wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4B9 Sejarah (Ulangkaji 5J)

Total questions: 49

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah?

a)

Sistem feudal runtuh

b)

Kerajaan pusat lemah

c)

Ilmu pengetahuan terhad

d)

Institusi agama merosot

2.

Zaman X

Kemerosotan pengetahuan

Kemerosotan perdagangan

Kemerosotan kehidupan perbandaran


Maklumat di atas menerangkan keadaan di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.

Apakah Zaman X?

a)

Zaman Renaissance

b)

Zaman Pertengahan

c)

Zaman Peralihan

d)

Zaman Gelap

3.

Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah ?

a)

Melindungi para petani

b)

Mentadbir wilayah takluk

c)

Mengetuai aktiviti gereja

d)

Menaungi para seniman

4.

Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.

Apakah persamaan tersebut?

a)

Raja pemilik tanah secara mutlak

b)

Golongan agama menerajui pentadbiran

c)

Petani berpeluang meningkatkan status sosial

d)

Rakyat berhak memilih pemerintah

5.

Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada Zaman Gelap?

a)

Memiliki banyak tanah

b)

Berhak mengutip cukai

c)

Mendapat sokongan petani

d)

Bergiat dalam perdagangan

6.

Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.

Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja?

a)

Mengamalkan sistem perhambaan

b)

Mementingkan keperluan akhirat

c)

Mengenakan cukai yang tinggi

d)

Mendukung sistem monarki

7.

Apakah aspek yang ditekankan oleh gereja Katolik pada Zaman Pertengahan di Eropah?

a)

Penguasaan kemahiran teknologi

b)

Pengukuhan institusi keluarga

c)

Penerokaan wilayah baru

d)

Pembelajaran ilmu akhirat

8.

Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman Kemuncak Pertengahan.


Artisan

Pedagang

Ahli Perbankan


Apakah faktor kemunculan golongan tersebut?

a)

Kehadiran orang Gasar

b)

Kelahiran golongan Baron

c)

Pengukuhan institusi parlimen

d)

Pembukaan bandar-bandar besar

9.

Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut ?

a)

Pengukuhan sistem feudal

b)

Penghargaan terhadap seni

c)

Peningkatan kuasa gereja

d)

Peluasan tanah jajahan

10.

Bandar berikut muncul pada zaman Kemuncak Pertengahan (1300-1600 Masihi) di Itali.


Venice

Milan

Florence


Apakah faktor kemunculan bandar tersebut?

a)

Keseragaman undang-undang

b)

Peluasan wilayah kekuasaan

c)

Kemajuan perdagangan

d)

Kekayaan sumber alam

11.

Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.

Apakah peranan golongan tersebut?

a)

Menyebarkan agama

b)

Menjelajah ke kawasan luar

c)

Menganggotai pasukan tentera

d)

Menaungi golongan pelukis

12.

Pada abad ke-16, gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat.

Apakah bidang yang berkaitan dengan gerakan tersebut?

a)

Politik

b)

Agama

c)

Kewangan

d)

Pendidikan

13.

Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat.

Mengapakah kritikan tersebut berlaku?

a)

Perpecahan sesama penganut

b)

Peningkatan kadar cukai

c)

Kepincangan amalan

d)

Perbezaan mazhab

14.

Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik gereja Katolik semasa Gerakan reformation?

a)

Kefahaman agama bercanggah

b)

Perpecahan di kalangan pengikut

c)

Pembaharuan ditentang penganutnya

d)

Kepincangan amalan penguasa gereja

15.

Gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16.

Mengapakah gerakan tersebut berlaku?

a)

Penyelewengan pemimpin gereja

b)

Taraf hidup masyarakat merosot

c)

Persaingan memperluaskan jajahan

d)

Kemunculan pelbagai mazhab

16.

Gambar berikut menunjukkan suasana penjualan surat pengampunan (indulgences) di Eropah pada abad ke -16.


Mengapakah Marthin Luther menentang penjualan surat pengampunan tersebut?

a)

Menjejaskan kedudukan bangsawan

b)

Menyekat perkembangan ekonomi

c)

Menghalang kemajuan pendidikan

d)

Menggugat kesucian ajaran agama

17.

Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16.


Becker: Saya banyak dosa. Bolehkah saya menebus dosa saya?

Jacob: Boleh. Beli saja surat pengampunan daripada gereja


Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?

a)

Ajaran agama diseleweng

b)

Kadar jenayah meningkat

c)

Rakyat jelata tertindas

d)

Kuasa raja tercabar

18.

John : Saya banyak melakukan kesalahan. Saya ingin menebus dosa.

David : Boleh. Beli sahaja surat pengampunan dosa daripada gereja


Dialog di atas mungkin berlaku antara dua orang penganut agama Kristian pada abad ke-16 di Eropah?

Mengapakah Martin Luther menentang amalan tersebut?

a)

Pegangan agama longgar

b)

Peningkatan kadar jenayah

c)

Penindasan terhadap rakyat

d)

Penyelewengan amalan agama

19.

Maklumat di atas mununjukkan kemunculan golongan baru dalam era Reformation di Eropah.


Apakah peranan golongan tersebut?

a)

Menyekat perkembangan kuasa bangsawan

b)

Memperkukuh kuasa golongan monarki

c)

Memperluas ajaran agama Kristian

d)

Mempertahankan gereja katolik

20.

Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16?

a)

Mengaut keuntungan

b)

Memperoleh hamba abdi

c)

Menyebarkan ilmu pengetahuan

d)

Memperkenalkan sistem pemerintahan

21.

Apakah sumbangan pemerintah berikut terhadap negara mereka?

a)

Memperkenalkan sistem perladangan

b)

Mewajibkan pendidikan berasaskan agama

c)

Menggalakkan penerokaan ke kawasan luar

d)

Menyekat kemasukan kaum pendatang

22.

Jadual berikut berkaitan dengan tokoh di Eropah pada abad ke-15.


Penyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut?

a)

Penerokaan kawasan timur

b)

Pembukaan pelabuhan baru

c)

Peperangan sesama mazhab

d)

Perebutan takhta pemerintahan

23.

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut?

a)

Penerokaan kawasan Timur

b)

Pelayaran mengelilingi dunia

c)

Perebutan takhta pemerintahan

d)

Peperangan semasa mazhab Kristian

24.

Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun 1494.

Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap kedua-dua buah negara?

a)

Pengukuhan institusi gereja

b)

Wujud kerjasama ketenteraan

c)

Perkongsian pelabuhan di timur

d)

Pembahagian kawasan penjelajahan

25.

Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494.

Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Kemunculan negara baru

b)

Keruntuhan institusi beraja

c)

Pembayaran pampasan perang

d)

Pembahagian kawasan pengaruh

26.

Portugal dan Sepanyol bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.

Bagaimanakah persaingan tersebut dapat diselesaikan?

a)

Membayar wang pampasan

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Penetapan sempadan pengaruh

d)

Penggunaan kekuatan tentera

27.

Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada abad ke- 15?


Mexico

Peru

a)

Tamadun tempatan tergugat

b)

Pemerintahan tempatan dikekalkan

c)

Taraf hidup masyarakat meningkat

d)

Perdagangan antarabangsa berkembang

28.

Mengapakah Parlimen Britain meluluskan Akta Pemagaran pada abad ke-18?

a)

Memajukan kegiatan pertanian

b)

Memperluas kawasan perindustrian

c)

Menggalakkan penggunaan mesin

d)

Menjamin hak pemilik tanah

29.

Berikut menerangkan tentang seorang tokoh yang telah memperkenalkan satu sistem tanaman di Britain semasa Revolusi Pertanian.


Lord Townshend: Memperkenalkan sistem penanaman secara bergilir


Apakah kelebihan sistem tersebut?

a)

Kesuburan tanah dikekalkan

b)

Penggunaan jentera digalakkan

c)

Tanaman yang sama diusahakan

d)

Tanah digunakan sepanjang tahun

30.

Revolusi Pertanian berlaku di Eropah pada abad ke-18.

Apakah sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian?

a)

Membekalkan tenaga mahir

b)

Menyediakan kawasan

c)

Membekalkan modal

d)

Menyediakan kemudahan asas

31.

Apakah sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian di Britain pada abad ke-18?

a)

Menyediakan sumber modal

b)

Menyediakan bahan makanan

c)

Menyediakan keperluan alat ganti

d)

Menyediakan sistem pengangkutan

32.

Jadual berikut berkaitan dengan penciptaan mesin di England.

Apakah kepentingan ciptaan alat tersebut ?

a)

Memintal benang

b)

Menjana kuasa

c)

Mengepam air

d)

Melebur besi

33.

Tokoh A: Hasil keluaran kilang kita semakin meningkat.

Tokoh B: Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya dalam negara.

Tokoh B: Apakah tindakan kita, tuan?


Dialog di atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A?

a)

Mencari pasaran

b)

Mencipta kapal wap

c)

Mendirikan lebih banyak kilang

d)

Mengadakan hubungan diplomatik

34.

Berikut menunjukkan perubahan sumber tenaga kepada Tenaga X di Eropah pada abad ke-18.


Tenaga manusia

Tenaga binatang

Tenaga air

I

I

Tenaga X


Apakah Tenaga X?

a)

Wap

b)

Gasolin

c)

Elektrik

d)

Matahari

35.

Pernyataan berikut berkaitan dengan perubahan di Eropah pada abad ke-18.


Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Kemasukan buruh luar

b)

Kemajuan kemudahan asas

c)

Perkembangan bidang pertanian

d)

Perkembangan sektor perindustrian

36.

Revolusi Perindustrian -->Pengeluaran berlebihan


Merujuk kepada rajah di atas, bagaimanakah kerajaan Britain mengatasi masalah tersebut?

a)

Hasil dijadikan stok penimbal

b)

Harga pasaran barangan dikurangkan

c)

Barangan diagihkan kepada masyarakat tempatan

d)

Produk diperdagangkan di peringkat antarabangsa

37.

Gambar berikut menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan Luddite di Britain pada abad ke-10.


Mengapakah kumpulan Luddite bertindak demikian?

a)

Kadar upah rendah

b)

Masa bekerja panjang

c)

Kanak-kanak dieksploitasi

d)

Penggunaan mesin meluas

38.

Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19. Mengapakah gerakan tersebut muncul?

a)

Menentang penggunaan mesin

b)

Menentang penggunaan buruh wanita

c)

Membantah pengurangan masa bekerja

d)

Membantah penubuhan persatuan pekerja

39.

Akta Antipenggabungan (Anti- Combination Act) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian. Akta tersebut menyebabkan

a)

Buruh asing dilarang bekerja

b)

Gaji pekerja tidak meningkat

c)

Harga barang berkurangan

d)

Wanita dilarang bekerja di kilang

40.

Pada zaman Revolusi Perindustrian Akta Antipenggabungan melarang penubuhan Kesatuan Sekerja.

Merujuk pernyataan di atas, apakah implikasinya kepada pekerja?

a)

Kenaikan gaji disekat

b)

Wanita dilarang bekerja

c)

Pergaulan pekerja disekat

d)

Eksploitasi pekerja dilarang

41.

Pada tahun 1883, Akta Kilang telah digubal bagi melindungi kepentingan pekerja di Britain.

Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan akta tersebut?

a)

Penggunaan mesin ditegah

b)

Pengambilan buruh mahir ditingkatkan

c)

Melarang wanita bekerja di lombong arang batu

d)

Melarang kanak-kanak bawah sembilan tahun bekerja

42.

Akta berikut digubal di Britain semasa Revolusi Perindustrian.


Akta Kilang

Akta Lombong


Mengapakah akta tersebut digubal?

a)

Melindungi nasib pekerja

b)

Meningkatkan upah buruh

c)

Memaksimumkan guna tenaga

d)

Membenarkan penubuhan persatuan

43.

Mengapakah negara berikut menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke-19?


China

India

a)

Tanah yang subur

b)

Kekayaan bahan mentah

c)

Pasaran keluaran kilang barat

d)

Pelabuhan perdagangan

44.

Mengapakah negara di Timur menjadi sasaran orang Eropah pada abad ke-16?

a)

Memasarkan hasil keluaran

b)

Membekalkan tenaga buruh

c)

Memajukan masyarakat tempatan

d)

Mempunyai kekayaan sumber alam

45.

Mengapakah orang Eropah aktif menjelajah ke Timur pada abad ke-16?

a)

Desakan ekonomi

b)

Kemiskinan hidup

c)

Hubungan diplomatik

d)

Pencarian ilmu

46.

Mengapakah kuasa Barat menggunakan slogan berikut dalam misi penjajahan mereka ke Timur?


The white man’s burden (beban orang putih)

Mission civilisatrice (menyebarkan tamadun)

a)

Menghalalkan tindakan menceroboh negara lain

b)

Memajukan kehidupan masyarakat peribumi

c)

Mengekalkan pemerintahan tempatan

d)

Mengelakkan perlumbaan senjata

47.

Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluaskan jajahan mereka?

a)

Beban Orang Putih

b)

Asia Untuk Orang Asia

c)

Tugas Menyebarkan Tamadun

d)

Kemakmuran Bersama Asia

48.

Mengapakah struktur kegiatan ekonomi peribumi di Tanah Melayu diubah oleh British?

a)

Menggalakkan pertumbuhan bandar

b)

Memenuhi keperluan industri Britain

c)

Membuka lebih banyak peluang pekerjaan

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan

49.

Revolusi Perindustrian menyebabkan Britain dan kuasa Eropah lain bertindak menguasai negara lain.

Mengapakah Britain dan kuasa Eropah lain bertindak demikian?

a)

Meneroka pasaran baharu

b)

Menghapuskan penindasan

c)

Mengeksport tenaga kerja asing

d)

Memajukan masyarakat peribumi