wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPAK Modul 2 - T4 - KLASIFIKASI AKAUN & PERSAMAAN PERAKAUNAN

Total questions: 26

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Manakah merupakan aset semasa perniagaan?

a)

Sewa belum bayar

b)

Insurans prabayar

c)

Kadar bayaran belum bayar

d)

Komisen belum terperoleh

2.

Inventori pada harga kos RM2 560 dijual secara kredit sebanyak RM5 460. Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset dan ekuiti pemilik?

a)
b)
c)
d)
3.

Di atas adalah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik bagi Perniagan Sri Medan pada 31 Disember 2007.


Berapakah aset bukan semasa bagi perniagaan tersebut?

a)

RM7 600

b)

RM8 400

c)

RM23 000

d)

RM30 600

4.

Puan Rohani pemilik Kedai Buku Jaya telah memulangkan enam buah buku matematik kepada pembekal kerana rosak.

Apakah kesan urus niaga ke atas aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan Puan Rohani?

a)
b)
c)
d)
5.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku sebuah perniagaan.

Kedai Perabot Ceria menjual almari bernilai RM2 800 dengan harga RM3 500 secara kredit kepada pelanggan.

Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?

a)
b)
c)
d)
6.

Kumpulan item manakah yang merupakan aset semasa?

a)

Komisen belum terperoleh, inventori, tunai

b)

Kadar bayaran belum bayar, bank, Akaun Belum Terima

c)

Sewa belum terima, Akaun Belum Bayar, gaji prabayar

d)

Insurans prabayar, Akaun Belum Terima, komisen belum terima

7.

Apakah hasil operasi bagi sebuah kedai menjual perabot?

a)

Faedah atas simpanan

b)

Penerimaan wang sewa ruang niaga

c)

Untung jualan alat pendingin hawa

d)

Jualan set bilik tidur pengantin

8.

Penyata Kedudukan Kewangan di atas tidak disediakan dengan betul.


Berapakah jumlah modal akhir jika Penyata Kedudukan Kewangan itu disediakan semula?

a)

RM22 800

b)

RM31 200

c)

RM36 800

d)

RM48 000

9.

Urus niaga berikut telah berlaku dalam perniagaan Kedai Buku Amal.


Encik Amal membayar kepada Pembekal Buku Nikmat RM8 500 dengan cek. Beliau menerima diskaun tunai sebanyak RM200.

Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?

a)
b)
c)
d)
10.

Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri aset bukan semasa?

a)

Mudah ditukar menjadi tunai

b)

Dimiliki untuk tujuan dijual semula

c)

Boleh digunakan untuk jangka masa panjang

d)

Boleh digunakan untuk tempoh masa yang pendek

11.

Butiran manakah yang merupakan belanja operasi perniagaan?

a)

Rugi atas jualan aset bukan semasa

b)

Faedah pinjaman bank

c)

Insurans peribadi

d)

Promosi

12.

Maklumat di atas diperoleh daripada buku Perniagaan Kerisik.


Berapakah ekuiti pemilik perniagaan berkenaan?

a)

RM10 400

b)

RM11 560

c)

RM22 400

d)

RM23 560

13.

Maklumat berikut merupakan urus niaga yang diperoleh daripada perniagaan Kedai Buku Aziz.


Membayar hutang kepada Pembekal Buku Sinar RM8 500 dengan cek dan menerima diskaun RM200.


Apakah kesan urus niaga di atas terhadap persamaan perakaunan?

a)
b)
c)
d)
14.

Antara yang berikut, yang manakah liabiliti semasa?


I Dividen belum terima

II Komisen belum terperoleh

III Kadar bayaran belum bayar

IV Insurans prabayar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Tahun kewangan Kedai Runcit Amiruddin berakhir pada 31 Mei 2011. Data di atas diperoleh daripada buku perniagaannya.


Berapakah modal pada tarikh 31 Mei 2011?

a)

RM16 250

b)

RM19 250

c)

RM19 750

d)

RM22 750

16.

Urus niaga manakah yang akan menambahkan jumlah ekuiti pemilik?

a)

Menerima diskaun RM400

b)

Membayar sewa kedai RM700

c)

Membeli perabot secara kredit RM500

d)

Mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga RM150

17.

Padanan manakah yang betul?

a)
b)
c)
d)
18.

Manakah merupakan Catatan Kontra?

a)

Belian

b)

Jualan

c)

Inventori akhir

d)

Pulangan keluar

19.

Maklumat di atas diambil daripada buku Perniagaan Waris.


Berapakah liabiliti Perniagaan Waris?

a)

RM23 241

b)

RM26 916

c)

RM30 591

d)

RM35 675

20.

Berikut merupakan kesan satu urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang diperoleh daripada Kedai Alat Tulis Rejang


Pernyataan manakah yang menunjukkan urus niaga di atas?

a)

Menjelaskan hutang bernilai RM400 dengan cek RM350, diskaun diterima RM50

b)

Menerima bayaran bernilai RM350 daripada Akaun Belum Terima, diskaun diberi RM50

c)

Sebuah mesin taip bernilai RM400 dijual secara kredit pada harga RM350

d)

Inventori alat tulis bernilai RM350 dijual secara kredit pada harga RM400

21.

Nilai manakah yang menepati persamaan perakaunan?

a)
b)
c)
d)
22.

Pada akhir tempoh perakaunan, buku perniagaan Tuah Mini Market mempunyai baki seperti di atas:


Berapakah modal awal jika perniagaan Tuah Mini Market mengalami kerugian sebanyak RM6 630?

a)

RM24 020

b)

RM30 650

c)

RM37 280

d)

RM62 720

23.

Pilih padanan yang betul.

a)
b)
c)
d)
24.

Maklumat di atas menunjukkan kesan terhadap persamaan perakaunan.


Urus niaga manakah menepati kesan berkenaan?

a)

Membuat bayaran kepada Akaun Belum Bayar sebanyak RM900 secara tunai

b)

Membayar ansuran pinjaman RM1 300 dan faedah pinjaman RM200 dengan cek

c)

Jualan tunai RM4 700 bagi inventori berkos RM4 500 telah digunakan untuk menjelaskan Akaun Belum Bayar

d)

Menerima bayaran daripada Akaun Belum Terima sebanyak RM5 100 dengan cek untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM5 300

25.

Pemilik Kedai Alatan Pejabat Lim telah berkunjung ke Kedai Perabot Tan untuk membeli rak pameran. Kedai Perabot Tan menggunakan komputer untuk merekod urus niaga perniagaan.

Berdasarkan situasi di atas, klasifikasi akaun manakah yang tepat untuk kedua-dua perniagaan dengan merujuk jadual?

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

26.

Urus niaga di atas berlaku dalam sebuah perniagaan.


Apakah kesan urus niaga P dan Q terhadap Akaun Modal?

a)
b)
c)
d)