Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pembangunan Aplikasi

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Susun semula fasa-fasa dalam Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) mengikut susunan yang betul.


I. Fasa pelaksanaan

II. Fasa rekabentuk

III. Fasa analisis masalah

IV. Fasa dokumentasi

V. Fasa pengujian

a)

I – II –III – IV – V

b)

II – I – III – IV – V

c)

III – II – I – V – 1V

d)

II – III – I – V – IV

2.

Anda diminta untuk menyediakan satu program aplikasi untuk mengira stok barangan untuk memudahkan tempahan. Apakah perkara yang perlu diberi perhatian semasa dalam fasa analisis masalah.

a)

Input – bilangan barang yang masih ada dalam stok

b)

Proses – barangan yang akan ditempah

c)

Output – senarai pengedar untuk membuat tempahan

d)

Jenis-jenis barangan yang akan ditempah

3.

Algoritma seperti pseudokod dan carta alir dibuat semasa fasa?

a)

Fasa pelaksanaan

b)

Fasa dokumentasi

c)

Fasa pengujian

d)

Fasa rekabentuk

4.

Dalam fasa pengujian, ralat sintak akan dikenalpasti. Antara aktiviti berikut, yang manakah aktiviti untuk menguji atau mengenalpasti ralat sintaks?


I. Semakan ejaan teks nama pemboleh ubah

II. Semakan nilai input untuk pemboleh ubah

III. Semakan pengisytiharan jenis data

IV. Semakan penggunaan objek atau aksara

a)

I, II dan III sahaja

b)

I, III dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

Semua yang di atas

5.

Fasa ini bertujuan untuk membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pernyataan ini merujuk kepada:

a)

Fasa pelaksanaan

b)

Fasa dokumentasi

c)

Fasa pengujian

d)

Fasa rekabentuk

6.

Satu proses mengutip dan mengumpul data, mengumpul maklumat dan ringkasan seperti laporan pengujian yang dijalankan, carta alir serta kod aturcara. Pernyataan ini merujuk kepada fasa?

a)

Fasa pelaksanaan

b)

Fasa dokumentasi

c)

Fasa pengujian

d)

Fasa rekabentuk

7.

Baca setiap pernyataan berikut dengan teliti. Nyatakan pernyataan berikut BENAR atau PALSU.


Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan pembetulan dan penambahbaikan merupakan salah satu aktiviti dalam fasa analisis masalah.

(a)  

8.

Baca setiap pernyataan berikut dengan teliti. Nyatakan pernyataan berikut BENAR atau PALSU.


Antara muka grafik pengguna (GUI) adalah antara muka sistem aplikasi yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan sistem.

(a)  

9.

Baca setiap pernyataan berikut dengan teliti. Nyatakan pernyataan berikut BENAR atau PALSU.


Penyediaan carta alir atau pseudokod dalam fasa rekabentuk dapat membantu pengaturcara membina set aturcara dalam fasa pelaksanaan penyelesaian.

(a)  

10.

Nyatakan fasa dalam Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) berdasarkan contoh di bawah.


public class HargaJualan {


public static void main (String [ ] args) {


int jualan1 = 100;

int jualan2 = 120;

double JumlahJualan;


JumlahJualan = int jualan1 - int jualan2

System.out.println (“Jumlah Jualan Anda = ”+JumlahJualan);

}

}

(a)