wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

1. " Emak , anak patung adik Laila hilang semasa __________________ bermain di padang itu,"Kata Zamilah kepada ibunya.

a)

beliau

b)

kita

c)

dia 

d)

kami

2.

Sabun pencuci pakaian tersebut tidak ________________ menghilangkan kotoran degil pada baju kerja ayah.

a)

masih

b)

boleh

c)

sudah

d)

mesti

3.

Api pelita itu kelihatan _______________ apabila ditiup angin yang masuk melalui celahan kayu dinding rumah atok.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

4.

Encik Amka ________________ pelbagai bunyi haiwan kepada anaknya melalui telefon pintarnya.

a)

melagukan

b)

merakamkan

c)

membunyikan

d)

memperdengarkan

5.

Bantal yang terkena tumpahan susu adik itu _______________ dicuci oleh kakak dan dijemur di bawah cahaya matahari.

a)

masih

b)

hendak

c)

pernah

d)

telah

6.

Pengantin baru itu disambut dengan ______________ kompang sempena meraikan majlis raja sehari mereka.

a)

hayunan

b)

paluan

c)

tumbukkan

d)

ketukkan

7.

Baginda Sultan telah meraikan anak-anak yatim sempena hari _________________ baginda baru baru ini di istana.

a)

keberangkatan

b)

kemangkatan

c)

keputeraan

d)

kemurkaan

8.

Puan Rohana telah ______________ masa untuk menyiapkan kek yang ditempah oleh pelangganya baru-baru ini.

a)

kesempitan

b)

kelebihan

c)

kesesakan

d)

kesuntukan

9.

Perbuatan pemuda itu akhirnnya _______________ apabila penduduk kampung dapat menghidu aktivitinya. Apakah simpulan bahasa yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong di atas.

a)

makan dalam

b)

makan lawan

c)

makan hati

d)

makan diri

10.

Pekerja itu menyangkal dakwaan rakannya bahawa dia curi tulang sewaktu bekerja. Pilih perkataan Sinonim bagi menyangkal.

a)

menentang

b)

menghasut

c)

menuduh

d)

menurut

11.

Budak lelaki itu kelihatan gugup apabila berdepan dengan guru besar. Pilih perkataan antonim bagi gugup.

a)

tenang

b)

senang

c)

gelabah

d)

tenteram

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Nenek melarang kakak berpakaian sendat apabila hendak keluar rumah.

a)

Bagaimanakah nenek melarang kakak apabila hendak keluar rumah.

b)

Apakah yang dilarang oleh nenek kepada kakak yang hendak keluar rumah.

c)

Siapakah yang melarang kakak apabila dia hendak keluar rumah.

d)

Mengapakah nenek melarang kakak yang hendak keluar rumah.

13.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Mahadi tiada selera makan sejak demam beberapa hari yang lalu.

a)

Mahadi yang tiada selera makan itu telah demam.

b)

Sejak tiada selera makan beberapa hari yang lalu , Mahadi demam.

c)

Sejak demam beberapa hari yang lalu, Mahadi tiada selera makan

d)

Sejak beberapa hari yang lalu, Mahadi tiada selera makan dan demam.

14.

Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat di bawah.

Jawatan Encik Zainudin dalam syarikat pengiklanan itu _________________ kerana bila-bila masa sahaja beliau akan diberhentikan.

a)

seperti katak di bawah tempurung

b)

seperti anjing dengan bayang-bayang

c)

deperti kerbau dicucuk hidung

d)

seperti abu di atas tunggul

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Cikgu Khairul Rizam mengucapkan terima kasih di atas pertolongan anak muridnya.

b)

Ayah memarahi adik kerana menconteng dinding dengan warna pensel.

c)

Pilihla mana-mana buku ulang kaji lengkap UPSR yang kamu suka.

d)

Tolong jangan berbuat bising ketika berada di perpustakaan awam ini.

16.

Tandakan ( / ) bagi kata adjektif yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Berbagai-bagai jenis ikan air tawar dapat kita lihat di dalam kolam itu kerana airnya sangat________________.

a)

putih

b)

jernih

c)

cerah

d)

pekat

17.

Semua peserta Kem Bina Semangat itu _____________mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh fasilitator jemputan itu

a)

asyik

b)

khusyuk

c)

ghairah

d)

bosan

18.

Semua pengawas sekolah yang dilantik _______ menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

a)

berhirah

b)

bergaduh

c)

berikrar

d)

bertengkar

19.

Setiap minggu atlet remaja akan menjalani latihan __________ di pusat Akuatik Negara.

a)

badminton

b)

bola sepak

c)

berenang

d)

menembak

20.

Air yang _____________ merupakan tempat yang paling sesuai untuk nyamuk aedes bertelur

a)

bertakung

b)

bergenang

c)

bergerak

d)

bergelegak

21.

Keluarga Limah telah _________ ke England ketika usianya sepuluh tahun.

a)

menetap

b)

bekerja

c)

berhijrah

d)

berjaya

22.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah. Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar diatas.

(a)  

23.

Kakak Zana menyapu mentega pada roti sebelum memakannya sebagai ___________________.

a)

alas cawan

b)

alas perut

c)

alas kaki

d)

alas kata

24.

Saya mengamalkan makanan seimbang.

a)

ayat tanya

b)

ayat penyata

c)

ayat seruan

d)

ayat perintah

25.

Beberapa ekor ikan berenang-renang di dalam akuarium.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat perintah

26.

" Cikgu Aman, bolehkah saya pergi ke pusat sumber?" kata Ali kepada cikgu Aman.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

27.

Wah, cantiknya kereta baru kamu !

a)

Ayat seruan

b)

Ayat tanya

c)

Ayat penyata

d)

Ayat perintah

28.

Aduhai, malang sungguh nasibku hari ini!

a)

Ayat tanya

b)

Ayat penyata

c)

Ayat seruan

d)

Ayat perintah

29.

Diminta para hadirin untuk memenuhkan barisan hadapan terlebih dahulu.

a)

Ayat tanya

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

30.

Semua murid dikehendaki berkumpul di padang selepas rehat nanti.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seruan

c)

Ayat perintah

d)

Ayat tanya

31.

Emak ____________ pinggan dengan menggunakan sehelai kain.

a)

menggilap

b)

mengelap

c)

mengemop

d)

mencuci

32.

Ayah __________tanah menggunakan sebatang cangkul yang amat tajam.

a)

menyabit

b)

menggembur

c)

memotong

d)

memangkas

33.

Sepasang pengantin sedang __________ di atas pelamin semasa para tetamu _________ hidangan.

a)

bersanding ... menikmati

b)

duduk ... mengambilkan

c)

berbuat ... menyediakan

d)

berbincang ... menghiaskan

34.

Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris di bawah:


Salmah disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.

a)

sopan

b)

baik

c)

rajin

d)

taat

35.

Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.

a)

mabuk

b)

penat

c)

takut

d)

malas

36.

Guru besar mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.

a)

memukul

b)

menyamun

c)

menghukum

d)

memarahi

37.

Kakak menyediakan bahan-bahan untuk membuka peti surat, iaitu beberapa ……… papan lapis, se…. paku, se…..gergaji, se… tukul besi, se… sesiku, dan se…. kertas pasir sebelum memulakan kerjanya

a)

batang, peti, buah , lembar , berkas ,biji

b)

keping, kotak, bilah, buah, batang, keping

c)

kotak, bilah, batang, biji, keping, laras

d)

laras, biji, kotak, bilah, batang, keping

38.

Cikgu tetap mengajarkan Sains ……… banyak pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan itu.

a)

biarpun

b)

manakala

c)

jangankan

d)

sementara

39.

Keropok …….. itu jangan kau makan.

a)

basi

b)

garing

c)

lemau

d)

lama

40.

Lagu Kebangsaan _________________ke udara sebaik sahaja Sukan SEA dirasmikan oleh Perdana Menteri.

a)

bersiar

b)

bernyanyi

c)

berlagu

d)

berkumandang

41.

Zarul berasal daripada __________________orang besar-besar.

a)

kehormatan

b)

kerahmatan

c)

keturunan

d)

kebesaran

42.

Budak lelaki itu _________ apabila __________oleh budak nakal itu.

a)

tertiarap, dirodok

b)

tersentak , dicolok

c)

tersungkur , disinggung

d)

terlentang, dicuit

43.

Sampah-sarap yang _________ dek penahan sampah itu terpaksa __________ dengan menggunakan jentera.

a)

tersembul, diambil

b)

tertahan , diraup

c)

tergerak, dipungut

d)

tersangkut, dikaut

44.

Pemandu bas ______________itu disaman oleh JPJ kerana memandu dengan laju.

a)

siar

b)

persiaran

c)

penyiar

d)

penyiaran

45.

Pilih ayat yang sama maksud:


Aiman menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Burhan dalam masa setengah jam sahaja.

a)

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Burhan setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Aiman.

b)

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Aiman seperti yang diarahkan oleh Cikgu Burhan.

c)

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Burhan dapat disiapkan oleh Aiman.

d)

Kerja yang diberi oleh Cikgu Burhan telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Aiman.

46.

Membentuk Jawapan


Pernahkah kamu bercuti di Pulau Langkawi?

a)

Ya, saya pernah bercuti di Pulau Langkawi

b)

Ya, inilah kali pertama saya bercuti di Pulau Langkawi

c)

Sudah semestinya, tetapi Pulau Langkawi sangat indah

d)

Kakak saya mengusahakan calet di Pulau Langkawi

47.

Mak Cik Anisah tinggal__________ setelah anak-anaknya berhijrah ke bandar.

a)

sepi

b)

kesepian

c)

menyepi

d)

meyepikan

48.

Jamilah menjerit __________ kerana terkejutkan seekor katak yang melompat di hadapannya.

a)

penakut

b)

ketakutan

c)

ditakutkan

d)

takut

49.

Encik Azri melarang anaknya _______ dengan budak-budak yang nakal itu.

a)

bersalam

b)

bersoal

c)

berdebat

d)

bergaul

50.

Lelaki yang bertongkat dan ______________ tebal itu ialah bekas pengawai polis yang dihormati ramai.

a)

berjanggut

b)

bersikat

c)

bermisai

d)

bergigi