Font size
WorksheetsSEJARAH BAB 3 KSSM T4
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Apakah maksud Nasionalisme?
Perasaan cinta terhadap keluarga
Perasaan sayang kepada diri sendiri
Perasaan cinta yg mendalam terhadap bangsa dan negara
Perasaan cinta dan sayang sesama manusia di dunia ini
Apakah matlamat gerakan nasionalisme?
Membina jati diri untuk kukuhkan negara
Menghasilkan persefahaman politik dan ekonomi
Memperbaiki mutu kehidupan dan kesejahteraan
Membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat
Sejak awal abad ke-20 idea gerakan Islam dari Timur Tengah telah mula menyelusup masuk ke negara kita. Bagaimanakah reaksi British terhadap perkembangan tersebut?
menangkap golongan gerakan Islam
memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904
memenjarakan tokoh-tokoh gerakan Islam
menyebarkan propaganda
Apakah dua badan penyiasat yang ditubuhkan oleh British bagi mengawal gerakan Islah Islamiah?
Jabatan Siasatan dan Mahkamah
Jabatan Jenayah dan Undang-undang
Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik
Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Undang-undang
Mengapakah British berusaha membendung pengaruh gerakan Islamiah di negara kita pada abad ke-20?
berlakunya kebangkitan penentangan oleh Tok Janggut
tidak mahu orang Melayu menentang pemerintahan British
orang British bersikap Islamofobia
Apakah cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu pada abad ke-20 dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi nasionalisme menentang penjajahan British?
tindakan radikal pihak Brtish terhadap tokoh nasionalis
pejuang-pejuang tempatan ditangkap dan dibunuh oleh British
kewujudan undang-undang yang mengawal kebebasan bersuara, penerbitan dan berpersatuan
Apakah mesej yang terdapat dalam "Cerita Tekukur" yang tersiar dalam akhbar-akhbar Melayu?
kebebasan yang dirampas oleh penjajah
burung tekukur yang menangis dalam sangkar emas
tarikh penting negeri Melayu dikuasai oleh British
Antara berikut yang manakah undang-undang British yang berkaitan dengan penerbitan?
Publishing and Book Enactment 1915
The Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1919
Publishing and Book Law 1904
Proibition Publication 1919
Faktor berlakunya Perang Dunia...
Perkembangan nasionalisme di Eropah
persaingan antara kuasa imperialis Barat
Perebutan kuasa dan wilayah di Timur oleh negara imperialis
Yang manakah antara berikut berkaitan dengan krisis rantau Balkan ?
permusahan Australia dengan Serbia
permusuhan antara Jerman dengan Perancis
pembunuhan Archduke Ferdinand oleh pemuda Serbia
kewujudan pakatan ketenteraan antara Kuasa Tengah dengan Pakatan Bertiga
Antara berikut yang manakah negara sekutu kepada Pakatan Bertiga semasa Perang Dunia Pertama?
Serbia, Itali, Romania
Bulgaria, Portugal, Greece
Austria-Hungary, Belanda, Serbia
Jerman, Perancis, Itali
Pada pendapat anda, mengapakah wujud persaingan antara negara imperialis Eropah dalam mendapatkan tanah jajahan?
lambang kehebatan dan kemegahan negara mereka
untuk mendapatkan pengiktirafan dan sanjungan dunia
untuk memenuhi keperluan industri negara mereka
untuk mendapatkan bahan mentah
Mengapakah Jerman turut mengisytiharkan perang terhadap Perancis semasa Perang Dunia Pertama?
Perancis merupakan sekutu Rusia
Orang Perancis membunuh putera mahkota Austria-Hungary
Perancis mula memihak kepada Belgium
Perancis telah menyerang Jerman terlebih dahulu
Apakah faktor kejayaan Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?
Berlakunya siri persidangan dan perjanjian damai
Amerika Syarikat diiktraf sebagai kuasa besar dunia
Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata
Terdapat penglibatan Amerika Syarikat
Apakah keputusan penting yang terhasil daripada Persidangan Damai Paris 1919?
Jerman bukan lagi menjadi ancaman kepada Eropah
pembentukan negara bangsa ditentukan oleh rakyat
lahirnya Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wlison
Pakatan Bertiga dan Kuasa Tengah menjalankan gencatan senjata
Apakah prinsip utama yang diputuskan dalam Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson?
sempadan negara berasaskan bangsa
gencatan senjata oleh negara-negara yang terlibat Perang Dunia Pertama
Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian
Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada Eropah
Negara manakah yang terlibat dengan Perjanjian Versailles?
Empayar Uthmaniyah dengan Serbia
Pakatan Bertiga dengan Kuasa Tengah
Jerman dengan Pakatan Bertiga
Amerika Syarikat dengan Jerman
Apakah kesan daripada prinsip yang dipersetujui dalam Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson terhadap Eropah?
tamatnya peperangan yang meargut banyak nyawa
perjanjian damai antara kuasa-kuasa besar dunia
munculnya negara-negara baharu berasaskan rumpun bangsa
Jerman menanggung kerugian yang banyak
Apakah peranan Liga Bangsa-bangsa yang ditubuhkan semasa Perjanjian Versailles ditandatangani?
memantau perkembangan negara Jerman
memberi perlindungan kepada negara-negara Pakatan Bertiga
menjamin keamanan kepada seluruh dunia
menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
Berakhirnya Perang Dunia Pertama telah meruntuhkan pemerintahan beraja di Eropah.
Negara manakah yang terlibat dengan kesan tersebut?
Serbia
Britain
Amerika Syarikat
Jerman
Negara-negara berikut muncul selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama setelah keruntuhan empayar Austria-Hungary.
Poland, Estonia dan Latvia
Iran, Iraq, dan Syria
Lebanon, Lithuania
Yugoslavia, Czechoslovakia
Apakah kesan yang dirasai oleh negara kita hasil Perang Dunia Pertama?
Pemodenan ekonomi oleh British
Kemakmuran sistem pemerintahan British
Pengeksploitasian hasil ekonomi negara
pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat
Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu Eropah dan Asia Pasifik.
Apakah faktor segera yang menyebabkan perang ini tercetus?
Jerman menyerang Poland dari Barat
Perancis menyerang Pearl Harbour
Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
USSR serang Poland dari Barat
Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat -syarat Perjanjian Versailles?
Menjalinkan kerjasama dengan Rusia
Memperkuat angkatan tentera
Menamatkan hubungan diplomatik
Mengeksport senjata ke luar negara
Negara berikut muncul selepas keruntuhan empayar Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyyah akibat Perang Dunia Pertama.
-Chechoslovakia
-Finland
-Lithuania
Apakah yang berkait dengan negara tersebut?
Menyokong ideologi komunis
Mengasaskan fahaman fasis
Dikuasai golongan monarki
Dibina berasaskan etnik
