wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7 MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Total questions: 25

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud rancangan perniagaan?

a)

Satu dokumen yang menerangkan visi, misi, dan objektif perniagaan.

b)

Satu dokumen yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan perniagaan.

c)

Satu dokumen yang menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan

d)

Satu dokumen yang menerangkan risiko kritikal yang akan dihadapi oleh perniagaan pada masa depan.

2.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan rancangan perniagaan?

a)

Satu dokumen yang menerangkan hala tuju dan strategi perniagaan.

b)

Satu dokumen yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membangunkan perniagaan.

c)

Satu dokumen yang membandingkan prestasi perniagaan pada masa sekarang dan masa depan.

d)

Satu dokumen yang merupakan pelan induk perniagaan yang akan dijalankan

3.

Pernyataan manakah merupakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?

a)

Memastikan perniagaan boleh mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

b)

Menjangka risiko yang timbul semasa menjalankan perniagaan.

c)

Meningkatkan kemampuan saing perniagaan dalam pasaran.

d)

Memastikan perniagaan boleh mencapai sasaran untung yang ditetapkan.

4.

Mengapakah rancangan perniagaan penting kepada usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan?

a)

Memberi gambaran tentang perniagaan yang dirancang.

b)

Meyakinkan agensi kerajaan untuk memberi kontrak kepada usahawan.

c)

Merancang langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

d)

Meyakinkan pembekal untuk memberikan kredit atas pembelian bahan mentah atau barang niaga.

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan?


I. Sebagai alat kawalan

II. Sebagai alat penanda aras

III. Sebagai alat pengukur

IV. Sebagai alat komunikasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pihak berkepentingan yang memerlukan rancangan perniagaan?


I. Agensi kerajaan

II. Kesatuan sekerja

III. Pembiaya

IV. Pemiutang

a)

I dan II

b)

I dan !V

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pengguna rancangan perniagaan?

I. Rakan kongsi

II. Pemegang Saham

III. Pegawai Eksekutif

IV. Pengurus cawangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan pihak luar yang memerlukan rancangan perniagaan.


Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang idea dan kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit atau tidak.


Apakah pihak luar tersebut?

a)

Pegawai bank

b)

Pembiaya

c)

Pembekal

d)

Pelabur

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu petikan format rancangan perniagaan bagi sesebuah perniagaan.


FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

°Ringkasan eksekutif

°M

°Latar belakang perniagaan

°Latar belakang pemilik

°Latar belakang pemilik atau rakan kongsi


Apakah M?

a)

Visi perniagaan

b)

Misi perniagaan

c)

Objektif perniagaan

d)

Pengenalan

10.

Elemen manakah yang perlu dimuatkan dalam rancangan perniagaan?

a)

Latar belakang tapak projek

b)

Lokasi tapak projek

c)

Kedudukan tapak projek

d)

Objektif tapak projek

11.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan ringkasan eksekutif?


I. Memberikan satu gambaran ringkas tentang perniagaan yang akan dijalankan oleh usahawan.

II. Menunjukkan dapatan yang diperoleh daripada hasil kajian yang telah dijalankan terhadap perniagaan.

III. Memberikan satu gambaran umum tentang perniagaan yang ingin dimulakan oleh usahawan.

IV. Menimbulkan minat pengguna rancangan perniagaan untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu eleman dalam rancangan perniagaan.


°Meyakinkan pelabur untuk melaburkan wang ke dalam perniagaan.

°Meyakinkan pihak bank untuk membiayai kos pelaksanaan perniagaan.

°Meyakinkan pembekal untuk memberi kemudahan kredit


Apakah elemen tersebut?

a)

RIngkasan eksekutif

b)

Pengenalan

c)

Misi projek

d)

Objektif projek

13.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat dalam latar belakang perniagaan?


I. Amaun wang simpanan pemilik

II. Alamat bank peminjam

III. Kegiatan utama perniagaan

IV. Tarikh pendaftaran perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Maklumat manakah yang perlu dimuatkan dalam ringkasan eksekutif?

a)

Alamat perniagaan

b)

Keunikan perniagaan

c)

Visi perniagaan

d)

Misi perniagaan

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu elemen dalam rancangan perniagaan.


°Kelulusan akademik

°Status perkahwinan

°Pengalaman

°Kemahiran


Apakah elemen tersebut?

a)

Latar belakang pemilik tunggal

b)

Latar belakang rakan kongsi

c)

Latar belakang pemilik atau rakan kongsi

d)

Latar belakang milikan tunggal atau perkongsian

16.

Maklumat manakah yang perlu dimuatkan dalam objektif projek?


I. Sasaran jualan

II. Sasaran kuantiti jualan

III. Sasaran hasil jualan

IV. Sasaran pelanggan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat dalam rancangan pentadbiran?


I. Hierarki organisasi perniagaan

II. Carta organisasi perniagaan

III. Spesifikasi tugas mengikut jawatan

IV. Susun atur bangunan dan pejabat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan spesifikasi kerja bagi sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi.


° Mengawal selia dan memantau perjalanan organisasi.

° Menyelesaikan masalah organisasi dengan cekap.

° Membuat keputusan organisasi dengan cepat.


Apakah jawatan tersebut?

a)

Pengurus cawangan

b)

Pengurus pentadbiran

c)

Pengurus sumber manusia

d)

Ketua pegawai eksekutif

19.

Elemen manakah yang mengandungi maklumat menyediakan jadual imbuhan atau gaji serta insentif yang diberikan?

a)

Rancangan sumber manusia

b)

Rancangan pengurusan

c)

Rancangan pentadbiran

d)

Rancangan Organisasi

20.

Encik Marcus ingin membuka sebuah pusat tuisyen di Muar, Johor. Elemen manakah yang mungkin boleh diabaikan semasa menyediakan rancangan perniagaan?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan pemasaran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pentadbiran

21.

Carta manakah yang perlu ditunjukkan dalam rancangan operasi?

a)

Carta proses pengeluaran

b)

Carta aliran proses

c)

Carta organisasi proses

d)

Carta pulang modal

22.

Elemen manakah yang mengandungi maklumat senarai mesin dan peralatan?

a)

Rancangan petadbiran

b)

Rancangan kewangan

c)

Rancangan operasi

d)

Rancangan pemasaran

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu elemen dalam rancangan perniagaan.


Merangkumi keperluan operasi perniagaan seperti keperluan pelanggan, maklumat pesaing dan potensi untuk meluaskan perniagaan.


Apakah elemen tersebut?

a)

Rancangan pemasaran

b)

Rancangan operasi

c)

Rancangan pentadbiran

d)

Rancangan kewangan

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan petanda yang boleh mempengaruhi potensi untuk meluaskan perniagaan?


I. Trend pasaran

II. Saiz pasaran

III. Sasaran pasaran

IV. Keperluan dan kehendak pasaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan strategi agihan dalam campuran pemasaran?

a)

Menetapkan satu harga yang munasabah kepada produk yang akan ditawarkan kepada pelanggan.

b)

Mendedahkan maklumat tentang sesuatu produk yang ditawarkan oleh organisasi kepada pelanggan.

c)

Menyatakan keistimewaan atau keunikan produk berbanding dengan produk pesaing lain di pasaran.

d)

Mengagihkan produk daripada organisasi kepada pelanggan pada tempat yang sesuai serta masa yang tempat.