wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

K1 T5 BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME (BHG2)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan perubahan dalam sistem pentadbiran British selepas mereka berjaya menakluki Burma?


I Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma melindungi pentadbiran tradisional

II Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran

III Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah tertinggi Burma

IV Pentadbiran daerah telah diambil alih oleh Myo-ok

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

2.

Bagaimanakah kerajaan pusat yang berkuasa mutlak sebelum kedatangan penjajah di IndoChina memberi kepercayaan kepada pembesar tempatan?

a)

Memberi kuasa penuh

b)

Meletakkan syarat-syarat mudah

c)

Menyokong pemberian kuasa autonomi

d)

Mengikut mandat tuhan ketika memberi kuasa

3.

Pernyataan di atas adalah berkaian dengan golongan pembesar dalam pentadbiran IndoChina sebelum kedatangan penjajah. X ialah

a)

Kerabat Diraja

b)

Bangsawan

c)

Pendeta

d)

Mandarin

4.

Rajah di atas merujuk kepada sistem pentadbiran penjajah di Asia Tenggara. Penjajah tersebut ialah

a)

Perancis

b)

Belanda

c)

Inggeris

d)

Sepanyol

5.

Antara berikut yang manakah adalah ciri-ciri Union Indochinoise?


I Diketuai oleh Gabenor Jeneral

II Perancis menguasai pentadbiran

III Semua rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis

IV Kerajaan pusat mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Apakah sistem pentadbiran kerajaan Melaka yang menjadi ikutan kebanyakkan negeri Melayu sebelum kedatangan Portugis?

a)

Empat Pembesar Peringkat Pusat

b)

Pembesar Empat Lipatan

c)

Negeri Jajahan Naungan

d)

Tanah Jajahan

7.

British telah membentuk Negeri-Negeri Selat meliputi negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.

Apakah perubahan yang dilakukan oleh British di ketiga-tiga negeri tersebut?

I Menghapuskan institusi beraja

II Menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura

III Pentadbiran peringkat kampung iaitu penghulu tetap dikekalkan

IV Gabenor sebagai pemerintah tertinggi dibantu oleh Residen Kaunselor

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

8.

British memperkenalkan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di negeri-negeri Melayu. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah

a)

Raja-raja Melayu

b)

Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Gabenor Negeri-Negeri Selat

d)

Pejabat Tanah Jajahan London

9.

Apakah kesan perubahan yang dilakukan oleh British ke atas raja dan pembesar Melayu?

a)

Raja dan pembesar turun takhta

b)

Peranan raja dan pembesar terjejas

c)

Raja dan pembesar diketepikan terus

d)

Kedudukan raja dan pembesar bertambah kukuh

10.

Antara berikut yang manakah usaha-usaha memodenkan pentadbiran Siam di bawah pemerintahan Raja Mongkut?


I Memperkenalkan sistem Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi

II Membawa masuk penasihat dari Britain, Amerika Syarikat dan Perancis

III Melantik penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan

IV Melatih pegawai-pegawai tempatan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan takrif nasionalisme di Asia

Tenggara?


I Perasaan cinta bangsa

II Sayangkan negara sendiri

III Membebaskan tanah air tercinta

IV Hanya mementingkan aspek politik

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

12.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan dasar ekonomi Barat yang menindas penduduk peribumi?


I Sistem Tanaman Paksa - Indonesia

II Sistem Buruh kontrak - IndoChina

III Sistem hamba - Burma

IV Sistem Polo - Filipina

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

13.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan dasar perkauman pihak Barat?


I Mereka berada dalam kelas yang tersendiri

II Barat hanya layak berdampingan sesama mereka

III Golongan elit tempatan boleh diterima dalam golongan mereka

IV Kemasukkan imigran untuk menggugat kestabilan politik tempatan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

14.

Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui karya-karya di atas?


I Kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penjajah

II Menyeru rakyat menyerang penjajah

III Membangkitkan kesedaran bangsa

IV Semangat cinta tanah air

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

15.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tindakan penjajah yang mengamalkan dasar pilih kasih ketika menyediakan kemudahan pendidikan di tanah jajahan?


I Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar

II Memberi pendidikan peringkat rendah secara meluas tanpa mengira kedudukan

III Pendidikan sekular dan mubaligh diubahsuai dengan pendidikan tempatan

IV Lepasan sekolah penjajah lebih mudah mendapat pekerjaan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

16.

Vietnam - Tribo Indigene dan Cloche Felle

Tanah Melayu - al-Ikhwan, Saudara dan Majlis


Penjajah menganggap media massa di atas mengancam politik mereka di tanah jajahan, sikap ini bertentangan dengan amalan di negara mereka sendiri.

Apakah amalan tersebut?

a)

Hak asasi manusia

b)

Diskriminasi kaum

c)

Kebebasan akhbar

d)

Humanisme

17.

Jadual di atas menunjukkan tentang perkembangan infrastruktur di Asia Tenggara.

Apakah kesan perkembangan tersebut ke atas perkembangan nasionalisme?

a)

Membangkitkan semangat menentang penjajah di kalangan penduduk pedalaman

b)

Memudahkan rakyat dan pemimpin membincangkan idea nasionalisme

c)

Membolehkan penjajah mengawal para nasionalis tempatan

d)

Menyekat perkembangan nasionalisme di bandar

18.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan peristiwa yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Jepun menewaskan Rusia

b)

Mahatma Gandhi menewaskan British

c)

Jepun bekerjasama dengan China menentang Rusia

d)

Mahatma Gandhi menentang usaha British memenjara dan menangkapnya

19.

Bagaimanakah nasionalis awal Asia Tenggara menentang penjajah?

a)

Mengambil pendekatan bersifat setempat dan tidak berorganisasi

b)

Melalui perkembangan budaya dan agama

c)

Berusaha meningkatkan taraf hidup

d)

Meminta kemerdekaan segera

20.

Semangat nasionalisme di Siam bukanlah kerana menentang penjajahan.

Siapakah yang ditentang oleh para nasionalis Siam?


I Pemimpin berhaluan kiri

II Raja berkuasa mutlak

III Pedagang Cina

IV Kapitalis barat

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV