NEW
Font size
WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 70
Worksheet time: 35mins
Kaki Mazwan digigit pacat, darah ____________ meleleh di kakinya.
cair
putih
pekat
merah
Semua seluar Amalina sudah menjadi ____________ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
Buah-buahan tempatan sungguh __________ dan berpatutan pula harganya.
kelat
enak
manis
masam
Abang Hazimah sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah ___________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
Air sungai itu _________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
jernih
hitam
kotor
bersih
Pengawas lelaki itu sering membawa buku _________ di dalam poket bajunya.
kecil
tebal
besar
panjang
Cuaca malam ini _________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
sejuk
damai
panas
nyaman
Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh _________.
baik
cergas
nyaman
indah
________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Wah itu.
Indah
Muram
Kelam
Sayup
Murid 1 Anggerik sangat _________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
baik
malu
takut
patuh
Emiza berasa ____________ semasa meraikan hari lahirnya.
pilu
mahu
cemas
gembira
Aqilah menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ___________.
tinggi
besar
kontot
panjang
Asam jawa selalu digunakan oleh emak Jazlina untuk menghilangkan bau ________ ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Penyanyi yang mempunyai suara _________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Najween yang ringan mulut itu sungguh ___________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
Batrisyia mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
sedih
hairan
terkejut
gembira
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat ___________.
pantas
cepat
deras
kencang
Kerjanya yang _________ dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
teliti
lemah
sopan
lembut
Dahi adik kelihatan _________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lekuk
Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi _________ apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri.
lengang
bising
muram
suram
Mata Aminah __________ kerana terkena air sabun.
pedas
lebam
pedih
panas
Jambatan yang ___________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
luas
sempit
senang
besar
Tapak tangan Pak Abu _________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
menggelupas
menggerutu
melecur
melecet
Putri Ameera berasa _________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya.
geli
haru
kelam
gundah
Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
kesat
telap
telus
kalis
Pak Jalen begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.
terkilan
runsing
murung
sengsara
Keadaan menjadi semakin ____________ kerana kedua-dua pihak tidak mahu mengalah.
pelik
gawat
runsing
rencam
Bau _________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang __________ itu.
busuk - tengik
hanyir - wangi
hapak - harum
hancing - mersik
Cik Loh sangat __________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.
ghairah
asyik
tekun
leka
Riana tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu.
becak
lembik
lembap
bengkok
Tiang-tiang elektrik di tebing itu___________ selepas berlakunya gegaran.
serong
bengkok
bongkok
condong
Motosikal yang dipandu laju itu _______ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.
jauh
cepat
dekat
nyaris
Bangunan yang _________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
baru
antik
retak
runtuh
Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh _________ dan tenang.
sibuk
damai
serabut
gembira
Kakak tidak suka akan daging kambing kerana baunya ___________.
hapak
tengik
hamis
haring
Latisha berjalan dengan _________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
tertib
gopoh
pantas
cermat
Fi Helena berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sekelasnya.
pilu
gusar
geram
marah
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada _________ pemandunya.
kelajuan
kelalaian
keberanian
kesibukan
Seluar itu tidak ________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
masuk
muat
muak
mual
Anisa berazam untuk __________badannya seperti dua tahun lalu.
menjadikan
mengecilkan
mengecutkan
menguruskan
Kucing hitam it mencuri ikan yang _________ digoreng oleh kakak.
baru
lama
segar
layu
Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia ________ bercakap.
laju
petah
bising
pandai
Wajah Kavitha ______ apabila disindir oleh rakan-rakannya.
masam
masin
manis
manja
Hujan _________ telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.
kuat
lebat
hebat
renyai
Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu ____________.
laju
tajam
cepat
pantas
Pemerintah negara itu sangat ______kerana telah menindas rakyatnya.
baik
keras
kejam
waras
Encik Haziq memandu van _________nya itu dengan berhati-hati.
kecil
baharu
usang
elok
Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
pahit
masin
manis
masam
Lalu lintas di situ kembali _______ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi.
tegang
gelap
pulih
pilu
Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ______ menggunakan komputer.
geliga
cekap
petah
fasih
Rasa pisang muda amat _________ kerana masih mengandungi banyak getah.
kelat
pahit
manis
masam
Shadrina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.
senyap
sunyi
diam
riuh
Perut ikan buntal yang ________ itu menarik perhatian saya.
lebar
buncit
sendat
runcing
Pokok kelapa yang _________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.
luas
tinggi
rimbun
panjang
Pada hari minggu, Deena menonton televisyen hingga __________ malam
hari
larut
gelap
nampak
Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat ______selepas hujan.
laju
rata
licin
lekuk
Kamus dwibahasa edisi baharu yang _______ itu berharga RM45.00 sahaja.
nipis
tebal
berkilat
berwarna
Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang _______ itu.
jauh
cetek
dalam
dangkal
Orang ________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
kaya
papa
cerdik
peramah
Keropok ubi kayu itu menjadi ________kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.
kuat
tajam
lemau
garing
"Kamu bukan tidak pandai, cuma ________ membaca buku," kata Cikgu Norhayati.
bijak
malas
cerdik
pandai
Janganlah ________bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.
asyik
tekun
sering
kurang
Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu ______.
mentah
lembik
hangit
tengik
Puan Adreanna menyediakan makanan yang __________ untuk keluarganya.
elok
lazat
hebat
basi
Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah baku yang ______ dengan barang dapur
sarat
sendat
sumbat
sendal
Wan Alia kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
kesat
basah
comot
compang
Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang _______.
masin
masam
pahit
manis
Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau _________ tidak sedap untuk dimakan.
hangit
tengik
busuk
basi
Puan Adriana merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup.
kuat
patuh
cekal
berani
Hazwina berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak.
kesian
hampa
hancur
resah
