wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA - Cikgu Akmar

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Qayum berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.

a)

iri hati

b)

jatuh hati

c)

jauh hati

d)

berat hati

2.

Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.

a)

kaki ayam

b)

kaki botol

c)

kaki bangku

d)

kaki judi

3.

Encik Harun sentiasa mengambil berat tentang kebajikan _____ di bawah bimbingannya.

a)

anak dagang

b)

anak emas

c)

anak buah

d)

anak angkat

4.

Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Hanidah masih _____untuk mematuhi nasihat ibunya itu.

a)

hati batu

b)

hati kaudu

c)

hati mati

d)

hati muda

5.

Rayyan dianggap seorang yang_______kerana dia dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan mudahnya.

a)

kecut hati

b)

kata hati

c)

terang hati

d)

makan hati

6.

Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan tidak dibalas oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang lalu.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah

a)

seperti anjing menyalak bukit

b)

seperti anjing mengonggong tulang

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

seperti melepaskan anjing tersepit

7.

Fikri dipilih sebagai pengerusi persatuan bahasa Melayu kerana tiada calon yang bertanding untuk jawatan tersebut.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah

a)

seperti tikus membaiki labu

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti labu ditebuk tikus

d)

marahkan tikus, lengkiang dibakar

8.

Semua murid dimarahi oleh Cikgu Liza meskipun hanya dua orang murid berbuat bising di dalam kelasnya.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah seperti

a)

ikan kena tuba

b)

ikan pulang ke lumpur

c)

ikan seekor rosakkan ikan setajau

d)

ada air adalah ikan

9.

Laluan ke rumah pengantin perempuan bersilang-siur dan berliku-liku seperti______.

a)

ular kena palu

b)

ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya

c)

sudah tampak kaki ular

d)

sekerat ular, sekerat belut

10.

Buah mawar tumbuh melata,

Buat hiasan dalam jambangan,

Tolong-menolong sesama kita,

Hidup muafakat erat hubungan.


Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan pantun di atas?

a)

Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain

b)

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

Bersatu teguh, bercerai roboh.

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya