NEW
Font size
WorksheetsKUIZ KATA GANDA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi __________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Baju Firdaus ____________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
serba-serbih
compang-camping
Ideanya telah ditolak __________ oleh majikannya.
hidup-hidup
bulat-bulat
betul-betul
terang-benderang
Pak Ulwan suka makan sup __________ ikan.
bebola
jejari
dedaun
kekabu
Mereka ketawa _________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P.Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.
berkelip-kelip
berpinar-pinar
berderet-deret
berliku-liku
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Ayah menyapu ___________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
haru-biru
keluh-kesah
kusut-masai
tunggang-langgang
Andy membalut hadiah itu _________.
kemas-kemas
ketat-ketat
kuat-kuat
erat-erat
Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami _________ akibat keracunan makanan.
lemah-longlai
lemah-gemalai
hiruk-pikuk
cirit-birit
Camelia menangis _________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
tercungap-cungap
terbahak-bahak
teresak-esak
tersipu-sipu
Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
ulang-alik
bolak-balik
mundar-mandir
lalu-lalang
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
kekuda
sesiku
kekisi
lelabu
Berbasikal secara _________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
bersaing-saing
berbaris-baris
berluncur-luncur
berderet-deret
Banyak _________ rendang yang ditanam d kawasan rekreasi itu.
dedahan
pepohon
dedaun
reranting
Ada sebuah busut ________ di bawah pokok ketapang itu.
jentik-jentik
pijat-pijat
anai-anai
kura-kura
Keluarga Encik Iqhmal seronok _________ di kawasan air terjun yang popular itu.
ulang-alik
lalu-lalang
mundar-mandir
mandi-manda
Muka Izzah menjadi __________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
kebiru-biruan
kemalu-maluan
keanak-anakan
kemerah-merahan
