NEW
Font size
Worksheetstatabahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 6mins
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.
Baginda
Tuanku
Patik
Beta
Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.
Memajukan
Mengusulkan
Menyarankan
menganjurkan
Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.
Nyaring
Tegang
Sunyi
Kasar
Patrick berasa ………… apabila memakai baju Melayu untuk membuat persembahan tarian tradisional bersama rakannya yang berbangsa Melayu
Kelu
kaku
jarang
janggal
Mekanik itu sedang ……………. Tayar kereta yang telah bocor akibat terlanggar paku.
Menukar-
menukar
mengalih
mengubah
memindah
Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup
deras
gopoh
lambat
perlahan
Lelaki yang berbadan ………………. itu telah berjaya dalam temu duga menjadi anggota tentera.
kurus
tegap
buncit
gempal
Teksi itu berhenti di …………… jalan untuk menurunkan penumpang
tepi
atas
sudut
tengah
Saiful …………. membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pelajaran atau bekerja di firma guaman.
pernah
belum
masih
baru
Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.
jika
lalu
agar
serta
Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.
terhadap
antara
sejak
demi
Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .
berpindah randah
berlekak lekuk
bercalar balar
berulang alik
Orang asli itu ................ sumpitnya ke arah seekor rusa tanpa disedari oleh binatang tersebut.
peniup
bertiup
meniup
meniupkan
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.
cik
beliau
saudara
dia
Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.
kita
dia
kamu
beliau
"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.
Nah
Oh
Wah
Hai
Darnessa segera menanggalkan _________nya lalu berlari masuk ke dalam rumah.
topi
kaki
kasut
kepala
Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.
Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?
Bersantap
Bersiram
Mengadap
Berangkat
