Font size
WorksheetsRBT T2 Ulangkaji Topikal 1 [SMKBJ]
Total questions: 37
Worksheet time: 1hrs 14mins
Nama penuh anda?
Kelas anda?
Antara berikut yang manakah definisi masalah bukan inventif?
Masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian
Masalah yang sukar diselesaikan dan memerlukan pandangan pakar
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Antara berikut yang manakah definisi masalah inventif?
Masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian
Masalah yang sukar diselesaikan dan memerlukan pandangan pakar
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Antara berikut yang manakah contoh masalah bukan inventif?
Mengasah pisau yang tumpul menjadi tajam
Menggantikan kaki meja kayu kepada kaki meja besi
Menggantikan pinggan kaca kepada pinggan porselin
Menambah baik penutup balang kuih yang tidak kedap udara menjadi kedap udara
Susun mengikut urutan yang betul proses penyelesaian masalah bukan inventif.
I Mengenal pasti masalah
II Membuat dan melaksanakan pilihan
III Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
IV Menilai penyelesaian masalah sama ada berjaya atau tidak
I, II, III, IV
I, III, II, IV
III, IV, I, II
III, IV, II, I
Antara berikut yang manakah betul tentang penerangan fasa penyelesaian masalah inventif?
A
B
C
D
Antara berikut yang manakah definisi teknologi pembuatan?
Kaedah menghasilkan produk
Kaedah menghasilkan produk menggunakan mesin
Kaedah menghasilkan produk menggunakan alatan tangan
Kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan tangan atau mesin
Antara berikut yang manakah ciri kaedah konvensional?
I Penggunaan mesin
II Penggunaan teknologi yang asas
III Menjimatkan masa, kos dan bahan
IV Jenis produk yang dihasilkan terhad
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah kelebihan kaedah moden dalam teknologi pembuatan
produk?
I Nilai estetika yang tinggi
II Tiada pembaziran tenaga dan masa
III Pekerja mempunyai kemahiran mereka bentuk yang tinggi
IV Seseorang pekerja dapat menjalankan banyak tugas (multitasking) yang berlainan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah menggunakan kaedah moden dalam pembuatan produk?
Rajah 1 menunjukkan carta alir dalam proses pembuatan.
Kaji selidik
Pemerhatian
Perbincangan
Penyediaan bahan
Antara berikut yang manakah kelebihan sistem mekanikal?
Mengurangkan tenaga mekanikal manusia dalam melakukan sesuatu pekerjaan
Membolehkan manusia melakukan pelbagai kerja dalam satu masa
Kuantiti pengeluaran dapat dilakukan dalam skala yang besar
Mengurangkan kos upah yang perlu dibayar kepada pekerja
Antara berikut yang manakah benar tentang sistem mekanikal?
I Suatu kaedah yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah
II Mekanisme yang digunakan bagi mendapatkan sesuatu hasil pengeluaran
III Suatu sistem yang menggantikan manusia dalam melakukan sesuatu tugas
IV Sebagai penghantar bagi menyelesaikan sesuatu tugas yang telah diprogramkan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah fungsi bagi gear?
Mesin ringkas
Memindahkan kuasa
Menukarkan gerakan linear kepada gerakan berputar
Penghubung sesuatu komponen bagi melengkapkan suatu sistem
Rajah 1 menunjukkan sejenis gear.
Apakah gear tersebut?
Gear taji
Gear miter
Gear heliks
Gear serong
Rajah 2 menunjukkan satu contoh alatan mekanikal.
Antara berikut gear manakah yang diaplikasikan dalam alatan tersebut?
Gear belitan
Gear serong pilin
Gear tulang hering
Gear rak dan pinan
Antara berikut yang manakah menerangkan tentang sumber?
Menghasilkan kesan
Berwayar dan tanpa wayar
Dilakukan secara manual atau automatik
Boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui
Rajah 1 menunjukkan suatu peralatan elektrik yang disambung pada litar elektrik.
Antara berikut yang manakah kesan yang akan terhasil daripada beban tersebut?
Haba
Bunyi
Cahaya
Putaran
Antara berikut yang manakah menerangkan tentang arus ulang-alik (AU)?
I Cas elektrik mengalir dalam satu arah sahaja
II Voltan boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan transformer
III Penghantaran elektrik dilakukan dalam keadaan voltan yang tinggi
IV Dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, sel solar dan dinamo jenis komutator
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Rajah 2 menunjukkan pengagihan elektrik di rumah Kamil.
Mengapakah pengagihan elektrik menggunakan arus yang ditunjukkan seperti dalam rajah?
Meninggikan nilai arus
Merendahkan nilai voltan
Menambahkan kehilangan kuasa
Mengurangkan kehilangan kuasa
Rajah 3 menunjukkan kedudukan litar bagi sebuah cerek elektrik.
Mengapakah kedudukan litar bagi peralatan elektrik tersebut diletakkan dalam satu ruang khas?
Menambahkan nilai estetika
Memudahkan penyimpanan
Melindungi keselamatan
Menyorok kecacatan
Antara berikut yang manakah merupakan kegunaan diod pemancar cahaya?
I Papan iklan
II Cermin kenderaan
III Lampu perhiasan
IV Penggera keselamatan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Maklumat berikut menerangkan mengenai peranti X.
- Sebuah alat komunikasi tanpa wayar
- Menghantar dan menerima isyarat antara 2 peralatan
Apakah peranti X?
Kristal 20 MHz
Pengatur voltan
Modul Bluetooth
Kapasitor tidak berkutub
Apakah yang dimaksudkan dengan System Bus?
Peranti pemprosesan mikro dalam satu cip
Peranti kawalan yang terdiri daripada CPU, RAM, ROM dan port Input/Output
Bas yang digunakan oleh sistem komputer untuk menghubungkan semua komponennya dalam menjalankan tugas
Sistem yang berfungsi untuk menerima dan memproses isyarat dan seterusnya menghasilkan isyarat untuk dilaksanakan
Rajah 1 menunjukkan simbol sebuah peranti output.
Apakah fungsi peranti tersebut?
Suis tekan buka dan suis tekan tutup
Suis kawalan litar berarus tinggi
Mengesan pergerakan haba
Mengeluarkan bunyi
Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis peranti input.
Antara berikut apakah contoh bagi X?
I Penderia suhu
II Suis tekan tutup
III Penderia pergerakan
IV Diod pemancar cahaya
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Maklumat berikut menerangkan mengenai suatu model akuaponik.
- Juga dikenali sebagai sistem pasang surut
- Menggunakan loceng sifon
Apakah model tersebut?
Sistem Raft
Sistem NFT
Sistem Ebb & Flow
Sistem Raft bertingkat
Antara berikut bahan manakah yang boleh digunakan sebagai bekas penanaman dalam sistem akuaponik?
I Gully
II Hidroton
III Akuarium
IV Paip PVC besar
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah fungsi loceng sifon dalam sistem akuaponik?
Menyingkirkan pepejal dalam air
Mempunyai ruang udara agar tanaman lebih subur
Memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman
Mengeluarkan air dari media penanaman apabila ia sudah penuh
Antara berikut apakah ciri-ciri media tanaman yang baik?
I Bersaiz besar
II Mempunyai daya tahan
III Mudah menyerap air
IV Mempunyai ruang udara
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Rajah 1 menunjukkan unsur yang membentuk sistem akuaponik.
Apakah X?
Air
Oksigen
Bakteria
Sistem pengaliran
Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan reka bentuk makanan?
I Penghasilan mesin dan alatan baharu
II Meningkatkan pengeluaran makanan
III Kebebasan memilih kepada pengguna
IV Kebebasan meletakkan harga oleh pengusaha
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Ahmad merupakan seorang pemotong daging.
Antara berikut pisau manakah yang paling sering digunakannya?
Pisau paring
Pisau penyisih
Pisau bergerigi
Pisau bulan sabit
Rajah 1 menunjukkan hidangan pencuci mulut.
Apakah alatan yang digunakan untuk membentuk hidangan tersebut?
Penerap
Pisau ukir
Pisau turning
Parisian Scoop
Maklumat berikut menerangkan dua kaedah pembuatan roti.
Apakah kelebihan kaedah Y berbanding kaedah X?
Menjimatkan wang
Harga jualan roti lebih tinggi
Menjimatkan masa dan tenaga
Tidak menggunakan ruang yang banyak
Maklumat berikut menerangkan tentang fungsi suatu alatan menghias.
Membolehkan udara bergerak bebas di bawah makanan supaya makanan tidak berpeluh dengan wap panas.
Apakah alatan tersebut?
Redai
Pengukus
Beg aising
Meja pemutar kek
