wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Pemahaman-5 Thn4-6

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.

a)

tengik amat

b)

busuk sekali

c)

hapak sungguh

d)

hanyir sekali

2.
“Jika ________ ada masa lapang,  jemputlah ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Aniq kepada kawan-kawannya.  
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
3.
Jika tidak ada ___________ aral, kakak saya akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini.   
a)
apa-apa
b)
bila-bila
c)
mana-mana
d)
siapa-siapa
4.
Haji Dasuki terpaksa mengambil tindakan  ______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan itu lagi. 
a)
begitu
b)
begini
c)
sini
d)
situ
5.

Salina yang ringan mulut itu sungguh_______________dengan semua orang walaupun dia baru sahaja berpindah ke kampung itu. A sombong B marahC ramah D gembira

a)

sombong

b)

marah

c)

ramah

d)

gembira

6.
Udara di tepi pantai Teluk Cempedak sungguh  ______________ sekali.   
a)
tenang
b)
tegang
c)
nyaman
d)
meriah
7.
Air kopi itu _____________ oleh Puan Salmah untuk dihidangkan kepada tetamu
a)
dibancuh
b)
dijerang
c)
dimasak
d)
ditanak
8.
Puan Suria meletakkan sekaki payung di  ___________  bilik pejabatnya sebelum memulakan tugas. 
a)
sisi
b)
penjuru
c)
puncak
d)
pangkal
9.
Farah dan Puspa berjalan kaki. _______ hendak pergi ke perpustakaan desa.
a)
Saya
b)
Kami
c)
Mereka
d)
Dia
10.
Faridah ________ baju di jemuran kerana cuaca agak cerah.
a)
membasuh
b)
menyimpan
c)
mengangkat
d)
menyidai
11.
Bahagian hadapan kereta itu remuk kerana _______ tiang lampu.
a)
terikat
b)
terlanggar
c)
terpasang
d)
tertendang
12.
Ayah Fara membawa joran untuk ______ di tepi tasik.
a)
memasak
b)
memanggil
c)
menonton
d)
memancing
13.
Jasmin muntah-muntah setelah termakan nasi lemak ______.
a)
basi
b)
gelojoh
c)
tajam
d)
garang
14.
Puan Faizah menegur anaknya kerana makan dengan ________.
a)
tajam
b)
basi
c)
cermat
d)
gelojoh
15.
Puan Halimah menggubah bunga ________ mendengar radio.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
16.
Faruk _____ adiknya bermain gasing di halaman rumah.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
17.
Fatimah ________ menziarahi ibu bapanya di kampung.      
a)
A.  jarang-jarang 
b)
B.  sering-sering
c)
C.  hampir-hampir
18.
Murid-murid perempuan tidak dibenarkan memakai _______ ke sekolah.    
a)
A.  manik-manik 
b)
B.  anting-anting
c)
C.  renda-renda
d)
D.  jentik-jentik
19.
Penduduk Kampung Melati ________ untuk membaiki jambatan yang rosak itu.      
a)
A.  bergotong-royong
b)
B.  berliang-liuk
c)
C.  berguling-gantang
d)
D.  bercelam-celum
20.
_______ pekerja-pekerja asing itu sentiasa diawasai oleh pihak majikan mereka.    
a)
A.  Saki-baki 
b)
B.  Lekak-lekuk 
c)
C.  Susur-galur 
d)
D.  Tindak-tanduk
21.

__________ Siti binti Ali telah dilantik sebagai setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

a)

Encik

b)

Datuk

c)

Tuan

d)

Puan

22.

Pukul __________kah kamu akan sampai ke sekolah?

a)

apa

b)

berapa

c)

bila

d)

siapa

23.

Seramai 20 orang murid terlibat dalam kes keracunan makanan. __________ telah dihantar ke hospital.

a)

Kalian

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Beliau

24.

Cikgu Wendy sering mengingatkan murid-muridnya agar rajin dalam pelajaran.

Pilih perkataan antonim bagi rajin.

a)

tekun

b)

berani

c)

gigih

d)

malas

25.

Para penghuni Taman Jaya __________ pembinaan kondominium mewah di kawasan itu.

a)

pembantah

b)

bantahan

c)

membantah

d)

dibantah

26.

“Komputer ini akan __________ gunakan bersama-sama,” kata abang kepada saya.

a)

kamu

b)

kami

c)

mereka

d)

awak

27.

Mak Anom __________ nasi semasa perayaan.

a)

menjerang

b)

membakar

c)

mendidih

d)

menanak

28.

Jamil menangkap gambar pemandangan matahari __________ pada waktu senja.

a)

terbit

b)

terbenam

c)

timbul

d)

muncul

29.

__________ anakku, belajarlah bersungguh-sungguh.

a)

Wahai

b)

Cis

c)

Hai

d)

Oh

30.

Kita dapat melihat banyak barang purba di __________.

a)

Muzium Negara

b)

Universiti Malaya

c)

Kamus Oxford

d)

Asus

31.

Sila datang ke rumah saya.

a)

Ayat tanya

b)

Ayat seruan

c)

Ayat perintah

d)

Ayat penyata

32.

Wah, lawanya kereta baru ayahmu!

a)

Ayat tanya

b)

Ayat seruan

c)

Ayat perintah

d)

Ayat penyata

33.

Aktiviti akan bermula pada pukul 8 pagi selepas penyampaian taklimat.

a)

Ayat tanya

b)

Ayat seruan

c)

Ayat perintah

d)

Ayat penyata

34.

Jangan pijak rumput di padang.

a)

Ayat tanya

b)

Ayat seruan

c)

Ayat perintah

d)

Ayat penyata

35.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Soalan-soalan dalam peperiksaan bulanan sangat mudah.

a)

senang

b)

murah

c)

sukar

d)

susah

36.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

Anak bongsu Puan Su belajar di SJKC Man Wah.

a)

muda

b)

besar

c)

sulung

d)

kecil

37.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah acara yang terakhir sempena Minggu Kemerdekaan?

a)

Acara tersebut ialah pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap satu.

b)

Terdapat pelbagai acara sempena Minggu Kemerdekaan.

c)

Minggu Kemerdekaan akan dirasmikan oleh guru besar.

d)

Tujuan Minggu Kemerdekaan diadakan adalah untuk menyemai semangat

patriotik di kalangan murid.

38.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah yang dilakukan oleh Kamaruddin?

a)

Datuk memanggil Kamaruddin untuk mencabut uban pada rambutnya.

b)

Kamaruddin sedang mencabut uban pada rambut datuknya di anjung rumah.

c)

Kamaruddin akan diberikan upah kerana telah mencabut uban datuknya.

d)

Rambut datuk Kamaruddin sudah banyak yang berwarna putih.

39.
Abang _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .
a)
membonceng
b)
menunggang
c)
mengayuh
d)
menaiki
40.
Aisyah ____ halaman buku teks itu dengan cermat.

a)
menyelak
b)
menampal
c)
membalut
d)
mengalas