Sarawak.
Pengawal trafik udara akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada pesawat itu.
Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara,pesawat itu akan berlepas ke Sarawak.
Pilih ayat yang betul.
Zailan bergegas pulang ke rumah demi hendak mengikut ayahnya ke bandar.
Shahrul bermain badminton sambil adiknya suka bermain ping pong.
Pertandingan bola sepak itu dibatalkan sementara hujan turun.
Yang berbaju kebaya merah itu tunang abang saya.
Pilih ayat yang betul.
Puan Mastura membeli berbagai barangan di pasar tani kerana harganya berpatutan.
Sebahagian besar produk kilang itu adalah untuk pasaran luar negara.
Tiap pemandu yang menghadapi kesesakan lalu lintas diminta supaya bersabar.
Banyak ikan-ikan yang mati di sungai itu akibat keracunan.
"Cikgu, .................. tidak dapat menghadiri latihan hoki pada petang ini kerana akan menziarahi nenek di hospital,"kata Nurin dan adiknya.
mereka
saya
dia
kami
"Kalian ................... segera ke tempat kejadian,"kata pegawai polis itu kepada anak buahnya.
pernah
dapat
patut
baru
Adif berasa sungguh ............... apabila mendengar nama datuknya disebut dan dipuji oleh ketua kampung.
mulia
mesra
megah
bangga
Hang Tuah berkata kepada pengawai istana,"Izinkan ............... masuk mengadap ............. untuk menyampaikan khabar gembira."
hamba.........tuan hamba
hamba..........baginda
patik..............baginda
patik..........tuan hamba
Bendahari: Baginda akan ................. untuk bertemu rakyat jelata di balairung pada petang esok.
Panglima: Baiklah , segala persiapan akan hamba uruskan segera.
mencemar duli
merafak sembah
menjunjung titah
menerima mengadap
Cikgu Azian memasukkan beberapa biji ............... ke dalam masakannya.
bebola
tetulang
jejari
dedaun
Penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan "Dapur Kita" menyaksikan tukang masak menyediakan sajian pengantin mengikut ................ yang betul.
tatatertib
tatacara
tatakerja
tatasusila
Syahira .............. idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.
kebuntuan
keberutan
kepekaan
kekeliruan
Strategi pertahanan yang tidak menjadi akhirnya ............. kerana pihak lawan berjaya menjaringkan beberapa gol.
makan dalam
makan hati
makan diri
makan lawan
Amin Amsyar telah 'merangkul' tiga pingat emas dalam acara olahraga peringkat daerah.
Pilih perkataan sinonim bagi 'merangkul'.
menjuarai
memenangi
menggondoi
menjulang
Pilih ayat yang betul.
Nasi yang ditanak itu 'mentah' kerana airnya kurang.
Susu getah ialah bahan 'mentah' utama dalam penghasilan tayar.
Alat-alat 'mentah' digunakan untuk menghasilkan reka bentuk rumah tradisional.
Pengalaman 'mentah' itu sering terbayang dalam fikirannya.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Pembinaan jambatan itu diminta oleh penduduk kampung supaya disegerakan kerana bimbang akan keselamatan mereka.
Mengapakah pembinaan jambatan itu perlu disegerakan?
Siapakah yang berasa bimbang akan keselamatan penduduk kampung?
Bilakah penduduk kampung meminta pembinaan jambatan itu disegerakan?
Bagaimanakah pembinaan jambatan itu dapat menjamin keselamatan penduduk kampung?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Berapakah jumlah peserta yang menyertai acara lumba lari itu?
Saya akan menyertainya pada pagi ini.
Saya tidak pasti bilangannya.
Acara lumba lari itu diadakan di sekolah saya.
Acara lumba lari itu disertai oleh orang ramai.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Semua rakan sekelas Husna Ayuni menyenangi sikapnya yang pemurah.
Husna Ayuni dan semua rakan sekelasnya disenangi kerana bersikap pemurah.
Sikap Husna Ayuni yang pemurah disenangi oleh semua rakan sekelasnya.
Semua rakan sekelas Adam disenangi oleh Husna Ayuni yang pemurah.
Sikap pemurah semua rakan sekelasnya disenangi oleh Husna Ayuni.
Pilih ayat yang betul.
KIpas di ruang tamu itu berpusing dengan ligat.
Selepas tidur dan terjaga, bayi itu terus menangis.
Kita mestilah bertanggungjawab oleh tugas yang diberikan.
Encik fadhli memberikan makanan kepada binatang peliharaannya.
Pasukan bola baling SK Ulu Beranang menang ............. dalam perlawanan akhir peringkat daerah.
tipis
nipis
kecil
sedikt
Pak Mail tidak dapat mengemudikan perahunya yang ............ dipukul ombak.
terliang-liuk
terolang-aling
terkontang-kanting
terpontang-panting
Cikgu Mustafa ........... pelbagai kicauan burung melalui telefon pintar kepada murid -muridnya.
melagukan
merakamkan
membunyikan
memperdengarkan
Tumbesaran badan akan terjejas ........... mudah dijangkiti penyakit, .................. badan kita kurang zat.
dan..... jika
serta.....ketika
dengan..... serta
sekiranya...... lalu
Air yang bertakung di atas tikar getah itu ............ sejat selepas terdedah kepada sinaran matahari yang terik.
masih
hendak
pernah
telah
Petugas kaunter: Boleh saya bantu kamu?
Pemuda : Jika .......... ingin mengirim bungkusan ini, ................ bayaran yang dikenakan?
saya.......berapakah
mereka.........apakah
kami.......di manakah
awak..... bagaimanakah
Ashraf asyik memerhatikan cahaya ........ yang berterbangan berhampiran khemahnya pada waktu malam.
rama-rama
kupu-kupu
riang-riang
kunang-kunang
Jelas kelihatan ikan-ikan berenang di dalam sungai kerana airnya jernih ______________.
agak
amat
terlalu
paling
Swee Lan gagal menghantar e-mel kerana __________ Internet di kawasan itu kurang baik.
tercapaikan
mencapai
capaian
dicapai
Pemuda itu merupakan jurutera yang berpengalaman __________ dalam bidang kejuruteraan elektrik.
kukuh
tingggi
jauh
luas
Pendengar berasa terhibur dengan celoteh ________ radio itu setiap pagi.
juruacara
jurucakap
juruhebah
jurubahasa
