wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK TING 5 : PEMAKANAN - NUTRIEN TAMBAHAN (VITAMIN)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Salah satu tanda kekurangan dalam vitamin A adalah

a)

kulit kelihatan kering

b)

penglihatan yang tidak baik pada waktu malam

c)

muntah-muntah

d)

gusi berdarah

2.

Yang manakah antara berikut BUKAN fungsi Vitamin C?

a)

membantu meningkatkan sistem immunisasi tubuh

b)

membantu pembentukan gigi dan gusi yang sihat

c)

membantu pembentukan tulang

d)

membantu pembentukan sel darah merah

3.

Manakah antara yang berikut BUKAN vitamin larut lemak?

a)

Vitamin B

b)

Vitamin K

c)

Vitamin A

d)

Vitamin E

4.

Kekurangan vitamin D akan mengakibatkan penyakit....

a)

Skurvi

b)

Rikets

c)

Anemia

d)

Rabun malam

5.

Badan kita boleh menghasilkan sendiri vitamin ...

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Vitamin dikenali sebagai ............ kerana badan kita memerlukan bahan ini dalam kuantiti yang kecil.

a)

makronutrien

b)

nanonutrien

c)

mikronutrien

d)

memonutrien

7.

Sejenis penyakit di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak normal pada tulang dan otot kaki seperti 'bow legs'.

a)

Skurvi

b)

Rikets

c)

Biri-biri

d)

Pelagra

8.

Berikut merupakan vitamin larut air KECUALI

a)

Vitamin A

b)

Vitamin B1

c)

Vitamin B12

d)

Vitamin C

9.

Yang manakah antara berikut merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari?

a)

Vitamin larut air

b)

Vitamin larut lemak

c)

Vitamin B

d)

Vitamin A & C

10.

Bakteria yang baik dalam sistem penghadaman kita mengandungi vitamin berikut :

a)

Vitamin A

b)

Vitamin D

c)

Vitamin E

d)

Vitamin K

11.

Nutrien berikut diperlukan bagi mengawal metabolisme badan dan mencegah penyakit.

a)

Lemak

b)

Vitamin

c)

Karbohidrat

d)

Protein

12.

Pendedahan kepada cahaya matahari pagi (biasanya sebelum jam 11.00 pagi) dapat membantu badan kita mensintesiskan vitamin apa?

a)

Vitamin A

b)

Vitamin B

c)

Vitamin C

d)

Vitamin D

13.

Manakah antara istilah berikut bermaksud 'vitamin berlebihan'?

a)

Hipervitaminosis

b)

Hipovitaminosis

c)

Avitaminosis

d)

Abitaminosis

14.

Kekurangan vitamin berikut akan menyebabkan sindrom pendarahan abnormal bagi bayi yang baru lahir.

a)

Vitamin A

b)

Vitamin B

c)

Vitamin E

d)

Vitamin K

15.

Kekurangan vitamin B ini akan menyebabkan kerosakan otak dan kerencatan pembesaran. Apakah jenis vitamin ini?

a)

Vitamin B2 (Riboflavin)

b)

Vitamin B3 (Niasin)

c)

Vitamin B6 (Piridoksina)

d)

Vitamin B12 (Kobalamin)

16.

Vitamin C juga dikenali sebagai

a)

Asid Folik

b)

Asid Pantotenik

c)

Asid Askorbik

d)

Asid Biotik

17.

Vitamin boleh dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu

a)

Vitamin Larut Air dan Vitamin C

b)

Vitamin Larut Lemak dan Vitamin K

c)

Vitamin C dan Vitamin D

d)

Vitamin Larut Air dan Vitamin Larut Lemak

18.

Yang mana bukan tujuan pengambilan suplemen mengikut preskripsi doktor?

a)

Menyingkirkan toksin dalam badan

b)

Melengkapkan diet normal

c)

Mendapatkan kulit yang lebih licin

d)

Mengekalkan kecergasan tubuh badan

19.

Tahap pengambilan Vitamin C mengikut sukatan RDA (Recommended Daily Allowances) bagi individu berumur 14 - 18 tahun ialah

a)

85μg/h bagi lelaki dan 75μg/h bagi perempuan

b)

75μg/h bagi lelaki dan 65μg/h bagi perempuan

c)

75μg/h bagi lelaki dan 85μg/h bagi perempuan

d)

85μg/h bagi lelaki dan 65μg/h bagi perempuan

20.

Vitamin E berfungsi dalam

a)

Antioksidan

b)

Metabolisme kalsium dan fosfat

c)

Biosintesis protrombin

d)

Sintesis DNA dan RNA