NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 6 - PERIBAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Tan Lin tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap _______________.
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ____________________.
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Udin mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Azizi dan anak-anaknya ____________________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ___________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerjaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca terhempas ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Puan Zainab _________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adiknya-adiknya ____________________.
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai wau terputus tali
Encik Badaruddin __________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menghitung bulu kambing
bagai berumah di tepi pantai
bagai anjing menyalak bukit
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya _____________________.
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawak hidup
sudah jatuh ditimpa tangga
Farhanah berasa ___________________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
makan hati
iri hati
ada hati
buah hati
Suresh _________________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
makan hati
jatuh hati
iri hati
ambil hati
_______________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
Air muka
Ada hati
Ada harapan
Air tangan
Perbuatan memberi atau menerima _______________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
duit hantaran
duit pecah
duit raya
duit kopi
Cikgu Aziz tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
ada angin
atas angin
naik angin
khabar angin
Badrul memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya ________________________.
tepuk dada tanya selera
malu bertanya sesat jalan
harapkan pegar, pegar makan padi
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Zamir tidak mengamalkan sikap ____________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
buang yang keruh ambil yang jernih
malu bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
Suzana tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin ______________________________.
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar dari rupa
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Encik Tarmizi ___________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
seperti lembu cucuk hidung
seperti anjing menyalak bukit
seperti tikus membaiki labu
seperti murai tercabut ekor
Helmi seperti _________________ kerana banyak peristiwa di sekolah tidak diketahuinya.
katak di bawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
murai tercabur ekor
