Font size
WorksheetsKata Ganti Nama Diri
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"____________ berjanji akan membangunkan kawasan ini”, titah Sultan Sulaiman.
Baginda
Beta
Hamba
Patik
______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
Tuanku
Mereka
Kita
Kami
“ Wahai murid-murid , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
kalian
engkau
kami
saya
“ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
Kamu
Kalian
Aku
Dia
“Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
beta
kamu
tuanku
hamba
_____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
Hamba
Beliau
Baginda
Mereka
“ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
Hamba
Beta
Baginda
Patik
"Ibu, duit _______ hilang", kata Umair kepada ibunya.
kita
kami
saya
mereka
"Saya akan menunggu ___________ di pintu dewan sekolah", kata Meng Hua kepada rakan-rakannya.
kamu
kita
kalian
mereka
"___________ akan bermain bersungguh-sungguh pada petang ini", kata ketua pasukan kepada jurulatihnya.
Kami
Kita
Saya
Engkau
Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
anda
-nya
dia
ia
“Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.
kita
kami
kamu
saya
Sultan Ismail ialah sultan yang berbudi bahasa. Oleh itu, ____________disukai dan dihormati oleh rakyat.
baginda
beliau
dia
hamba
" Wahai Ah Heng dan Hang Kamit, tuan _________ berdua diminta masuk menghadap Sultan Ismail," kata Bendahara.
patik
baginda
kalian
hamba
Darus dan Intan bersahabat karib. ____________ tinggal di kampung yang sama.
Dia
Mereka
Kalian
Kamu
"Nah, ambil wang _________!" kata ibu sambil menghulurkan wang kepada saya.
itu
ini
situ
sana
"Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas ___________," kata Laila kepada Ahmad.
sana
situ
ini
itu
"Cuaca di _________ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.
itu
ini
sini
situ
Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di __________.
situ
sini
sana
ini
Tandakan betul pada ayat yang menggunakan kata ganti nama dengan betul.
Cikgu Rahman sudah lama bertugas di sekolah kami. Beliau akan bersara pada tahun depan.
Kami nampak pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas kalian sebaik-baik sahaja beliau tiba di sana.
Tandakan betul pada ayat yang menggunakan kata ganti nama dengan betul.
"Segala titah hamba akan patik laksanakan," kata Hang Tuah kepada baginda sultan.
Saya dan keluarga tidak pernah berkunjung ke Taman Negara. Saya berharap kami dapat ke sana suatu hari nanti.
Tandakan betul pada ayat yang menggunakan kata ganti nama dengan betul.
"Sudahkah kamu menyiapkan kerja yang saya berikan semalam?" kata Encik Kumar kepada keraninya.
"Meng Hua, maafkan anda kerana terambil buku kamu, " kata Razli kepada Meng Hua.
Tandakan betul pada ayat yang menggunakan kata ganti nama dengan betul.
"Jika ada masalah, cubalah kita sama-sama menyelesaikan supaya saya dapat hidup dengan sentosa," kata ketua kampung kepada penduduk-penduduknya.
"Ketua kelas kami telah dimasukkan ke dalam wad kerana dia ditimpa kemalangan semalam," kata Umar kepada rakan-rakannya.
Tandakan betul pada ayat yang menggunakan kata ganti nama dengan betul.
"Saya tidak nampak orang yang mengambil pen kamu," kata murid baru itu kepada saya.
"Tolong bersihkan barang-barang patik yang yang terletak di atas meja itu." kata ibu kepada adik.
Tandakan betul pada ayat yang menggunakan kata ganti nama dengan betul.
"Ada seorang ketua kampung mohon menghadap tuanku. Bolehkah patik membawanya ke sini?" kata Hang Tuah kepada sultan.
"Baginda akan ke sana untuk memanggil ketua kampung itu," kata Hang Tuah kepada sultan.
