WorksheetsKEPERLUAN MAKANAN, NUTRIEN DAN FUNGSINYA
Total questions: 60
Worksheet time: 36mins
Makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna.
Pernyataan di atas sesuai merujuk kepada definisi bagi
Pelawas
Nutrien
Pemakanan
Makanan
Antara yang berikut yang manakah merupakan fungsi protein?
Mengawal suhu badan
Membaiki sel yang rosak
Memberikan tenaga
Menjaga kesihatan sistem saraf
Setiap makanan mempunyai fungsi tertentu terhadap tubuh badan. Yang manakah di antara berikut adalah kepentingan makanan?
MAKANAN PEMBERI TENAGA
MAKANAN PEMBERI TUBUH
MAKANAN PELINDUNG DAN PENGAWAL PENYAKIT
SEMUA JAWAPAN
Sumber makanan yang manakah yang mengandungi nutrien karbohidrat?
Apakah jenis nutrien bagi sumber makanan di dalam rajah?
Karbohidrat
Lemak
Garam Mineral
Protein
Sumber bagi pelawas terdiri daripada
i. Buah-buahan
ii. Hasil tenusu
iii. Sayur-sayuran
iv. Bijirin
i,ii dan iii
i,ii dan iv
i,iii dan iv
ii,iii dan iv
Nutrien yang manakah yang berfungsi dalam memberikan haba dan suhu pada tubuh badan manusia?
Karbohidrat
Lemak
Protein
Garam Mineral
Apakah jenis nutrien yang sesuai bagi tumbesaran tulang?
Protein
Lemak
Karbohidrat
Vitamin
Antara yang berikut yang manakah BUKAN merupakan vitamin larut lemak?
Retinol
Kalsiferol
Pridoksin
Menadion
Puan Rahmah mengalami penyakit Obesiti. Apakah yang perlu dilakukan oleh Puan Rahmah bagi mengurangkan berat badannya?
Meningkatkan porsi makanan berlemak.
Mengurangkan pengambilan makanan berlemak.
Mengurangkan pengambilan buah-buahan.
Meningkatkan pengambilan makanan bersantan.
Alia sering meninggalkan makanan berkabohidrat dalam pemakanannya. Apakah kesan terhadap kesihatannya?
Tubuh menjadi letih dan lesu.
Tubuh kurang daya tahan terhadap penyakit.
Kulit menjadi kering, kasar dan mengecut.
Luka dan penyakit kulit lambat sembuh.
Aiman mempunyai tubuh badan yang kecil berbanding rakan sebayanya. Apakah faktor yang menyebabkan tumbesaran Aiman terganggu?
Kelebihan pengambilan minuman berkarbonat.
Kekurangan pengambilan buah-buahan.
Kelebihan pengambilan pasta dan nasi.
Kekurangan pengambilan ikan dan susu.
Rajah menunjukkan sumber makanan bagi asid askorbik.
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan daripada kekurangan asid askorbik?
Skurvi
Kanser
Pellagra
Beri-beri
"Makanan yang dihancurkan oleh gigi semasa mengunyah. Proses ini juga melibatkan Peristalsis untuk menggerakkan makanan"
Sistem pencernaan yang manakah yang tepat berdasarkan kenyataan di atas?
Sistem Pencernaan Mekanikal
Sistem Pencernaan Kimia
Apakah yang dimaksudkan dengan "Peristalsis"?
Proses memecahkan molekul makanan yang kompleks
kepada unit paling ringkas oleh tindakan mekanikal dan
kimia supaya dapat diserapkan oleh tubuh badan.
Pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk
menolak makanan sepanjang saluran pencernaan.
Bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar organ
pencernaan bagi melakukan fungsi tertentu.
Serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran
darah dan sistem limfa untuk dihantar ke sel tubuh badan.
"Makanan yang dihancurkan melalui enzim pencernaan dengan kehadiran air"
Sistem pencernaan yang manakah yang tepat berdasarkan kenyataan di atas?
Sistem Pencernaan Mekanikal
Sistem Pencernaan Kimia
Tandakan (/) pada organ yang terlibat dalam sistem pencernaan.
A
B
C
D
E
Tandakan (/) pada organ yang terlibat dalam sistem penyerapan.
A
B
C
D
E
Semasa mengunyah, makanan
akan bercampur gaul dengan (X) dan
membentuk gumpalan kecil yang dinamakan (Y).
Apakah X dan Y?
Air liur, Mukus
Mukus, Air liur
Air liur, Bolus
Bolus, Air liur
Yang manakah di antara berikut BUKAN enzim yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas?
Lipase
Tripsin
Amilase
Pepsin
Nyatakan nama enzim bagi X
(a)
Makanan separa tercerna akan masuk ke __________
Perut
Usus kecil
Esofagus
Usus besar
Ikhwan meminum segelas susu dalam sarapannya. Pencernaan protein dalam susu terjadi pada organ bernombor?
1
2
3
4
Pengambilan makanan oleh individu untuk meningkat dan memelihara kesihatan tubuh badan.
Penyataan di atas sesuai merujuk kepada definisi bagi
Diet
Diet seimbang
Peruntukan diet harian
Indeks jisim badan
Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat,lemak,garam mineral,vitamin, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.
Penyataan di atas sesuai merujuk kepada definisi bagi
Diet
Diet seimbang
Indeks jisim badan
Peruntukan diet harian yang disarankan
Antara yang berikut, makanan yang manakah yang perlu dilebihkan dalam pemakanan seharian?
Sayur-sayuran
Garam
Nasi
Makanan yang berlemak
Berdasarkan piramid makanan, aras yang manakah perlu diambil 4-8 hidangan dalam sehari?
Aras 1
Aras 2
Aras 3
Aras 4
Daging, ikan, ayam, kekacang dan hasil tenusu yang terdapat dalam aras 3 mengandungi
Karbohidrat, vitamin dan garam mineral.
Vitamin, garam mineral, pelawas,
Lemak, minyak dan gula.
Protein, Vitamin B kompleks dan magnesium.
Tandakan (/) pada masalah yang timbul jika makanan pada Aras 4 diambil secara berlebihan.
Gout
Obesiti
Diabetes
Makanan pada Aras 1 diperlukan dalam kuantiti yang kecil setiap hari untuk membekalkan tenaga.
Betul
Salah
Rajah menunjukkan carta piramid makanan.
Antara yang berikut, makanan yang manakah yang berada dalam kumpulan C?
Lemak dan vitamin.
Karbohidrat dan garam mineral.
Protein dan karbohidrat.
Protein dan vitamin B kompleks
Rajah menunjukkan hidangan seharian yang diambil oleh Naufal.
Berdasarkan Prinsip Piramid Makanan, kumpulan makanan yang manakah diambil oleh Naufal secara tidak seimbang?
i. Aras 1
ii. Aras 2
iii. Aras 3
iv. Aras 4
i dan iii
ii dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi pengambilan diet KECUALI
Pendidikan
Keperluan sosial
Biologi
Kemajuan teknologi
> Pengetahuan terhadap pemilihan diet
> Mempunyai ilmu mengenal pola pemakanan yang sihat
> Menjadikan seseorang lebih prihatin untuk menjaga kesihatan
Berdasarkan kenyataan di atas, apakah faktor yang mempengaruhi pengambilan diet tersebut?
Pendapatan keluarga
Kemajuan teknologi
Keperluan fisiolgi
Pendidikan
Rajah menunjukkan piramid makanan.
Apakah contoh makanan pada aras 1.
Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pasta dan nasi.
Minyak dan gula
Daging dan hasil tenusu.
Di dalam piramid makanan, di aras makanan manakah yang perlu dimakan sebanyak lima (5) sajian sehari?
Aras 1
Aras 2
Aras 3
Aras 4
Pilih pernyataan yang tepat tentang kepentingan diet seimbang?
i. Mencegah masalah kekurangan nutrien
ii. Memastikan pertumbuhan yang normal
iii. Memelihara perkembangan mental
iv. Membantu sistem pencernaan
i,ii dan iii
i,ii dan iv
i,iii dan iv
ii,iii dan iv
Di dalam piramid makanan, kumpulan makanan di aras 4 perlu diambil dengan kuantiti yang banyak.
Betul
Salah
Antara berikut yang manakah menunjukkan maksud Peruntukan Diet Harian yang disarankan?
Jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian oleh individu yang sihat.
Alat pengukur untuk menilai kuantiti sesuatu makanan berhubung dengan kesihatan.
Kuantiti tenaga yang terdapat dalam makanan untuk
melakukan aktiviti.
Jadual untuk mengira nilai nutrien dan tenaga dalam sesuatu
makanan.
Kenyataan di atas merujuk kepada
Jadual Komposisi nutrien
Indeks Jisim Badan (BMI)
Recommended Dietry Allowance (RDA)
Jadual Komposisi Makanan
Rajah di atas merujuk kepada kegunaan RDA.
X adalah
Menentukan nilai nutrien
Mengira kuantiti makanan
Membuat label makanan
Memelihara kesihatan
Rajah di atas adalah makanan yang diambil oleh Danish untuk sajian makan malamnya.
Sebiji burger ayam mempunyai porsi 124 g yang mengandungi 11.5 g lemak.
Kirakan nilai tenaga yang dihasilkan oleh lemak sekiranya E.P. 85%
479.54 kJ
483.21 kJ
456.63 kJ
460.60 kJ
Seekor ikan kembung mempunyai porsi 89 g yang mengandungi 9.3 g protein.
Kirakan nilai tenaga yang dihasilkan oleh protein sekiranya E.P. 95%.
129.45 kJ
133.67 kJ
145.74 kJ
151.84 kJ
Asyraf mengambil ayam goreng sebagai sajian makan tengaharinya.
Hitungkan nilai tenaga bagi seketul ayam goreng 120 g dengan EP 78%.
120 gram ayam goreng mengandungi:
3.5/g karbohidrat
5.0/g protein
8.0/g lemak
55.69 kJ
79.56 kJ
284.54 kJ
419.79 kJ
Hitungkan jumlah nilai tenaga dalam kJ bagi sajian di atas.
486.95 kJ
417.38 kJ
1248.68 kJ
2153.01 kJ
Hazim mempunyai berat badan 60kg dengan ketinggian 1.65m. Kira indeks jisim badan (BMI) bagi hazim.
22.06
23.40
25.08
26.55
Zaki mempunyai nilai indeks jisim badan (BMI) iaitu 21.9. Apakah klasifikasi bagi Zaki?
Kurang berat badan.
Berat normal
Risiko
Obes kelas 1
Yang manakah di antara berikut merupakan cara mengatasi berat badan berlebihan yang betul?
i. Mengurangkan kuantiti sarapan
ii. Mengamalkan senaman
iii. Makan secara teratur
iv. Banyakkan pengambilan makanan berserat
i,ii dan iii
i,ii dan iv
i, iii dan iv
ii,iii dan iv
Kenyataan di atas merujuk kepada kepentingan
Pengambilan diet seimbang
Label makanan
Peruntukan Diet Harian
Rajah di atas menunjukkan tujuan label makanan. Apakah X?
Menyokong aktiviti pendidikan pemakanan
Memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan
Membantu suri rumah menyediakan sajian yang bermutu dan seimbang untuk keluarga.
Menilai makanan
Yang manakah di antara berikut adalah maklumat pada label makanan?
i. Nama produk
ii. Berat makanan
iii. Tarikh luput
iv. Gambar pengeluar
i,ii dan iii
i,ii dan iv
i,iii dan iv
ii,iii dan iv
Rajah di atas menunjukkan label makanan bagi sebuah produk.
Apakah X?
Jenama
Kandungan
Pengeluar
Berat kandungan
Rajah di atas menunjukkan label makanan bagi sebuah produk makanan.
Berdasarkan rajah tersebut, apakah kekurangan maklumat yang terdapat pada label makanan tersebut?
i. Jenama
ii. Kandungan
iii. Tarikh luput
iv. Kod bar
i,ii dan iii
i,ii dan iv
i,iii dan iv
ii,iii dan iv
"Senarai makanan yang dihidangkan untuk sesuatu sajian"
Kenyataan di atas sesuai merujuk kepada
Sajian Harian
Menu
Yang manakah di antara berikut merupakan tujuan perancangan menu?
i. Menjimatkan masa dan tenaga
ii. Memastikan makanan yang disediakan adalah seimbang
iii. Memastikan perbelanjaan untuk menu yang dirancang
tidak melebihi anggaran perbelanjaan.
iv. Memastikan sajian yang dirancang adalah menarik.
i, ii dan iii
i, ii dan iv
ii, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Rajah di atas menunjukkan faktor mempengaruhi perancangan menu. Apakah M dan N?
Keseimbangan Sajian , Harga sajian
Kuantiti nutrien, Agama
Keseimbangan sajian, Bilangan tetamu
Bilangan tetamu, tema pakaian
Rajah di atas menunjukkan faktor X dalam mempengaruhi perancangan menu. Apakah faktor X?
Keperluan
Keseimbangan sajian
Tujuan sajian
Sumber
Rajah di atas menunjukkan faktor tujuan sajian.
Antara yang berikut, sajian yang manakah tepat berdasarkan penyataan tersebut?
Sajian Formal
Sajian Tidak Formal
Puan Helena akan mengadakan majlis rumah terbuka pada hujung minggu ini. Para tetamunya terdiri daripada pelbagai usia termasuk golongan warga emas.
Apakah jenis hidangan yang sesuai yang perlu disediakan oleh Puan Helena bagi tetamunya yang berwarga emas ?
Hidangan manisan
Hidangan yang berminyak
Makanan segera
Hidangan yang mudah dihadam
Rajah di atas menunjukkan kad jemputan bagi sebuah majlis makan malam.
Berdasarkan kad jemputan tersebut, apakah faktor yang mempengaruhi perancangan menu.
i. Keperluan
ii. Tujuan sajian
iii. Bilangan tetamu
iv. Kedudukan hidangan
i dan ii
i, ii dan iii
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
