Font size
WorksheetsMenukar ayat aktif kepada ayat pasif
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Tukar ayat berikut kepada ayat pasif.
Salman memanjat pokok rambutan itu.
(a)
Tukar kepada ayat pasif.
Pak Selamat memancing ikan haruan di sawah itu.
(a)
Tukar kepada ayat pasif.
Saya membeli sebuku roti di Kedai Pak Abu.
(a)
Tukar ayat aktif kepada ayat pasif.
Mereka membuat latihan Matematik bersama-sama guru.
(a)
Pilih ayat pasif yang betul.
Pasukan bola sepak sekolah memenangi Kejohanan Bola Sepak MSSD pada minggu lepas.
Kejohanan Bola Sepak MSSD dimenangi oleh pasukan bola sepak sekolah pada minggu lepas.
Kejohanan Bola Sepak MSSD pasukan bola sepak sekolah menangi pada minggu lepas.
Pada minggu lepas, pasukan bola sepak sekolah memenangi Kejohanan Bola Sepak MSSD.
Pilih ayat pasif yang betul.
Buah manggis itu saya makan petang tadi.
Buah manggis itu dimakan oleh saya petang tadi.
Tukar ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
Perdana Menteri Malaysia meminta rakyat untuk duduk di rumah semasa perintah kawalan pergerakan dijalankan.
(a)
Tukar ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
Kamu perlu mengambil ubat mengikut masa yang ditetapkan oleh doktor.
(a)
Pilih ayat pasif yang betul.
Selimut adik saya lipat pagi tadi.
Selimut adik dilipat oleh saya pagi tadi.
Pagi tadi saya lipat selimut adik.
Pilih ayat pasif yang betul.
Kelmarin, adik memakai baju baharu yang dibeli oleh emak.
Baju baharu yang dibeli oleh emak dipakai oleh adik kelmarin.
Baju baharu yang emak beli adik pakai kelmarin.
