wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 6 Ting. 5

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Lord Brassey

Dato' Onn Jaafar

Sir Malcom MacDonald


Apakah persamaan tokoh di atas?

a)

Menentang pembentukan Malaysia

b)

Menyokong kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Mencadangkan idea pembentukan Malaysia

d)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

2.

Beliau mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei digabungkan. Siapakah beliau?

a)

Lord Brassey

b)

Lim Yew Hock

c)

David Marshall

d)

Sir Malcom MacDonald

3.

Dato' Onn Jaafar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan sebagai....

a)

Melaya

b)

Malayu

c)

Malayan

d)

Malaysia

4.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman tidak dapat menerima idea penggabungan Singapura dalam Persekutuan Tanah Melayu 1959?

a)

Pengaruh budaya ketimuran

b)

Ketidakseimbangan penduduk

c)

Kedudukan politik tidak stabil

d)

Pengaruh pemimpin-pemimpin Melayu

5.

Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia semasa majlis makan tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri yang berlangsung di....

a)

Kuala Lumpur

b)

Brunei

c)

Singapura

d)

Sarawak

6.

Mengapakah Lee Kuan Yew mendesak Tunku Abdul Rahman mempercepat pembentukan Malaysia?

a)

Kemerdekaan segera

b)

Memajukan Singapura

c)

Khuatir kedudukan terjejas

d)

Bimbang pengaruh Barisan Sosialis

7.

Dasar dekolonisasi menekankan konsep....

a)

Pembebasan penjajahan

b)

Pembangunan tuntas

c)

Kemajuan ekonomi

d)

Kesatuan bersama

8.

Yang manakah faktor pembentukan Malaysia dari segi ekonomi?

a)

Pasaran

b)

Pelaburan

c)

Keluasan tanah

d)

Perkembangan perindustrian

9.

Apakah nilai yang dapat ditunjukkan melalui pembentukan Malaysia?

a)

Keperibadian

b)

Kesepakatan

c)

Kegigihan

d)

Kejujuran

10.

PAS

Barisan Sosialis


Apakah reaksi parti politik tersebut tentang idea pembentukan Malaysia?

a)

Menyokong pada peringkat awal

b)

Mengadakan rundingan dengan penduduk

c)

Mendapatkan khidmat nasihat negara lain

d)

Menangguhkannya sehingga kemerdekaan negara lain dicapai

11.

Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang pembentukan Malaysia?

a)

Menjejaskan perpaduan kaum

b)

Bimbang kepentingan rakyat terancam

c)

Ingin mencapai kemerdekaan dengan segera

d)

Menganggapnya sebagai satu bentuk penjajahan baru

12.

Parti Buruh

Barisan Sosialis

Parti Rakyat Bersatu


Apakah pandangan parti tersebut terhadap gagasan Malaysia?

a)

Menyokong pada peringkat awal

b)

Melambatkan kemerdekaan negeri

c)

Menentang pembentukan Malaysia

d)

Meninjau pendapat rakyat terlebih dahulu

13.

Satu referandum tentang persoalan dan syarat penggabungan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada 1 September 1962 di....

a)

Singapura

b)

Sarawak

c)

Brunei

d)

Sabah

14.

Abdul Rahman Yaakub

Abdul Taib Mahmud


Tokoh tersebut merupakan pemimpin parti....

a)

SUPP

b)

SNAP

c)

PANAS

d)

BERJASA

15.

PESAKA

SCA


Apakah persamaan kedua-dua parti tersebut?

a)

Menerima pengaruh komunis

b)

Mendapat sokongan orang Cina

c)

Diketuai oleh pemimpin yang sama

d)

Menentang penyertaan Sarawak dalam Malaysia

16.

Apakah usaha yang dilakukan oleh Parti Perikatan Sarawak (PANAS, SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA)?

a)

Menyekat pengaruh SUPP

b)

Menghalang ancaman komunis

c)

Menentang penyerangan negeri

d)

Melindungi kepentingan pribumi

17.

Siapakah pemimpin Parti UNKO yang ditubuhkan pada tahun 1961?

a)

Datu Mustapha Datu Harun

b)

Donald Stephen

c)

G.S Sundang

d)

Ong Kee Hui

18.

Berikut yang manakah bukan anggota Parti Perikatan Sabah?

a)

USNO

b)

Parti Bersatu

c)

UNKO

d)

SUPP

19.

Sarawak dan Sabah diberi hak wilayah asingan dalam perlembagaan Malaysia. Hak wilayah asingan merujuk kepada wilayah yang....

a)

Ditadbir oleh kuasa Barat

b)

Diambil alih orang dagang

c)

Dikuasai oleh kerajaan pusat sepenuhnya

d)

Ditadbir oleh kerajaan negeri dengan kuasa pentadbiran sendiri

20.

SNAP

UNKO

PESAKA


Apakah reaksi awal parti politik tersebut terhadap gagasan Malaysia?

a)

Bimbang kuasa politik terhakis

b)

Menuntut kemerdekaan terlebih dahulu

c)

Membangkitkan isu kemajuan sosial dan ekonomi

d)

Bimbang sumber ekonomi dikuasai oleh kerajaan pusat

21.

Ada sebuah parti di Brunei yang menentang gagasan Malaysia. Parti yang dimaksudkan dipimpin oleh....

a)

A.M Azahari

b)

Datu Mustapha

c)

Donald Stephens

d)

Temenggung Jugah

22.

Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20 Januari 1963. Apakah tujuannya?

a)

Memulihkan hubungan Malaysia-Indonesia

b)

Menyatukan Malaysia dan Indonesia

c)

Menggagalkan pembentukan Malaysia

d)

Meluaskan pengaruh komunis

23.

Yang manakah merupakan tindakan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Serangan melalui Johor

b)

Melakukan rampasan kuasa

c)

Menghasut pemimpin Sabah

d)

Serangan terhadap kapal nelayan

24.

Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.

Apakah tindakan yang diambil oleh Malaysia?

a)

Mengadakan lawatan ke Afrika

b)

Menghantar surat bantahan

c)

Mengadakan demonstrasi

d)

Melancarkan serangan

25.

Filipina menuntut hak terhadap Sabah pada tahun 1962. Tuntutan tersebut berdasarkan....

a)

Perlembagaan Perkara 20

b)

Janji yang diberi oleh Kerajaan British

c)

Perjanjian antara Sultan Brunei dengan pemerintah Sabah

d)

Perjanjian antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overback

26.

Rundingan untuk memulihkan hubungan Malaysia-Indonesia diadakan pada tahun 1962 di....

a)

Jakarta

b)

Manila

c)

Bangkok

d)

Kuala Lumpur

27.

Suruhanjaya Cobbold disertai oleh pegawai British dan rakyat tempatan. Apakah tujuan suruhanjaya tetsebut?

a)

Meninjau pendapat rakyat

b)

Membincangkan hak pribumi

c)

Merangka perlembagaan Malaysia

d)

Menerangkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

28.

Apakah perkara penting yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan?

a)

Kepentingan penduduk

b)

Kelemahan pentadbiran

c)

Kemunduran orang Asli

d)

Kewajaran memasuki Malaysia

29.

Antara berikut, yang manakah intinpati dalam Akta Malaysia?

a)

Hanya bahasa Melayu digunakan di Sabah

b)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

c)

Sarawak dan Sabah mengawal hal ehwal imigresen

d)

Urusan luar hal ehwal Sabah adalah tanggungjawab kerajaan negeri

30.

Berikut nerupakan peruntukkan kerus bagi perwakilan parlimen.


Singapura 15 kerusi

Sarawak 24 kerusi

X 16 kerusi


Apakah X?

a)

Sabah

b)

Brunei

c)

Filipina

d)

Indonesia