wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda (BM Tahun 5)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Murid lelaki itu ditahan oleh pengawas di pintu pagar sekolah kerana datang ke sekolah dengan pakaian yang __________.

a)

serbah-serbih

b)

remeh-temeh

c)

gopoh-gapah

d)

compang-camping

2.

Pak Cik Zahid memasang pagar yang _________ pada ladang herbanya untuk mengelakkannya daripada dirosakkan oleh haiwan.

a)

bergerigi

b)

berselerak

c)

bergelegak

d)

bergelembung

3.

_________ komputer riba Cikgu Mala kerana terjatuh di atas lantai.

a)

Kekisi

b)

Tetikus

c)

Jejentik

d)

Lelabah

4.

Nek Jah memasukkan __________ ketika menyediakan hidangan tradisional untuk keluarganya.

a)

kayu-kayan

b)

sayur-mayur

c)

rempah-ratus

d)

rumput-rampai

5.

Senyuman yang _____ pasti menyenangkan sesiapa sahaja.

a)

berpinar-pinar

b)

bersinar-sinar

c)

bersilau-silau

d)

berseri-seri

6.

Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ________ telinga datuk mengalami masalah.

a)

gegendang

b)

keruping

c)

telunjuk

d)

lelangit

7.

Suasana di tempat kemalangan menjadi _________ apabila orang ramai berusaha mengeluarkan pemandu yang tersepit.

a)

bolak-balik

b)

hiruk-pikuk

c)

kacau-bilau

d)

kelam-kabut

8.

Rambut pengemis di tepi jalan itu ________ kerana sudah beberapa hari tidak mandi.

a)

lintamg-pukang

b)

kusut-masai

c)

bolak-balik

d)

huru-hara

9.

Sementara menunggu kawannya sampai di perpustakaan itu, Jasni _________ di kaki lima kedai itu.

a)

mundar-mandir

b)

semak-samun

c)

hancur-luluh

d)

susup-sasap

10.

Cik Mastura menangis _________ apabila kucing peliharaannya mati dilangar motosikal.

a)

terumbang-ambing

b)

terhuyung-hayang

c)

tersedu-sedan

d)

terkial-kial

11.

Sebilangan masyarakat Orang Asli di Malaysia masih mengamalkan cara hidup _______ di hutan belantara.

a)

berpindah-randah

b)

berganjak-ganjak

c)

berkeluh-kesah

d)

berubah-ubah

12.

Hasrat Haji Marzuki telah berjaya mengumpulkan _________ keturunannya dari jauh dan dekat dalam suatu majlis santai keluarga yang sungguh-sungguh meriah.

a)

anak-beranak

b)

muda-mudi

c)

suku-sakat

d)

cucu-cicit

13.

“Orang yang bijaksana memang tidak gemar bercakap tentang perkara yang _________,” ujar Cikgu Latifah kepada

murid-muridnya.

a)

hiruk-pikuk

b)

ramah-tamah

c)

remeh-temeh

d)

gembar-gembur

14.

Mak Munah sedang menumis _________ sehingga naik baunya sebelum memasukkan santan ke dalam periuk itu.

a)

lauk-pauk

b)

sayur-mayur

c)

rempah-ratus

d)

rebah-rempah

15.

Kami berasa kurang senang akan _______ lelaki yang berjambang itu.

a)

hiruk-pikuk

b)

desas-desus

c)

gopoh-gapah

d)

tindak-tanduk

16.

Ali berjalan _______ kerana kakinya terpijak kaca ketika bermain di belakang rumahnya.

a)

terkinja-kinja

b)

huyung-hayang

c)

terkedek-kedek

d)

terhencut-hencut

17.

“Kita tidak perlu ______ dengan kekalahan yang sekali ini. Berusaha lebih giat lagi untuk pertandingan seterusnya,”nasihat Cikgu Martini.

a)

pucat-lesi

b)

riuh-rendah

c)

keluh-kesah

d)

gopoh-gapah

18.

Dinding rumah-rumah sewa itu banyak yang sudah _________. Jadi, perlu dibaiki semula untuk keselesaan tetamu nanti.

a)

keras-makas

b)

kopak-kapik

c)

lekak-lekuk

d)

robak-rabik

19.

Mak Cik Zarifa __________ kuih yang dibakarnya supaya masak sekata.

a)

melipat-lipat

b)

membelek-belek

c)

membolak-balikkan

d)

memusing-musingkan

20.

Mulut ayah __________ ketika membacadoa tadi.

a)

comot-momot

b)

kumat-kamit

c)

lekuk-lekak

d)

ulang-alik

21.

Mak Cik Minah menjual _______ seperti karipap, bingka, keria, dan pulut panggang di warungnya.

a)

lauk-pauk

b)

kiuh-muih

c)

sayur-mayur

d)

rumput-rampai

22.

Anak Puan Zakiah __________ belaka kerana semuanya berjaya menamatkan pengajian di universiti.

a)

putih-putih

b)

malas-malas

c)

kacak-kacak

d)

pandai-pandai

23.

Encik Chang sedang membaiki ________ basikal anaknya.

a)

lelangit

b)

kekuda

c)

peparu

d)

jejari

24.

Pada waktu petang, kami selalu berbual-bual sambil memerhatikan kenderaan yang________ di jalan raya.

a)

lalu-lalang

b)

simpang-siur

c)

gegak-gempita

d)

gempar-gembur

25.

Ada _________ menyatakan bahawa Guru Besar sekolah tersebut akan bertukar ke Selangor pada bulan Jun ini.

a)

desas-desus

b)

riuh-rendah

c)

kelam-kabut

d)

tindak-tanduk