WorksheetsTATABAHASA (T1 - T3)
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah :
Ramli gemar membaca buku dan novel.
Anak emas
Ulat buku
Ada bakat
Cari akal
Perbuatan ______________ dinding - dinding bangunan merupakan perbuatan vandalisme yang sering dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
mencarik
mencorak
mencanting
menconteng
Ernie Zakrie yang bersuara ________ itu telah berjaya menewaskan peserta - peserta lain.
serak
sengau
sumbang
lunak
Kapten Ali menyandang ___________ senapang untuk memburu kijang di dalam hutan.
sebutir
selaras
sebatang
sepapan
Gara - gara adik merosakkan mesin pengisar di rumah, ibu terpaksa ____________ cili api dan bawang di dalam lesung batu.
mengetuk
menggiling
menumbuk
menghentak
Kelawar tidur dengan berpaut _________ dahan pokok.
ke
dari
pada
daripada
Ayah meminta Levi untuk membeli lima ________ petai di kedai Puan Khong.
biji
ulas
buah
papan
Perlawanan persahabatan antara pasukan negara dengan pasukan Thailand akan berlangsung di ____________________
Stadium Bukit Jalil
Jalan Maharaja
Restoran Maju
Tasik Bera
Penjenayah itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung ketika ____________ cuba menceroboh sebuah rumah.
dia
beliau
engkau
mereka
Dalam Istiadat Pembukaan Parlimen, _____________ bertitah agar semua pemimpin menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.
patik
beta
baginda
beliau
Pandangan Pak Hamid hanya kabur pada waktu malam kerana dia _______________ sejak lima tahun yang lalu.
rabun jauh
rabun dekat
rabun warna
rabun ayam
Kerja - kerja _____________ minyak di perairan negara dilakukan oleh Syarikat Petroleum Nasional Berhad.
menguji kaji
mengambil alih
mencari gali
mengubah suai
Daging mentah dibekukan untuk melambatkan pertumbuhan ______________ supaya dapat disimpan lama.
abdomen
organisma
hemoglobin
mikroorganisma
Lee Min Ho sudah ___________ memandu kereta walaupun baru mendapat lesen.
cekap
tangkas
pandai
mahir
Ibu mengasingkan kain yang sudah tidak boleh dipakai untuk dijadikan kain __________
buruk
hodoh
lusuh
reput
"_______________, rasakan tumbukan saya ini!" kata petinju itu kepada lawannya.
Eh
Cis
Amboi
Aduh
"_____________, abang tidak menipu kamu. Beginilah cara- caranya membuat layang-layang," kata Harry kepada adiknya.
Benar
Betul
Pasti
Ya
_______________, tersebutlah suatu ceritera pada zaman dahulu kala di negeri Indera Sakti.
Hatta
Alkisah
Kalakian
Arakian
Nasi dalam periuk itu __________ basi lagi walaupun dimasak pada petang semalam.
sudah mula
sudah pernah
masih sedang
masih belum
Indah _______ pemandangan di tepi pantai itu pada waktu senja.
amat
makin
lagi
nian
Veronica memelihara ___________ ekor arnab putih itu.
dua - dua
berdua-dua
kedua-dua
kedua
Isaac mengelap air minuman yang _____________ di atas meja makan.
terpercik
terjirus
tertumpah
tersepah
Suasana majlis perkahwinan itu menjadi ____________ apabila pelamin runtuh tiba - tiba.
riuh rendah
haruk - pikuk
hingar bingar
haru biru
Haris sedang membaiki _________ roda basikalnya yang telah patah.
kekisi
bebola
dedaun
jejari
Garisan yang dilukis oleh Wendy __________ kerana dia tidak menggunakan pembaris.
simpang - siur
lekak - lekuk
herot-berot
liuk-lentok
Para pelayar dahulu ___________ bintang di langit untuk menentukan arah kedudukan mereka di laut.
berlatarkan
berpaksikan
bertemankan
berpandukan
___________ di daerah itu berlaku dengan begitu pesat sejak adanya pelabur dari luar negara.
Bangunan
Dibangunkan
Pembangunan
Membangunkan
Setitis darah daripada salah seorang _____________ istana telah termasuk ke dalam sayur bayam yang akan dihidangkan kepada sultan.
jurucara
jurudapur
jurumasak
juruhias
Puan Maria gembira apabila suaminya membawa pulang daging kijang untuknya kerana dia sudah lama teringin sangat hendak merasanya. Hal ini dikatakan......
pucuk dicita ulam mendatang
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
durian runtuh
bunyi cempedak jatuh
Suasana di dalam kelas sentiasa bising ketika ketiadaan guru kerana Shikin, Azura dan beberapa orang murid perempuan di dalam kelas kami bagai.......
lesung dengan antan
murai dicabut ekor
kacang direbus batu
ayam disambar helang
