wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL PANTAI KASIH (ULANGKAJI)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Tema novel Pantai kasih

a)

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

b)

Ketabahan seorang lelaki menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

2.

Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga merujuk kepada watak

a)

Doktor sadiz

b)

Doktor Uwang

3.

Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak perempuan Raiha merujuk kepada_______

a)

Persoalan tentang kebenaran

b)

Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan

4.

Nilai bertanggungjawab merujuk kepada watak______

a)

Dr Uwang bertanggungjawab untuk melakukan pembedahan dengan baik

b)

Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir.

5.

Apakah peristiwa yang berlaku di Mahkamah Keluarga?

a)

Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung

b)

Tempat perbicaraan kes Felicia Landosi kerana mencuri ubat batuk

6.

Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak istimewanya itu. Teknik Plot yang sesuai ialah_______

a)

Imbas muka

b)

Imbas kembali

7.

Contoh peristiwa yang menggunakan teknik saspens dalam novel Pantai Kasih ialah_____

a)

Pembaca berasa saspens kerana sudah tahu kematian anak perempuan Raiha.

b)

Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha.

8.

Kita hendaklah tekun belajar agar dapat menjamin masa depan yang lebih cerah . Perkara ini merujuk kepada_____

a)

Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.

b)

Raiha yang tekun bekerja mencari harta siang dan malam

9.

Berikut merupakan tiga perwatakan watak utama. Silih tandakan.

a)

Seorang yang penyayang terhadap anaknya

b)

Seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup

c)

Seorang yang mementingkan kemewahan

d)

Seorang yang bertanggungjawab terhadap kerjanya.

e)

Seorang yang mementingkan ibu bapa

10.

Nilai-nilai berikut terdapat pada Doktor Raiha kecuali

a)

Nilai cinta akan negara

b)

Nilai kasih sayang

c)

Nilai kerjasama

d)

Nilai ketabahan

11.

Sebagai watak antagonis, Doktor Uwang menonjolkan persoalan berikut

a)

Persoalan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya

b)

Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat

c)

Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga

d)

Persoalan tentang ketabahan menghadapi rintangan

12.

Kebakaran kereta Porsche milik Doktor Sadiz berlaku di:

a)

Di hadapan rumahnya

b)

Di kawasan tempat letak kereta Pusat Rawatan Pantai Kasih

c)

Di hadapan apartmen Doktor Raiha

d)

Di hadapan rumah tumpangan

13.

Hospital tempat Doktor Raiha bekerja sebelum berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih ialah:

a)

Di Hospital Tuaran

b)

Di Hospital Sandakan

c)

Di Hospital Kota Kinabalu

d)

Di hospital Tawau

14.

Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan dapat dilihat pada watak:

a)

Sister Felicia

b)

Doktor Mohamad

c)

Arianna Abdullah

d)

Doktor Uwang

15.

Latar masyarakat yang mengamalkan gaya hidup bebas dapat dilihat pada watak:

a)

Doktor Sadiz

b)

Doktor Uwang

c)

Doktor Uwang dan Ibu Unong Siron

d)

Doktor Uwang dan Ibu Sister Felicia

16.

Peristiwa menarik yang berlaku pada bahagian peleraian novel Pantai Kasih ialah

a)

Peristiwa Doktor Raiha membedah Doktor Uwang

b)

Peristiwa Doktor Uwang mengalami kemalangan

c)

Peristiwa Felicia Landoai memohon maaf kepada Doktor Raiha

d)

Peristiwa Doktor Raiha membedah Doktor Uwang dan peristiwa Sister Felicia meminta maaf kepada Doktor Raiha.

17.

Peristiwa berikut merupakan peristiwa yang memaparkan teknik kejutan:

a)

Peristiwa kematian Rohayu

b)

Peristiwa Doktor Sadiz membakar kereta Porsche miliknya

c)

Peristiwa Doktor Uwang mengamanahkan Doktor Raiha membedah Unong Siron

d)

Peristiwa Sister Felicia meminum ubat batuk di farmasi PRPK

18.

Peristiwa Doktor Uwang merawat pesakitnya menggunakan alatan palsu ialah peristiwa yang menjengkelkan pembaca. Berikan alasan anda yang paling tepat.

a)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana perbuatan itu perbuatan jahat.

b)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana doktor sedang mementingkan keuntungan.

c)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana tidak seharusnya seorang doktor menganiaya pesakitnya dan lebih mementingkan keuntungan. Seorang doktor juga seharusnya mengutamakan kepentingan masyarakat berbanding diri.

d)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana peaakit itu berkorban wamg ringgit untuk sembuh.

19.

Bagi soalan novel yang menyentuh watak dan perwatakan, nama watak perlulah diperkenalkan dalam pendahuluan.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Mengapakah ayah Dr. Raiha menentang keputusan Dr. Raiha ingin menjadi pakar bedah?

a)

Dr Raiha seorang perempuan dan masih muda

b)

Tugas seorang doktor amat sukar untu seorang wanita

c)

Tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang

d)

Perempuan lebih sesuai sebagi seorang suri rumah sahaja dan menguruskan hal ehwal rumah tangga

21.

Mengapakah Sister Felicia Landosi tidak menyenangi Dr. Raiha?

a)

Amaran yang diberikan oleh Dr. Raiha dirasakan tidak adil bagi dirinya

b)

Dr Raiha menegur perbuatan Sister Felicia yang berat sebelah semasa melayan pesakit

c)

Dr. Raiha mengetahui perbuatan Sister Felicia Landosi di Farmasi

d)

Dr. Raiha mengetahui sejarah hitam Sister Felicia Landosi

22.

Konflik Doktor Raiha dan Doktor Sadiz tercetus apabila

a)

Doktor Sadiz tidak berjaya menjalankan pembedahan terhadap Unong Siron

b)

Doktor Sadiz terlalu tua berbanding Doktor Raiha

c)

Doktor Sadiz meminta Doktor Raiha menggugurkan kandungannya

d)

Doktor Sadiz cemburu dengan Doktor Raiha

23.

Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.


Teknik plot yang digunakan dalam contoh ini ialah

a)

dialog

b)

monolog

c)

pemerian

d)

suspens

24.

Pilih peristiwa yang tepat bagi teknik imbas kembali ialah

a)

Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini

b)

Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pampasan daripada syarikat insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis yang dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan pembedahan oleh doktor pakar di tempat dia bekerja.

c)

Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas yang diamalkan.

25.

Nilai kasih sayang dalam novel ini terlihat melalui peristiwa

a)

Ibu Unong Siron sentiasa berada di sini anaknya ketika menerima rawatan sendi pinggul

b)

Doktor Raiha tidak mahu menggugurkan kandungannya yang cacat walaupun didesak oleh Doktor Sadiz

c)

Doktor Raiha membesarkan Rahayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya, Rahayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.

d)

Semua di atas