wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 1 (PKP)

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Individu yang tidak mahu menerima hakikat bahawa dia dilahirkan tidak sempurna ialah individu yang tidak ________________

a)

bermoral

b)

sombong

c)

bersyukur

d)

mementingkan diri

2.

Kita harus mensyukuri kelebihan dan ___________________ diri anugerah Tuhan.

a)

keaiban

b)

kemiskinan

c)

kekurangan

d)

kesengsaraan

3.

Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang pelajar?

a)

hadir ke sekolah pada setiap hari

b)

mengenali semua warga sekolah

c)

menghormati guru yang sudah tua

d)

belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh kejayaan

4.

Perlakuan berikut menggambarkan nilai amanah, kecuali

a)

berpegang teguh pada janji

b)

melaksanakan tanggungjawab yang diberikan

c)

bercakap benar dalam apa jua situasi

d)

menyimpan barang yang dijumpai

5.

Perlakuan berikut menggambarkan nilai amanah, kecuali

a)

berpegang teguh pada janji

b)

melaksanakan tanggungjawab yang diberikan

c)

bercakap benar dalam apa jua situasi

d)

menyimpan barang yang dijumpai

6.

Apabila anda melakukan kesilapan, anda akan

a)

menuding jari kepada orang lain

b)

tidak mahu terlibat dalam perkara tersebut

c)

mengenal pasti kelemahan dan cuba membaikinya

d)

menyesali dan mengutuk diri sendiri

7.

Sumber protein boleh diperolehi daripada

a)

susu

b)

barli

c)

coklat

d)

tomato

8.

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita kehilangan nutrien?

a)

kadar metabolisme badan akan menurun

b)

tubuh mudah dijangkiti penyakit

c)

berat badan akan turun mendadak

d)

pertumbuhan saiz tumbesaran akan terjejas

9.

Mengapakah kita perlu menggunakan kemudahan awam dengan baik dan bersopan?

a)

mengelakkan berlaku pergaduhan

b)

kemudahan tersebut adalah milik bersama

c)

melahirkan perasaan kasih sayang sesama insan

d)

mewujudkan perasaan muhibah dalam kalangan masyarakat

10.

Apakah sikap yang perlu ditunjukkan terhadap jiran tetangga?

a)

sentiasa bertegur sapa antara satu sama lain

b)

sentiasa berpura-pura

c)

sentiasa bermasam muka

d)

sentiasa mengambil tahu hal mereka

11.

Untuk berjaya dalam hidup kita hendaklah mengorbankan perkara-perkara berikut, kecuali

a)

masa

b)

wang

c)

diri sendiri

d)

tenaga

12.

Kerajinan merujuk kepada individu yang

a)

bekerja keras demi mencapai cita-cita

b)

melakukan helah untuk memperoleh sesuatu

c)

mengupah orang lain untuk melakukan kerjanya

d)

mengorbankan diri untuk melaksanakan tugas

13.

Apakah kesan terhadap negara jika masyarakat hidup dalam keadaan suasana kasih sayang?

a)

kacau bilau

b)

peperangan

c)

aman dan tenteram

d)

rusuhan kaum

14.

Ibu bapa boleh membuat ________________ tugas agar setiap anggota keluarga dapat menyumbangkan tenaga mereka.

a)

pertukaran

b)

pemberian

c)

perkongsian

d)

pembahagian

15.

Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil sesuatu tindakan?

a)

kesan

b)

alasan

c)

manfaat

d)

kepentingan

16.

Mengapakah sikap boros berbelanja tidak wajar diamalkan?

a)

mengawal kenaikan inflasi

b)

meningkatkan jumlah hutang

c)

meminimumkan jumlah pembayaran

d)

memastikan jumlah peruntukan kewangan mencukupi

17.

Bagaimanakah anda meraikan Hari Bapa?

a)

mengajak bapa keluar bersiar-siar

b)

menjemput rakan-rakan untuk berpesta

c)

mengadakan sambutan sederhana

d)

keluar dengan rakan sehingga lewat malam

18.

Apakah kesan rumah hijau kepada bumi?

a)

menyebabkan hujan asid

b)

menyebabkan suhu bumi meningkat

c)

menghasilkan gas karbon dioksida

d)

menyebabkan kerap berlakunya hujan lebat

19.

Antara berikut, yang manakah bukan kesan akibat aktiviti pembangunan yang tidak terancang?

a)

banjir kilat

b)

tanah runtuh

c)

hakisah tanah

d)

gempa bumi

20.

Pantai-pantai peranginan berikut terletak di negeri Pahang , kecuali

a)

pantai balok

b)

pantai cherating

c)

pantai cahaya bulan

d)

teluk chempedak

21.

Apakah nama bendera negara Malaysia?

a)

jalur gemilang

b)

terang benderang

c)

jalur warna warni

d)

Kibaran gemilang

22.

Apakah kelebihan menggunakan internet dengan berhemah?

a)

Mendapat maklumat yang sahih

b)

Hubungan kekeluargaan renggang

c)

Maruah diri dan keluarga tidak dipelihara

d)

Mengisi masa lapang dengan permainan atas talian

23.

Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?

a)

Memujuk rakan anda

b)

Mengajak rakan anda untuk bermain

c)

Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya

d)

Tidak menghiraukan rakan anda

24.

Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?

a)

Menasihati rakan supaya tidak meniru

b)

Mendapatkan jawapan dari rakan anda

c)

Senyap dan tidak mengambil tindakan

d)

Maklumkan kepada guru yang bertugas

25.

Apakah kepentingan menjadi Insan bermoral kepada alam?

a)

Alam dicemarkan

b)

Imej negara terpelihara

c)

Hidup bermuafakat dan harmoni

d)

Alam terpelihara

26.

Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri insan bermoral dari aspek perasaan?

a)

Prihatin

b)

Kecewa

c)

Simpati

d)

Rasional

27.

Apakah kepentingan mempelajari Moral?

a)

Menambah ilmu pengetahuan

b)

Mengukuhkan pertahanan negara

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengurangkan integriti

28.

Antara yang berikut, tingkah laku yang manakah anda tidak patut lakukan semasa menghadiri rumah terbuka?

a)

Makan semua makanan dengan sopan

b)

Salam dengan semua orang

c)

Memakai pakaian ikut keselesaan diri

d)

Tidak menganggu majlis dengan membuat bising

29.

Semasa anda ingin menggunakan tandas awam yang ramai orang sedang menunggu giliran, anda ternampak tandas OKU yang kosong. Apakah yang anda akan lakukan?

a)

Menunggu giliran anda untuk masuk dengan senyap

b)

Menggunakan tandas oku tersebut

c)

Mencari tandas lain kerana tidak suka ramai orang

d)

Memarahi orang yang ada dalam tandas kerana lama

30.

Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?

a)

Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain

b)

Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan

c)

Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang

d)

Tidak buat apa-apa tindakan

31.

Apakah sambutan keagamaan Ng Siew Chai yang beragama Buddha?

a)

Tahun Baharu Cina

b)

Hari Wesak

c)

Vaisakhi

d)

Pesta Kaamatan

32.

Keluarga Puan Amrita Kaur di dalam gambar ini beragama?

a)

Hindu

b)

Kadazan

c)

Murut

d)

Sikh

33.

Apakah perasaan berterima kasih kepada tuhan?

a)

Bersalam

b)

Bersyukur

c)

Bergembira

d)

Sembayang

34.

Apakah perayaan yang disambut oleh Orang Asli Semai?

a)

Kinorohingan

b)

Nyenang

c)

Hari menuai

d)

Upacara Magavau

35.

Mary sangat lemah dan kurang keyakinan diri dalam berbahasa Melayu. Apakah yang patut dilakukan oleh Mary untuk mengatasi kelemahan dirinya?

a)

Menggunakan bahasa yang lain apabila bercakap

b)

Menggelakkan diri daripada berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tidak berusaha

c)

Membaca buku selain dari buku Bahasa Melayu

d)

Banyak bertanya dan berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu