wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

60 soalan kata ganda

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

A kisi-kisi

b)

B orang-orang

c)

C tupai-tupai

d)

D layang-layang

2.

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah

selesai ditayangkan.

a)

A riuh-rendah

b)

B gelap-gelita

c)

C porak-peranda

d)

D terang-benderang

3.

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti

mewarna.

a)

A comot-momot

b)

B koyak-rabak

c)

C serba-serbih

d)

D compang-camping

4.

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

a)

A hidup-hidup

b)

B bulat-bulat

c)

C betul-betul

d)

D terang-benderang

5.

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.

a)

A bebola

b)

B jejari

c)

C dedaun

d)

D kekabu

6.

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan

Tan Sri P. Ramlee.

a)

A teresak-esak

b)

B terkebil-kebil

c)

C terbahak-bahak

d)

D tergelak-gelak

7.

7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

a)

A berkelip-kelip

b)

B berpinar-pinar

c)

C berderet-deret

d)

D berliku-liku

8.

8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

a)

A dedaun

b)

B kekabu

c)

C bebola

d)

D bebiri

9.

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

a)

A dedaun

b)

B kekabu

c)

C bebola

d)

D bebiri

10.

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar

langit itu.

a)

A haru-biru

b)

B keluh-kesah

c)

C kusut-masai

d)

D tunggang-langgang

11.

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.

a)

A kemas-kemas

b)

B ketat-ketat

c)

C kuat-kuat

d)

D erat-erat

12.

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

a)

A lemah-longlai

b)

B lemah-gemalai

c)

C hiruk-pikuk

d)

D cirit-birit

13.

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak

berbalas.

a)

A tercungap-cungap

b)

B terbahak-bahak

c)

C teresak-esak

d)

D tersipu-sipu

14.

14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu

merupakan jalan pintas.

a)

A ulang-alik

b)

B bolak-balik

c)

C mundar-mandir

d)

D lalu-lalang

15.

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang

digunakan untuk menyimpan air minuman.

a)

A kekuda

b)

B sesiku

c)

C kekisi

d)

D lelabu

16.

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

a)

A bersaing-saing

b)

B berbaris-baris

c)

C berluncur-luncur

d)

D berderet-deret

17.

17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

a)

A dedahan

b)

B pepohon

c)

C dedaun

d)

D reranting

18.

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.

a)

A jentik-jentik

b)

B pijat-pijat

c)

C anai-anai

d)

D kura-kura

19.

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

a)

A ulang-alik

b)

B lalu-lalang

c)

C mundar-mandir

d)

D mandi-manda

20.

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

a)

A kebiru-biruan

b)

B kemalu-maluan

c)

C keanak-anakan

d)

D kemerah-merahan

21.

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang

mengetahuinya.

a)

A lambat-laun

b)

B sorok-sorok

c)

C senyap-senyap

d)

D sayup-sayup

22.

22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.

a)

A kusut-masai

b)

B serba-serbih

c)

C comot-momot

d)

D compang-camping

23.

23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai

emas kelmarin.

a)

D berganti-ganti

b)

C berbalas-balas

c)

B berhujah-hujah

d)

A bertukar-tukar

24.

24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.

a)

A riuh-rendah

b)

B lintang-pukang

c)

C kumat-kamit

d)

D lalu-lalang

25.

25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat

pemeriksaan kebersihan.

a)

A huru-hara

b)

B remeh-temeh

c)

C kelam-kabut

d)

D kacau-bilau

26.

26 Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.

a)

A mentah-mentah

b)

B senang-senang

c)

C semua-semua

d)

D betul-betul

27.

27 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari

tangga semalam.

a)

A terkial-kial

b)

B tersekat-sekat

c)

C terhuyung-hayang

d)

D terhincut-hincut

28.

28 Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco

a)

A berulang-alik

b)

B meliang-liuk

c)

C bersiar-siar

d)

D membeli-belah

29.

29 Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa.

a)

A berkibar-kibar

b)

B meliang-liuk

c)

C bersiar-siar

d)

D membeli-belah

30.

30 Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.

a)

A bergumpal-gumpal

b)

B bersimpul-simpul

c)

C berkepul-kepul

d)

D berketul-ketul

31.

31 Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.

a)

A erat-erat

b)

B dekat-dekat

c)

C betul-betul

d)

D diam-diam

32.

32 Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.

a)

A hangar-bingar

b)

B kucar-kacir

c)

C dolak-dalik

d)

D remeh-temeh

33.

33 Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci.

a)

A berketul-ketul

b)

B berbonggol-bonggol

c)

C bergumpal-gumpal

d)

D bersimpul-simpul

34.

34 Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar

ceramah yang disampaikan oleh calon–calon yang bertanding.

a)

A berhimpit-himpit

b)

B berpusu-pusu

c)

C berebut-rebut

d)

D berbaris-baris

35.

35 Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan

gondol.

a)

A rumput-rampai

b)

B gunung-ganang

c)

C semak-samun

d)

D bukit-bukau

36.

36 Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.

a)

A terketar-ketar

b)

B tergigil-gigil

c)

C termangu-mangu

d)

D terkial-kial

37.

37 Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang

ke–14.

a)

A berseri-seri

b)

B berkilau-kilau

c)

C berpinar-pinar

d)

D bersinar-sinar

38.

38 Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.

a)

A berbuai-buai

b)

B berkibar-kibar

c)

C bergoyang-goyang

d)

D bergerak-gerak

39.

39 Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan.

a)

D bengkang-bengkok

b)

C comot-momot

c)

B bengkak-bengkil

d)

A calar-balar

40.

40 Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.

a)

A dekat-dekat

b)

B kadang-kadang

c)

C nyaris-nyaris

d)

D hampir-hampir

41.

41 Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan

Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.

a)

A simpang-siur

b)

B selok-belok

c)

C lekak-lekuk

d)

D hiruk-pikuk

42.

42 Persahabatan kami tetap erat walaupun kami tinggal berjauhan kerana kami sering

__________.

a)

A pandang-memandang

b)

B jeling-menjeling

c)

C tegur-menegur

d)

D kunjung-mengunjung

43.

43 Suasana __________ di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan.

a)

A huru-hara

b)

B hiruk-pikuk

c)

C kacau-bilau

d)

D kucar-kacir

44.

44 Tangisan pilu mangsa kekejaman Zionis itu masih _________ di telingaku.

a)

A terngiang-ngiang

b)

B teringat-ingat

c)

C berbisik-bisik

d)

D berdering-dering

45.

45 Kami masih dapat melihat kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang

__________.

a)

A pinar-pinar

b)

B balam-balam

c)

C samar-samar

d)

D suram-suram

46.

46 Encik Bala berjalan _________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak

sulungnya.

a)

A ulang-alik

b)

B lintang-pukang

c)

C mundar-mandir

d)

D kelam-kabut

47.

47 Kemunculan seekor tikus dari celah pintu itu telah menyebabkan suasana __________

di kelas 6 Teratai.

a)

A hangar-bingar

b)

B gundah-gulana

c)

C jerit-pekik

d)

D tunggang-langgang

48.

48 __________ muka adik menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikalnya.

a)

A Bermuka-muka

b)

B Berpinar-pinar

c)

C Berkedut-kedut

d)

D Berkerut-kerut

49.

49 Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada asakan bertubi – tubi pasukan

lawan.

a)

A hiruk-pikuk

b)

B kucar-kacir

c)

C kacau-bilau

d)

D haru-biru

50.

50 Puan Kumari menggunakan ___________ yang diimport khas dari India untuk

melazatkan masakannya.

a)

A beras-petas

b)

B kuih-muih

c)

C rempah-ratus

d)

D sayur-mayur

51.

51 Selepas mandi, dia mengenakan __________ pada badannya agar harum.

a)

A bunga-bungaan

b)

B ubat-ubatan

c)

C biji-bijian

d)

D bau-bauan

52.

52 Guruh berdentum, kilat __________ menandakan hujan lebat akan turun membasahi

bumi.

a)

A sabung-menyabung

b)

B sapa-menyapa

c)

C tolak-menolak

d)

D cuit-mencuit

53.

53 Kakak tidak dapat tidur lena di rumah nenek kerana asyik terdengar bunyi __________

buah mangga yang gugur.

a)

A letuk-letak

b)

B lepak-lepuk

c)

C lesuk-lesak

d)

D letung-letang

54.

54 Ibu mengusap __________ adik yang masih merah dengan penuh kasih sayang.

a)

A mata-mata

b)

B rambut-rambut

c)

C ubun-ubun

d)

D tulang-tulang

55.

55 Keluarga yang __________ merupakan salah satu daripada faktor penyebab remaja

menghadapi masalah sosial.

a)

A huru-hara

b)

B hingar-bingar

c)

C gundah-gulana

d)

D porak-peranda

56.

56 Dari jauh kelihatan sebuah kapal __________ di tengah lautan.

a)

A berbalam-balam

b)

B berbelang-belang

c)

C berbalun-balun

d)

D berlalu-lalang

57.

57 Skru besar itu tidak dapat digunakan kerana __________ nya sudah haus.

a)

A sesendi

b)

B bebenang

c)

C kekuda

d)

D kekisi

58.

58 Suatu ketika dulu, feri “Gadis Langkasuka” __________ dari Pulau Pinang ke Medan,

Indonesia.

a)

A lalu-lalang

b)

B mundar-mandir

c)

C bolak-balik

d)

D lintang-kedak

59.

59 Sampan kecil di laut itu kelihatan _________ apabila dipukul ombak.

a)

A terhuyung-hayang

b)

B terkapai-kapai

c)

C terapung-apung

d)

D terolang-aling

60.

60 Badan peserta – peserta Program Latihan Khidmat Negara _________ kerana meredah

belukar.

a)

A calar-balar

b)

B pucat-lesi

c)

C koyak-rabak

d)

D comot-momot