wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda BM1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Encik Lim _____ kepalanya tanda setuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Encik Muthu.

a)

menggeleng-gelengkan

b)

menghantuk-hantukkan

c)

mengangguk-ngangukkan

d)

menggoyang-goyangkan

2.

Negara kita akan menjadi _____ jika perpaduan tidak dipelihara dengan baik.

a)

huru-hara

b)

bolak-balik

c)

gopoh-gapah

d)

serbah-serbih

3.

Sampan itu _____ kerana air yang berombak apabila sebuah motobot laju lalu menghampirinya.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

4.

Kehidupan masyarakat di Taman Cahaya sungguh harmoni kerana penduduknya _____ dan saling membantu.

a)

riuh-rendah

b)

ramah-tamah

c)

porak-peranda

d)

gundah-gulana

5.

Masyarakat berbilang kaum dinasihatkan agar tidak memiliki sikap _____ kerana boleh menjejaskan hubungan perpaduan.

a)

dengki-mendengki

b)

kasih-mengasihi

c)

tawar-menawar

d)

ejek-mengejek

6.

Kita harus saling _____ semasa sambutan perayaan untuk menyemarakkan semangat perpaduan.

a)

caci-mencaci

b)

kejar-mengejar

c)

bantu-membantu

d)

kunjung-mengujungi

7.

Puan Ain memperkenalkan _____nya kepada jiran tetangga semasa majlis kenduri anaknya.

a)

cucu-cicit

b)

susur-galur

c)

desas-desus

d)

saudara-mara

8.

"_____ yang ibu kamu masak sungguh enak, Fatimah," puji Aisya sambil menambah nasi ke pinggannya.

a)

Kuih-muih

b)

Lauk-pauk

c)

Sayur-mayur

d)

Rempah-Ratus

9.

Sambutan Hari Malaysia pada setiap tahun disambut dengan gelap-gelita oleh rakyat Malaysia berbilang kaum.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Para penduduk Taman Sepakat bergotong-royong membersihkan longkang untuk menghampuskan jejentik.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Semangat para peserta-peserta begitu berkobar-kobar untuk memenangi perlumbaan tersebut.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Pegawai daerah dijangka akan tiba untuk merasmikan rumah terbuka itu pada siapa-siapa sahaja.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Semua murid berpusu-pusu menuju ke dewan untuk mendengar taklimat yang hendak disampaikan oleh guru besar.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Kanak-kanak itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor angsa kepunyaan jirannya.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Kening Cikgu Juwita kelihatan berombak-ombak seperti sedang memikirkan sesuatu yang berat.

a)

Betul

b)

Salah