wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JENIS DAN BINAAN FRASA

Total questions: 80

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan inti bagi frasa kerja?

a)

Kata nama

b)

Kata kerja

c)

Kata adjektif

d)

Kata sendi nama

2.

Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu

a)

Frasa kerja transitif dan tak transitif

b)

Frasa kerja transitif satu objek dan transitif dua objek

c)

Frasa kerja aktif dan pasif

d)

Frasa kerja tak transitif berpelengkap dan tanpa pelengkap

3.

Yang berikut ialah fungsi frasa kerja dalam ayat kecuali?

a)

Sebagai subjek

b)

Sebagai predikat

c)

Sebagai penerang

d)

Sebagai objek

4.

Antara ayat yang berikut yang manakah frasa kerja yang berfungsi sebagai subjek?

a)

Bertudung gadis itu.

b)

Tugas mengajar kerja yang mulia.

c)

Termenung di tepi jendela adik.

d)

Bercakap memang mudah.

5.

Antara ayat yang berikut yang manakah frasa kerja yang berfungsi sebagai subjek?

a)

Bertudung gadis itu.

b)

Tugas mengajar kerja yang mulia.

c)

Termenung di tepi jendela adik.

d)

Bercakap memang mudah.

6.

Frasa kerja tak transitif terbahagi kepada berapa jenis?

a)

1 jenis

b)

2 jenis

c)

3 jenis

d)

4 jenis

7.

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja tak transitif?

a)

Ibu membaca buku.

b)

Adik tidur di dalam buaian.

c)

Kakak mencuci baju.

d)

Ayah menonton televisyen.

8.

Aminah menetap di Kuala Kangsar sejak 3 tahun yang lalu.


Apakah fungsi sintaksis bagi frasa yang berhuruf condong?

a)

Objek

b)

Keterangan

c)

Penerang

d)

Pelengkap

9.

Yang manakah ayat yang mengandungi pelengkap sebagai penyambut?

a)

Adik ke dapur.

b)

Adik membancuh susu.

c)

Adik mencuci cawan yang telah digunakan.

d)

Adik ingin menjadi anak yang baik.

10.

Yang berikut ayat yang mengandungi dua objek, iaitu

a)

Ayah memberikan wang saku kepada adik.

b)

Ramesh meminjami Zaini novelnya.

c)

Ibu mengambil segelas air untuk ayah.

d)

Kamal membeli jam untuk ayahnya.

11.

Yang manakah perbezaan yang betul antara objek dengan pelengkap?

a)

Objek hadir selepas kata kerja tak transitif manakala pelengkap hadir selepas kata kerja transitif

b)

Objek wujud dalam frasa nama manakala pelengkap wujud dalam bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja dan frasa sendi nama

c)

Objek menjadi subjek apabila dipasifkan manakala pelengkap menjadi subjek apabila disongsangkan

d)

Objek ada tiga jenis manakala pelengkap ada 1 jenis

12.

Ayat yang manakah yang mengandungi frasa kerja dengan binaan kata bantu ragam + kata kerja + frasa keterangan?

a)

Ibu sedang menggosok baju.

b)

Kami hendak melancong ke Mesir.

c)

Saya mahu menolongnya.

d)

Adik belum mahu makan lagi.

13.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja tak transitif berpelengkap dengan peluasan frasa keterangan?

a)

Rosli ingin melukis potret ibunya.

b)

Rosmawati masih ingin menjadi usahawan berjaya walaupun sering kecundang.

c)

Ziana berniaga kain songket Terengganu sejak 3 tahun yang lalu.

d)

Wak Joko berbaju batik ketika ke majlis perkahwinan anak jutawan itu.

14.

Yang manakah frasa kerja transitif pasif yang betul?

a)

masih belum bercuci lagi

b)

masih berjalan di tepi pantai

c)

masih belajar di Universiti Malaya

d)

masih bercakap di telefon

15.

Berikan binaan frasa adjektif yang mengandungi keserasian makna

a)

Indah nian

b)

Penat lelah

c)

Kusut masai

d)

Kurus keding

16.

Apakah definisi frasa?

a)

Bunyi bahasa yang mempunyai fitur pembezaan makna.

b)

Satu unit rangkaian yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat.

c)

Binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar.

d)

Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, diucapkan dengan intonasi yang sempurna, dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.

17.

Di atas pangkuan ibu saban hari.

Nyatakan jenis binaan tersebut.

a)

Kata Sendi Nama + Frasa Nama

b)

Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama

c)

Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan

d)

Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

18.

Bangunan itu untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja. Nyatakan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat tersebut.

a)

Predikat frasa sendi nama

b)

Frasa sendi nama sebagai keterangan

c)

Penggunaan sendi nama secara umum

19.

Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

a)

Pada hujung minggu untuk kepentingan keluarga.

b)

Ke negeri jepun pada tahun lalu.

c)

Dengan belakang parang.

20.

Awang bukan ke Tawau tetapi ke Terengganu.

a)

predikat frasa sendi nama

b)

frasa sendi nama sebagai keterangan

c)

penggunaan sendi nama secara umum

21.

Binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur pilihan. Nyatakan jenis binaan frasa sendi nama tersebut?

a)

Kata Sendi Nama + Frasa Nama

b)

Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama

c)

Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan

d)

Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

22.

Kata Sendi Nama +( Kata Nama Arah) + Frasa Nama.

a)

Dengan pelajar- pelajar baharu.

b)

Bagi kanak- kanak cacat.

c)

Di belakang rumah.

d)

Sejak semalam.

23.

Antara yang berikut, yang manakah unsur yang membina frasa adjektif?

i.kata bantu

ii.kata nama

iii.kata adjektif inti

iv.kata kerja

a)

i dan iv

b)

ii dan iii

c)

i dan iii

d)

ii dan iv

24.

Frasa kerja transitif terbahagi kepada dua, iaitu

a)

Frasa kerja transitif satu objek dan Frasa kerja transitif dua objek

b)

Frasa kerja transitif berpelengkap dan Frasa kerja transitif berpenerang

c)

Frasa kerja transitif berpenerang dan Frasa kerja transitif berketerangan

d)

Frasa kerja transitif aktif dan Frasa kerja transitif pasif

25.

Emosi tidak terkawal merosakkan diri.


Berdasarkan ayat di atas, nyatakan fungsi frasa yang berhuruf condong?

a)

Sebagai penerang

b)

Sebagai subjek

c)

Sebagai keterangan

d)

Sebagai predikat

26.

Petani sedang bekerja di sawah.


Nyatakan jenis frasa kerja yang ada dalam ayat di atas.

a)

Frasa kerja transitif satu objek

b)

Frasa kerja tak transitif berpelengkap

c)

Frasa kerja transitif dua objek

d)

Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

27.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja tak transitif berpenerang?

a)

Ibu berselipar Jepun ke pasar.

b)

Ibu menaiki bas ke pasar.

c)

Ibu berbual-bual dengan rakannya.

d)

Ibu pulang setelah selesai berurusan.

28.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua frasa keterangan?

a)

Ibu menggoreng ikan bawal untuk hidangan makan malam.

b)

Diana tinggal di Singapura sejak kecil.

c)

Adik tidur di serambi rumah sejak pukul 2 petang tadi.

d)

Rose masih belum makan lagi.

29.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja dengan kata bantu?

a)

Wardiah masih cantik seperti dulu.

b)

Siti masih belum menyiapkan surat itu.

c)

Persembahan artis veteran itu masih sangat menghiburkan.

d)

Pelajar lelaki yang berbaju biru itu sangat pintar.

30.

Yang manakah frasa kerja yang mengalami proses peluasan dengan kata bantu aspek, kecuali?

a)

telah menyiapkan tugasan itu

b)

sedang berdoa

c)

akan menduduki peperiksaan STPM

d)

rindu akan anaknya itu

31.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja transitif dengan kata bantu?

a)

Dia masih tinggal di Labis.

b)

Anita masih berniaga di tamu.

c)

Abu masih menjadi penulis novel.

d)

Aisah masih menulis sajak lagi.

32.

Yang manakah Jenis frasa kerja yang betul kecuali

a)

Frasa kerja tak transitif berpelengkap

b)

Frasa kerja tak transitif berpenerang

c)

Frasa kerja transitif aktif

d)

Frasa kerja transitif tanpa pelengkap

33.

Berikan definisi frasa adjektif

a)

Satu atau deretan beberapa perkataan yang kata intinya terdiri daripada kata adjektif

b)

Satu sahaja perkataan yang kata intinya terdiri daripada kata adjektif

c)

Satu atau deretan beberapa perkataan yang kata intinya terdiri daripada kata nama

d)

Satu atau deretan beberapa perkataan yang terdiri daripada kata adjektif

34.

Kata adjektif terbahagi kepada sembila.Pilih jenis kata adjektif yang betul

a)

Tubuh badan

b)

Warna

c)

Jarak

d)

Ukuran

35.

Zul lebih tinggi berbanding rizal.


Ayat di atas merujuk kepada ayat yang mempunyai kata adjektif jenis?

a)

Ketinggian

b)

Ukuran

c)

Sifat

d)

Jarak

36.

Yang berikut benar tentang frasa nama, kecuali

a)

inti bagi frasa nama ialah kata nama

b)

semua frasa nama mematuhi hukum D-M

c)

frasa nama boleh menduduki konstituen subjek dan predikat

d)

frasa nama boleh mengandungi satu kata nama atau beberapa kata nama

37.

Bil + KN Inti + penerang


Yang manakah ayat yang menepati binaan frasa nama di atas?

a)

Dia membeli barang di pasar mini itu.

b)

Kedai itu menjual pelbagai komputer riba.

c)

Menteri menjawab soalan berdasarkan fakta.

d)

Dia memberikan beberapa pendapat yang bernas.

38.

Inti + penerang I (kegunaan) + penerang II


Yang manakah frasa nama yang menepati binaan di atas?

a)

tali pengikat kasut

b)

pengurus syarikat kewangan

c)

pelita minyak tanah

d)

penyakit kulit muka

39.

Yang manakah frasa nama yang menepati hukum D-M?

a)

garam bukit

b)

siber kafe

c)

Tenggara Asia

d)

goreng pisang

40.

kedua-dua ekor kucing jantan itu


Yang manakah binaan bagi frasa nama di atas?

a)

Bil + KN Int + Pen + Pen + Pent

b)

Bil + Penj Bil + KN Int + Pen + Pent

c)

Kata ganda + KN Int + KN Int + Pen

d)

Kata ganda + Penj Bil + KN Int + Pen + Pent

41.

Sehingga semalam jumlah mangsa banjir semakin berkurangan.


Frasa nama yang bergaris dalam ayat di atas berfungsi sebagai

a)

subjek

b)

predikat

c)

penerang

d)

pelengkap

42.

Manakah ayat yang mengandungi fungsi frasa nama sebagai pelengkap

a)

bahaya ada dimana-mana

b)

abang menjadi guru

c)

jalan itu bahaya

d)

bomba memadam kebakaran

43.

Melukis kegemaran saya


Apakah fungsi kata kerja melukis dalam ayat dia atas

a)

sebagai predikat

b)

sebagai subjek

c)

sebagai objek

d)

sebagai pelengkap

44.

Ayat berikut menunjukkan fungsi frasa nama sebagai predikat dalam ayat, kecuali

a)

pensyarah itu abang saya yang sulung.

b)

Pasukan penyelamat itu idola saya sejak kecil.

c)

Pengetua Sekolah Menengah Tanjung Malim sangat tegas dengan muridnya

d)

Orang yang diragut itu isteri polis di bandar.

45.

Ayat yang manakah yang tidak menepati fungsi frasa nama sebagai objek?

a)

Ali menyepak bola

b)

Aiman berdiri di sana

c)

Ayah menebang pokok kelapa

d)

Lelaki itu membeli pokok bunga

46.

Yang manakah frasa kerja?

a)

amat menakutkan kami

b)

paling sempurna

c)

sungguh menghiburkan

d)

agak membimbangkan

47.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja transitif?

a)

Kakak menjahit baju.

b)

Kakak berada di serambi.

c)

Kakak termenung sambil tersenyum.

d)

Kakak sangat cantik.

48.

Yang berikut ialah frasa kerja transitif satu objek, kecuali

a)

sedang membaca buku cerita

b)

menghidangi tetamu sepiring kuih keria

c)

telah melanggar tepi pagar rumah Pak Ali

d)

mahu menghadiahkan minyak wangi kepada teman lelakinya

49.

Aminah menetap di Kuala Kangsar sejak dua tahun yang lalu.


Nyatakan fungsi sintaksis bagi frasa yang berhuruf condong?

a)

Objek

b)

Keterangan

c)

Penerang

d)

Pelengkap

50.

Frasa kerja yang mengandungi objek disebut sebagai frasa kerja...

a)

Transitif aktif

b)

Transitif pasif

c)

Tak transitif berpenerang

d)

Tak transitif berpelengkap

51.

I berkasut baharu

II berkasut Gucci


Apakah jenis frasa kerja di atas?

a)

I Frasa kerja tak transitif berpelengkap

II Frasa kerja tak transitif berketerangan

b)

I Frasa kerja tak transitif berketerangan

II Frasa kerja tak transitif berpenerang

c)

I Frasa kerja tak transitif berpenerang

II Frasa kerja tak transitif berpelengkap

d)

I Frasa kerja tak transitif berketerangan

II Frasa kerja tak transitif berpelengkap

52.

Yang manakah bukan frasa kerja kecuali?

a)

amat takut

b)

masih bimbang

c)

telah selesai

d)

akan baik

53.

Yang manakah frasa kerja pasif yang betul, kecuali?

a)

Belum saya siapkan karangan itu.

b)

Telah mereka habiskan makanan di atas meja itu.

c)

Radio itu kamu rosakkan?

d)

Belum kami hantar bungkusan itu.

54.

Nyatakan jenis frasa di bawah:


Ali

a)

Frasa Nama

b)

Frasa Kerja

c)

Frasa Adjektif

d)

Frasa Sendi Nama

55.

Nyatakan jenis frasa di bawah:


paling comel

a)

Frasa Nama

b)

Frasa Kerja

c)

Frasa Adjektif

d)

Frasa Sendi Nama

56.

Nyatakan jenis frasa di bawah:


untuk adik

a)

Frasa Nama

b)

Frasa Kerja

c)

Frasa Adjektif

d)

Frasa Sendi Nama

57.

Nyatakan jenis frasa di bawah:


melancong ke luar negara

a)

Frasa Nama

b)

Frasa Kerja

c)

Frasa Adjektif

d)

Frasa Sendi Nama

58.

3. Yang manakah ayat berikut yang menepati fungsi frasa sendi nama dalam frasa keterangan

a)

Kami rakyat Malaysia.

b)

Pengemis itu meminta sedekah.

c)

Bantuan ini daripada kerajaan.

d)

Wang itu ada pada Encik Saiful

59.

Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama +Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

60.

Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama +Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

61.

Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

62.

Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

63.

Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

64.

Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

65.

Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

66.

Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

67.

Kayu pembaris kepunyaan Syafiq dipinjamkan kepada Nelson

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

68.

Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelicir itu kepunyaan abang Audreyna.

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

69.

Ayah Macarius ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.

a)

Frasa Nama+Frasa Nama

b)

Frasa Nama+Frasa Kerja

c)

Frasa Nama+Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

70.

Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

71.

Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

72.

Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

73.

Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

74.

Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

75.

Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

76.

Ayat yang mempunyai dua objek

a)

Ramli membelikan roti untuk adiknya.

b)

Adik mendendangkan lagu kepada ibu.

c)

Dia mendapat hadiah daripada kawannya.

d)

Kakak menghidangi tetamu kuih.

77.

Ayat yang mengandungi FA sebagai pelengkap

a)

Orang tua itu masih menetap di rumah itu.

b)

Demam datuk beransur pulih.

c)

Bas pelancong sudah menuju ke utara.

78.

Ayat yang mengandungi FSN sebagai pelengkap

a)

Abang saya ada anak lelaki.

b)

Jangan kita berputus asa.

c)

Orang tua itu masih menetap di rumah itu.

79.

FKTT tanpa pelengkap

a)

Lembu meragut rumput.

b)

Kambing berkeliaran di padang.

c)

Mereka menanam anak pokok.

d)

Mereka membasuh pakaian di tebing sungai.

80.

Yang manakah mengandungi FK satu objek?

a)

Ibu membeliken adik buah rambutan.

b)

Kakak memberi ibu wang.

c)

Saya mendekati anak yatim itu.

d)

Abang membelikan bapa jam tangan.