wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 6 Pengurusan Modal Kerja: Pengurusan Penghutang

Total questions: 14

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Penghantaran barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan pada masa sekarang dan berdasarkan kepada janji dan syarat-syarat X, pelanggan tersebut akan menjelaskan bayaran pada satu tarikh akan datang yang ditetapkan.


X merujuk kepada

a)

pemberian dana

b)

pemberian tunai

c)

pemberian debit

d)

pemberian kredit

2.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap pelaburan dalam akaun belum terima?


i. Tahap belian

ii. Tahap jualan

iii. Polisi kredit dan kutipan

iv. Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

3.

2/10 bersih 30


Pernyataan di atas merupakan syarat jualan. Yang berikut, yang manakah jelas menerangkan syarat jualan di atas?

a)

Pelanggan akan mendapat 2% diskaun niaga daripada harga invois jika pembayaran dibuat dalam masa 30 hari pertama.

b)

Pelanggan akan mendapat 2% diskaun tunai daripada harga invois jika pembayaran dibuat dalam masa 30 hari pertama.

c)

Pelanggan akan mendapat 2% diskaun niaga daripada harga invois jika pembayaran dibuat dalam masa 10 hari pertama.

d)

Pelanggan akan mendapat 2% diskaun tunai daripada harga invois jika pembayaran dibuat dalam masa 10 hari pertama.

4.

Yang berikut merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan apabila proses mengukur kualiti kredit pelanggan yang memohon kredit KECUALI ___________.

a)

perwatakan

b)

cagaran

c)

modal

d)

aset

5.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan langkah-langkah yang boleh diambil syarikat apabila pelanggannya sudah melampaui tempoh pembayaran?


i. Menghantar surat peringatan

ii. Menghantar surat amaran

iii. Panggilan telefon

iv. Amaran keras

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

6.

Kedai Basikal Diana membeli barang niaga secara kredit sebanyak RM150,000 daripada pembekalnya, Enterprise Bicycle Syafiqah. Kedai Basikal Diana memperolehi syarat kredit, iaitu 4/10 bersih 30. Namun, Kedai Basikal Diana gagal membayar dalam masa tersebut. Amaun tambahan sebanyak RM1,500 dianggap sebagai caj tambahan kerana menangguhkan bayaran untuk masa tambahan selama 10 hari. Hitungkan kos tahunan melepaskan diskaun.

a)

75.00%

b)

10.00%

c)

7.00%

d)

4.00%

7.
a)

X --> W --> Z --> Y

b)

X --> Z --> W --> Y

c)

X --> Y --> W --> Z

d)

X --> W --> Y --> Z

8.

Yang manakah merupakah kesan kos perubahan polisi kredit ke atas penghutang?

a)

Pertambahan dalam hutang lapuk

b)

Jualan dan keuntungan akan meningkat

c)

Tidak melibatkan timbul balik di antara kos dan manfaat.

d)

Dana tambahan terikat kepada akaun belum terima dan inventori

9.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah yang boleh diambil oleh pihak syarikat jika pelanggan melampaui tempoh pembayaran yang telah ditetapkan:


i. Menghantar surat amaran

ii. Menghantar surat peringatan

iii. Panggilan telefon dan amaran keras

iv. Akaun diserahkan kepada agensi kutipan (syarikat pemfaktoran dan lain-lain)

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

10.

Akaun belum terima merupakan sebahagian daripada aset semasa. Akaun ini wujud apabila

i kredit diberi kepada pelanggan-pelanggan tertentu

ii membayar hutang kepada pembekal-pembekal tertentu

iii. nota belum terima yang diserahkan oleh pelanggan kepada syarikat

iv syarikat tikda memberikan kredit kepada pelanggan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

11.

"Faktor ini bukan di bawah kawalan pengurus kewangan syarikat. "


Pernyataan ini merujuk kepada salah satu faktor yang mempengaruhi tahap pelaburan dalam akaun belum terima. Faktor ini adalah

a)

tahap jualan

b)

tahap belian

c)

polisi kredit dan kutipan

d)

peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya

12.

Syarat jualan akan menekankan kepada tempoh kredit yang boleh diambil oleh pelanggan dan sebarang denda yang akan dikenakan sekiranya pembayaran lewat diterima. Beberapa syarat perlu ditetapkan oleh pembekal kredit bagi memastikan terdapatnya inisiatif daripada pelanggan untuk membuat pembayaran seawal mungkin. Syarat jualan akan mengenal pasti perkara-perkara seperti berikut KECUALI

a)

jumlah tempoh kredit yang layak diberikan kepada pelanggan.

b)

tempoh tertentu yang dikenali sebagai tempoh diskaun.

c)

peratusan diskaun yang boleh ditawarkan bagi menggalakkan pembayaran awal

d)

peratusan diskaun yang boleh ditawarkan bagi menggalakkan pelanggan membeli barang secara pukal

13.

Z merujuk kepada kekuatan dan kepercayaan kredit yang ditunjukkan oleh seseorang pelanggan untuk melayakkan dirinya menerima kredit. Z adalah

a)

Keperluan pelanggan

b)

Kehendak pelanggan

c)

Kekayaan pelanggan

d)

Kualiti pelanggan

14.

Kaedah kualitatif yang merupakan kaedah tradisional digunakan untuk mengukur kualiti kredit pelanggan yang memohon kredit. Faktor utama yang dipertimbangkan termasuklah

i. Modal

ii. Cagaran

iii. Keadaan

iv. Keupayaan

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas