wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Total questions: 38

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah 6 sektor yang akan menikmati diskaun 15% bagi Pelanggan Bukan Domestic?

a)

Pengendali Hotel dan Agensi Pelancongan

b)

Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan dan Pusat Membeli Belah

c)

Pusat Konvensyen

d)

Taman Tema

e)

Semua Pilihan Jawapan Adalah Betul

2.

Apakah 3 sektor yang akan menikmati diskaun 2% bagi Pelanggan Bukan Domestik?

a)

Perdagangan dan Industri

b)

Pertanian Spesifik

c)

Industri

d)

Perdagangan dan Pertanian Spesifik

e)

Perdagangan, Industri dan Pertanian Spesifik

3.

Apakah 4 kategori diskaun bagi Pelanggan Domestik?

a)

50% (0 – 200 kWh)

b)

25% (201 – 300 kWh)

c)

15% (301 – 600 kWh)

d)

2% (> 601 kWh)

e)

Semua Pilihan Jawapan Adalah Betul

4.

Bagaimanakah Makcik Kiah boleh mendapatkan diskaun bil elektrik 15% sekiranya beliau adalah dibawah 6 kategori Pelanggan Bukan Domestik tetapi beliau tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB atau mana – mana pembekal elektrik lain kerana Makcik Kiah menyewa premis perniagaan?

a)

Lengkapkan Borang Permohonan Diskaun 15%.

b)

Sertakan dokumen sokongan seperti Salinan Borang 9, Salinan Lesen Perniagaan yang sah dan salinan Bil Elektrik.

c)

Majukan kepada TNB CareLine atau Kedai Tenaga yang berhampiran (Sekiranya Pengguna Berdaftar TNB).

d)

Majukan kepada pejabat pembekal elektrik masing – masing atau saluran yang ditetapkan (Sekiranya Pengguna Berdaftar Selain TNB).

e)

Semua Pilihan Jawapan Adalah Betul

5.

Apakah yang akan dilakukan oleh saya sebagai anggota kerja di Kedai Tenaga yang menerima Borang Permohonan Diskaun 15% yang lengkap dari pelanggan?

a)

Terima dan failkan borang serta dokumen sokongan.

b)

Wujudkan Service Request (SR) kepada Unit Komersil dan kepilkan borang permohonan serta dokumen sokongan untuk tindakan selanjutnya.

c)

Wujudkan Service Request (SR) kepada Unit CCBD dan kepilkan borang permohonan serta dokumen sokongan untuk tindakan selanjutnya.

d)

Wujudkan Service Request (SR) kepada Unit Revenue Management dan kepilkan borang permohonan serta dokumen sokongan untuk tindakan selanjutnya.

e)

Semua Pilihan Jawapan Adalah Betul

6.

Berikut adalah sektor yang dikenalpasti layak menerima diskaun bulanan 15% KECUALI…

a)

Perhotelan

b)

Syarikat Penerbangan Antarabangsa

c)

Pusat Membeli belah

d)

Taman Tema

e)

Pejabat TNB

7.

Apakah jenis pengguna Perjanjian Khas yang layak menerima diskaun bil elektrik ?

Perjanjian Khas yang layak mendapat diskaun adalah merujuk kepada pengguna seperti :

a)

Pengguna Co-Generator

b)

Pengguna di pulau-pulau dengan Tarif Khas

c)

Pengguna-pengguna keretapi ber-rel seperti KTM double track, MRT, LRT dan ERL

d)

Pemegang Lesen Awam Pengagihan (LAP) dengan Tarif Perjanjian Khas (Tariff Bulk)

8.

Pengguna dari kategori pusat konvensyen yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan pihak TNB boleh memohon diskaun 15% dengan mengambil tindakan seperti berikut:

a)

Lengkapkan Borang Permohonan Diskaun 15% dengan muat turun borang di Lampiran 1 atau dari laman sesawang: http://www.ketsa.gov.my/semakandiskaunbilelektrik15PRE2020/Pages/Borang-Permohonan.aspx

b)

Majukan borang permohonan yang lengkap disertakan bersama-sama dengan dokumen sokongan.

c)

Majukan permohonan kepada Suruhanjaya Tenaga.

d)

Majukan borang yang telah dilengkapkan ke saluran berikut Kedai Tenaga berdekatan atau email ke TNB Careline.

9.

Untuk menyemak kelayakan diskaun Pakej Ransangan Ekonomi pengguna boleh:

a)

Perlu datang ke Kedai Tenaga berhampiran.

b)

Menghubungi TNB CareLine.

c)

Semak di laman web Suruhanjaya Tenaga.

d)

Semak di laman web Kementerian Tenaga & Sumber Asli.

e)

Semak di laman web myTNB

10.

Siapakah yang boleh dihubungi oleh pihak pembekal elektrik bagi memajukan permohonan rayuan diskaun 15% yang diterima dari pengguna masing – masing untuk semakan dan pengesahan?

a)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan e-mel: ar_compliance@ssm.com.my

b)

Suruhanjaya Tenaga dengan e-mel: ST@gov.my

c)

Tenaga Nasional Berhad dengan e-mel: diskaun@tnb.com.my

d)

Kementerian Tenaga & Sumber Asli dengan e-mel: KTSA@gov.my

e)

Makcik Kiah dengan e-mel: makcik_kiah@kaya.com.my

11.

Diskaun bil elektrik di bawah PRE2020 dan PRIHATIN adalah diberikan untuk tempoh enam bulan (6) bulan mulai penggunaan elektrik 1 Mac sehingga 30 Ogos 2020 untuk semua kadar diskaun.

a)

Ya

b)

Tidak

12.

Pelanggan Bukan Domestik bagi 6 kategori perniagaan terpilih (15%) perlu mengisi borang permohonan sekiranya tidak tersenarai dalam senarai bagi menikmati diskaun tersebut.

a)

Ya

b)

Tidak

13.

Pelanggan Domestik akan menikmati 4 kategori diskaun mengikut pengunaan masing – masing.

a)

Ya

b)

Tidak

14.

Makcik Kiah tidak layak untuk menerima diskaun untuk kesemua akaun berdaftar sekiranya mempunyai lebih dari satu akaun elektrik.

a)

Ya

b)

Tidak

15.

Adakah Makcik Kiah layak untuk menerima diskaun bil elektrik 15% sekiranya beliau mendapatkan perkhidmatan dari pembekal lain selain TNB?

a)

Ya

b)

Tidak

16.

Pengguna – pengguna yang layak tetapi tidak menerima diskaun 15% boleh mengemukakan rayuan.

a)

Ya

b)

Tidak

17.

Jika permohonan Makcik Kiah bagi diskaun bil elektrik 15% diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia selepas 1 April 2020, bolehkah Makcik Kiah membuat tuntutan diskaun bil elektrik 15% bermula dari 1 April 2020?

a)

Ya

b)

Tidak

18.

Sekiranya permohonan Makcik Kiah bagi diskaun bil elektrik 15% diluluskan, adakah Makcik Kiah layak menerima diskaun 15% dan diskaun 2% dalam masa yang sama?

a)

Ya

b)

Tidak

19.

Makcik Kiah adalah pengguna domestik. Makcik Kiah perlu membuat permohonan untuk mendapatkan diskaun tersebut.

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Muthu menerima diskaun 50% kerana menggunakan elektrik kurang dari 200kWj, adakah Muthu juga akan menerima diskaun 2%?

a)

Ya

b)

Tidak

21.

Diskaun bil elektrik berikutan penularan Wabak COVID-19 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 melibatkan pemberian diskaun tambahan kepada pengguna domestik sahaja di seluruh Malaysia.

a)

Ya

b)

Tidak

22.

Tempoh diskaun elektrik ini adalah untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020.

a)

Ya

b)

Tidak

23.

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020, enam (6) sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 akan menerima diskaun antara 2% hingga 15%.

a)

Ya

b)

Tidak

24.

Kadar diskaun untuk pengguna domestic adalah di antara 15% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing.

a)

Ya

b)

Tidak

25.

Pengguna yang layak menerima diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah Domestik, Pertanian spesifik, Perdagangan, Industri & Perlombongan

a)

Ya

b)

Tidak

26.

Pemegang Lesen Awam Pengagihan dengan Tarif Khas seperti NUR di Kulim High Tech adalah antara kategori pengguna yang termasuk dalam penerima diskaun daripada TNB.

a)

Ya

b)

Tidak

27.

Bagi bil elektrik yang diterima dalam bulan April dan meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Mac 2020 dan April 2020, diskaun akan dikira secara prorata berdasarkan penggunaan dalam bulan April 2020.

a)

Ya

b)

Tidak

28.

Bagi bil yang diterima dalam bulan April 2020 yang hanya meliputi penggunaan sehingga 31 Mac 2020, tiada diskaun yang akan diterima oleh pengguna bagi bil tersebut.

a)

Ya

b)

Tidak

29.

Perjanjian Khas yang layak mendapat diskaun adalah merujuk kepada pengguna seperti pengguna co-generator, pengguna di pulau-pulau dengan Tarif Khas, pengguna-pengguna keretapi ber-rel seperti KTM double track, MRT, LRT, ERL dan seumpamanya.

a)

Ya

b)

Tidak

30.

Pemegang Lesen Awam Pengagihan (LAP) dengan Tarif Perjanjian Khas (Tariff Bulk) tidak termasuk dalam senarai penerima diskaun bil elektrik.

a)

Ya

b)

Tidak

31.

Pengguna tariff lampu jalan juga layak menerima diskaun elektrik 2% sebulan.

a)

Ya

b)

Tidak

32.

Bagi pengguna agensi pelancongan, ianya layak untuk menerima diskaun 15% untuk kesemua akaun berdaftar sekiranya mempunyai lebih dari satu akaun elektrik.

a)

Ya

b)

Tidak

33.

Pengguna yang mendapatkan perkhidmatan bekalan elektrik daripada pembekal lain selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) layak menerima diskaun bil elektrik 15% daripada pembekal elektriknya.

a)

Ya

b)

Tidak

34.

Agensi pelancongan yang tidak mempunyai akaun yang berdaftar dengan TNB kerana beliau menyewa premis perniagaan hanya akan menikmati diskaun 2% sekiranya beliau tidak membuat rayuan.

a)

Ya

b)

Tidak

35.

Pengiraan diskaun adalah hanya berdasarkan unit penggunaan, kWh.

a)

Ya

b)

Tidak

36.

Pengguna yang mendapat rebat kerajaan RM 40 tidak layak menerima diskaun Pakej Ransangan Ekonomi.

a)

Ya

b)

Tidak

37.

Untuk menikmati diskaun Pakej Ransangan Ekonomi pengguna perlu datang ke Kedai Tenaga berhampiran atau careline untuk mendaftarkan akaun mereka.

a)

Ya

b)

Tidak

38.

Pengguna yang menerima bil anggaran layak menikmati diskaun Pakej Ransangan Ekonomi.

a)

Ya

b)

Tidak