wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral - Latihan 1

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Marina sering tidak mengikuti latihan kokurikulum yang diadakan di sekolahnya.

a)

wajar

b)

tidak wajar

2.

Haris menasihati adiknya supaya tidak bercakap ketika makan

a)

wajar

b)

tidak wajar

3.

Puan Rogayah membahagikan buah rambutan yang dibelinya secara adil kepada tiga orang anaknya

a)

wajar

b)

tidak wajar

4.

Kita perlu memarahi ibu bapa kita seandainya mereka meminta kita melakukan sesuatu perkara yang tidak kita sukai

a)

wajar

b)

tidak wajar

5.

Rahmat mengamalkan sikap suka menabung untuk kegunaan di masa hadapan

a)

wajar

b)

tidak wajar

6.

Nina tidak sanggup bermalam di hospital untuk menjaga ibunya yang sakit.

a)

wajar

b)

tidak wajar

7.

Zarina sentiasa berinteraksi secara sopan dengan ahli keluarganya

a)

wajar

b)

tidak wajar

8.

Ravi menyalurkan paip sisa kumbahan ke dalam sungai di belakang rumahnya.

a)

wajar

b)

tidak wajar

9.

Rafi menjadikan faktor kemiskinan hidup yang menyebabkan dia gagal dalam pelajaran

a)

wajar

b)

tidak wajar

10.

Walaupun bukan gilirannya bertugas pada hari tersebut namun David tetap ringan tulang membantu rakan-rakannya yang bertugas membersihkan kelas

a)

wajar

b)

tidak wajar

11.

Walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai Ketua Pengawas namun Azmin tetap meluangkan masa untuk mengulang kaji pelajaran

a)

wajar

b)

tidak wajar

12.

Rama berpura-pura mengulang kaji pelajaran apabila dipanggil oleh bapanya membersihkan halaman rumah

a)

wajar

b)

tidak wajar

13.

Nyatakan nilai bagi setiap pernyataan di bawah ini :

Alias telah merawat luka anak burung yang ditemuinya terjatuh dari atas pokok

a)

Rasional

b)

Kasih sayang

c)

Toleransi

d)

Keadilan

14.

Nyatakan nilai bagi setiap pernyataan di bawah ini :

Halim telah dipilih oleh ketuanya untuk mengisi jawatan ketua pengurus operasi di Syarikat Minaz Sdn. Bhd. kerana dia mempunyai pengalaman yang luas dalam bidan pengurusan.

a)

Rasional

b)

Kasih sayang

c)

Toleransi

d)

Keadilan

15.

Nyatakan nilai bagi setiap pernyataan di bawah ini :

Setiap pelajar tanpa mengira kaum, agama dan keturunan akan didenda sekiranya melanggar peraturan sekolah.

a)

Rasional

b)

Kasih sayang

c)

Toleransi

d)

Keadilan

16.

Nyatakan nilai bagi setiap pernyataan di bawah ini :

Mak Jah mengamalkan sikap bertolak ansur dengan anak-anak, kawan-kawan dan jiran tetangganya.

a)

Rasional

b)

Kasih sayang

c)

Toleransi

d)

Keadilan

17.

Individu yang melibatkan diri dalam program gotong-royong dapat memupuk nilai toleransi dalam diri.

a)

betul

b)

salah

18.

Seseorang yang suka berprasangka buruk terhadap orang lain akan disukai oleh masyarakat.

a)

betul

b)

salah

19.

Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang mengamalkan sikap tolong-menolong dan kasih sayang.

a)

betul

b)

salah

20.

Individu yang menjaga kebersihan diri akan mudah dijangkiti oleh pelbagai jenis penyakit

a)

betul

b)

salah

21.

Apakah maksud nilai rasional?

a)

bangga dan taat setia kepada raja dan negara

b)

boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar

c)

kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas

d)

melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua

22.

Antara berikut yang manakah bukan nilai universal?

a)

toleransi

b)

rasional

c)

baik hati

d)

keadilan

23.

Moral Berkaitan dengan semua dibawah kecuali

a)

tingkah laku baik atau buruk

b)

mengikut norma masyarakat

c)

diterima oleh keluarga

d)

diterima agama

24.

contoh tingkah laku bermoral kecuali

a)

menghormati guru

b)

memuliakan ibu bapa

c)

bercakap bohong

d)

membantu rakan

25.

Berikut merupakan ciri insan bermoral dari aspek perlakuan KECUALI

a)

Bersikap adil

b)

Berperikemanusiaan

c)

Berfikiran rasional

d)

Bertindak mengikut undang-undang

26.

_________ peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

a)

Menghormati

b)

Bersimpati

c)

Mematuhi

d)

Mempertahankan

27.

Hidup bermuafakat dan harmoni dalam komuniti.

Pernyataan diatas merupakan salah satu kepentingan menjadi insan bermoral dalam aspek Negara.

a)

Betul

b)

Salah

28.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai kepentingan menjadi insan bermoral kepada keluarga.

a)

Hidup lebih tenang dan sejahtera.

b)

Mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.

c)

Menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat

d)

Institusi keluarga yang kukuh

29.

Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri rasional kecuali

a)

Dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara

b)

Mengutamakan emosi dalam membuat keputusan

c)

Sentiasa berhati-hati

d)

Berfikiran matang

30.

Setiap individu perlu sentiasa ______ kepada Tuhan agar menjadi orang yang baik.

a)

Berdoa

b)

Berserah

c)

Bergembira

d)

Bertenang

31.

Mengapakah kita perlu menghormati amalan-amalan perayaan kaum lain?

a)

Meningkatkan kefahaman terhadap kaum lain

b)

Memupuk sikap toleransi antara kaum

c)

Memaparkan kepada dunia luar bahawa Malaysia negara yang aman

d)

Tindakan yang melanggar amalan tersebut menyinggung perasaan kaum lain

32.
Bagaimanakah cara untuk menyatakan rasa hormat terhadap ibu bapa?
a)
Mematuhi arahan mereka       
b)
Berasa takut terhadap mereka 
c)
Tidak berani bersuara atau berbincang dengan mereka
d)
Belajar bersungguh-sungguh 
33.
Mengapakah golongan kurang berupaya wajar diberi layanan yang bersopan?
a)
Memudahkan untuk mendapat bantuan
b)
Bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa
c)
Sebab mereka kurang berupaya melakukan sesuatu
d)
Supaya mereka tidak berasa tersisih
34.
Mengapakah kita perlu menerima teguran dan kritikan dengan hati yang tenang?
a)
Untuk kepentingan bersama
b)
Agar disegani oleh orang lain
c)
Untuk menunjukkan kekuasaan 
d)
Agar disukai oleh rakan-rakan
35.
Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan kaum?
a)
Berdasarkan jumlah bilangan peserta yang menyertai 
b)
 Melalui sekolah-sekolah yang menyertai aktiviti kokurikulum
c)
Berdasarkan kawasan aktiviti tersebut dilakukan 
d)
Melalui penglibatan pelbagai kaum
36.
Berikut ialah amalan-amalan yang digalakkan oleh agama, kecuali
a)
membantu orang yang berada dalam kesusahan
b)
bersyukur dengan rezeki yang diperolehi
c)
menggunakan barang orang lain tanpa keizinan
d)
menjauhi perkara yang tidak mungkar
37.
Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan?
a)
Memaafkannya kerana tidak disengajakan
b)
Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan
c)
Tidak memaafkannya
d)
Melaporkan kepada guru disiplin
38.

Namakan rumah ibadat tersebut.

a)

masjid

b)

gereja

c)

tokong

d)

kuil

39.

Namakan rumah ibadat tersebut.

a)

masjid

b)

gereja

c)

tokong

d)

kuil

40.

Namakan rumah ibadat tersebut.

a)

masjid

b)

gereja

c)

tokong

d)

kuil

41.

Namakan rumah ibadat tersebut.

a)

masjid

b)

gereja

c)

tokong

d)

kuil

42.

3.Untuk mengharumkan nama negara di peringkat dunia,kita hendaklah.....

a)

Mencipta kejayaan di peringkat dunia

b)

Menyanyikan lagu Negaraku setiap hari

c)

Menjaga kebersihan kawasan rumah

d)

Tidak menghormati bendera Malaysi

43.

4.Sekiranya ada penjajah yang ingin menakluki negara Malaysia, kita hendaklah....

a)

membenarkan mereka untuk membeli khazanah negara

b)

Berunding untuk membahagikan wilayah di Malaysia

c)

Menentang musuh dan mempertahankan negara

d)

memberi bantuan kepada mereka

44.

10. Apakah kebaikan mempertahankan nama baik negara?

a)

Negara menjadi muflis

b)

Negara tidak aman

c)

Penduduk bertambah ramai

d)

Negara menjadi semakin maju

45.

Semua tugasan dalam sesuatu aktiviti atau acara hendaklah diagihkan _____________________ .

a)

secara pilih kasih

b)

secara diktator

c)

secara adil dan saksama

46.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pakar motivasi, potensi diri apakah yang perlu anda miliki?

a)

Kinestetik

b)

Muzikal

c)

Intrapersonal

d)

Visual ruang

47.

Jelaskan dua kepentingan menyayangi anggota keluarga.

a)

Mewujudkan hubungan yang renggang antara ahli keluarga

b)

Menyinggung perasaan anggota keluarga

c)

Memupuk semangat saling memerlukan

d)

Membina keluarga bahagia

48.

Yang manakah bukan agama di Malaysia?

a)

Hindu

b)

Melayu

c)

Kristian

d)

Buddha

49.

Anita menjaga maruah dirinya sebagai murid sekolah dengan ...

a)

Melanggar peraturan sekolah

b)

Ponteng sekolah

c)

Tidak menyiapkan kerja sekolah

d)

Memakai pakaian sekolah yang kemas

50.

Orang beragama Islam menjadikan amalan berpuasa di bulan Ramadan selama sebulan.

a)

Betul

b)

Salah